Ramai nak hidup senangkan. Nak rumah besar, kereta mewah dan wang banyak. Selain makan gaji, berniaga juga paling senang buat duit.
Ada orang dari pagi sampai malam kerja tapi rezeki biasa-biasa saja. Ada pula yang ala kadar hidupnya dan tak kurang ada yang hidup susah. Di sebalik ramai yang gigih bekerja, ramai yang tak perasan doa ibu ayah sebenarnya paling mustajab untuk kemewahan rezeki yang kita cari selama ini.
REMAJA syerkan kisah kejayaan Siti Fatimah Rasol, 32 tahun, antara muslim yang terlibat dalam bidang pembekalan bahan binaan dan barang keperluan rumah, pemilik Warisan Timber Hardware & TIM Warisan Hardware yang terletak di Dengkil dan Kota Warisan, Sepang.
Bukan lahir dari keluarga senang sebelum ini tapi Siti berusaha untuk berjaya. Ajaib, doa dari mak ayahnya merupakan senjata kejayaannya selain NIATNYA untuk menolong muslim lain dapatkan harga murah membuatkan Allah sentiasa memberi rezeki terhadapnya tanpa sebarang ujian.
Nampak seperti mudah tapi istiqomah dan betulkan niat adalah perkara paling sukar untuk orang Islam berjaya,” katanya memulakan bicara.
Sebelum berjaya hari ini, kata Siti dia mula belajar bidang perniagaan selepas ditipu kontraktor yang buatkan rumahnya.
“Lari walau duit dah bayar. Saya nekad beli barang dan belajar nama-nama barang sebelum upah pekerja Indonesia siapkan rumah. Dari situ, sikit-sikit saya mula kenal nama barang dan mula jadi kontraktor,” katanya.
U ada RM1 juta ker
Ads
Walau ada kerja tetap tapi Siti nekad berhenti kerja. Seluas alam sudah tercatat rezeki untuk dirinya apabila seorang peniaga mahu menjual kedai menjual perkakasan rumah dengan harga sangat murah iaitu RM8 ribu berbanding harga asal RM40 ribu.
“Saya beli kedai itu hasil keuntungan jadi kontraktor. Dah la jual murah, lelaki tersebut bantu saya set-up kedai lagi selama dua bulan. Itulah rezeki saya. Hasil keuntungan TIM Warisan Hardware buat saya nekad buka Timber Hardware di Dengkil,” katanya lagi.
Untuk berjaya, bukan semudah membilang A To Z. Siti pernah bertanya kepada bangsa yang memonopoli perniaagan pembekalan rumah ini dan kata mereka modal diperlukan RM1 juta.
“Saya ternganga. RM1 juta. Mana nak ambil duit tapi saya ada dapat banyak permintaan kerana banyak kontraktor datang ke kedai hardware saya sebelum ini. Saya cari lagi ilmu dan ternyata kita ditipu hidup-hidup mengenai harga bahan binaan ini terutama harga simen yang berubah setiap minggu.
“Demi Allah bila dah buka bisnes nie baru saya tahu selama ini kita dipermainkan terutama dari pembekal,” katanya yang memulakan bisnes dengan hanya RM70 ribu sahaja.
* Hari-hari cakap, mak ayah tolong doakan saya
Ads
Rezeki dirinya, sentiasa murah. Kata Siti dia dari dulu berniat untuk menjaga mak ayahnya hingga ke akhir hayat.
“Dulu masa duduk rumah apartment, yang saya kongsikan enam orang termasuk menjaga adik yang tidak sihat bersama ibu, ayah dan suami, saya bertanya sampai bila harus begini.
“Suatu hari saya ronda-ronda dengan ayah dan nampak rumah tiga tingkat di Bangi. Saya cakap dengan ayah, “Ayah, kita nak belilah rumah nie”. Ayah cakap, belilah. Mana mampu sebab harganya RM800,000.
“Tapi setiap hari saya mohon ayah dan ibu doa murahkan rezeki saya. Tiga bulan kemudian, saya ronda lagi kawasan itu dan lihat agen tengah bawa bakal pembeli. Saya tanya tapi dia pandang saya sinis. Layan tak layan sebab nampak saya macam orang tak ada duit.
“Saya ikut jer masa dia bawa customer dan dengar penerangannya. Bila saya tanya berapa kenapa bayar deposit, katanya RM100,000. Allah mudahkan urusan hidup saya bila saya dapat beli rumah tu walau saya tak ada duit sebanyak itu,” kata Siti memaklumkan, dalam dia baru membuka perniagaan hardware itu, geran rumah tersebut hilang selama setahun dan ketika itulah dia mampu mengumpul modal kerana syarikat pembekalannya tumbuh kembang dengan sangat pantas.
Ads
Niat kena betul
Kata Siti, niat adalah perkata penting untuk berjaya dalam bisnes. Kita kena tanya kenapa kita buat bisnes.
“Saya selalu berdoa pada Allah, saya nak tolong bangsa saya dapatkan bahan binaan murah dan bukan untuk kesenangan keluarga saya. Alhamdulilah Allah mudahkan hidup saya. Saya kenal pekedai muslim yang kongsikan dari mana dia dapat bekalan murah.
Saya pergi sendiri China dapatkan barang walau saya tak tahu apa ketika itu. Banyak Allah mudahkan hidup saya sebab saya selalu mudahkan urusan orang,”katanya membuka rahsia kejayaan hidupnya.
Anak muda jangan takut berubah
Selalu ramai merungut, duit tak ada untuk bisnes. Kata Siti, anak muda kena berani buat keputusan cepat. Tak boleh tunggu lama-lama. Nak tunggu duit banyak memang tak adalahkan, nak harap duit mak ayah lagilah susah.
“Tapi kalau kita nak berjaya, cepat-cepat buat keputusan. Kemudian minta doa dari mak ayah dan Allah taala. Ada juga yang berniaga dan tanya kenapa generasi pertama seperti saya boleh berjaya hari ini.
“Saya katakan kepada mereka, kalau bisnes gagal sebab kita gagal ikhlas dengan mak ayah kita.Kita kedekut dengan mak ayah kita.Kalau kita cium peluk mak ayah kita setiap hari, rezeki kita akan sentiasa murah,”katanya yang mengajak anak muda untuk berubah dan pantas membuat keputusan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemain badminton remaja Indonesia berusia 21 tahun, Syabda Perkasa Belawa meninggal dunia dalam kejadian kemalangan jalan raya di Pemalang, Jawa Tengah yang berlaku pada pagi Isnin.
Tragedi malang yang berlaku sekitar pukul 3.40 pagi itu turut mengorbankan ibunya yang dikenali sebagai Anik Sulistyowati, 48.
Menurut laporan media tempatan Indonesia, Syabda dan ibunya meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya, Muanis Hadi Sutamti dan dua kakaknya, Diana Sakti Anistyawati and Tahta Bathari Cahyaloka pula terselamat namun mengalami kecederaan.
Mereka sekeluarga dikatakan sedang dalam perjalanan ke Sragen bagi menghadiri majlis pengebumian nenek yang meninggal dunia pada Ahad malam.
Syabda ketika menjuarai Malaysia Internatinal Series 2022.
Syabda Perkasa Balawa merupakan pemain remaja Indonesia yang menampilkan persembahan cemerlang dalam pasukan kebangsaan Indonesia. Ketika meninggal dunia dia berada dalam kedudukan 135 dalam ranking dunia.
Imbas kembali kejayaannya, Syabda tersenarai sebagai antara pemain skuad kebangsaan Indonesia untuk kejohanan Piala Thomas 2022 ketika menentang Korea Selatan.
Syabda juga telah meraih tiga kemenangan kategori pemain badminton perseorangan di Lithuanian International 2022 dan Malaysia International 2022. Susulan kejayaan berganda pada 2022, dia turut meningkatkan prestasinya apabila meraih kejuaraan di kejohanan Iran International 2023.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini pasti ramai berlumba-lumba membeli pelbagai barangan secara dalam talian kerana banyak syarikat membuat jualan murah sempena tarikh 9/9.
Namun dalam ghairah membeli, bacalah dengan teliti barangan yang ingin dibeli kerana dikhuatiri terbeli barangan tidak halal. Jika dilihat dari segi pembungkusan, tiada apa meragukan namun adakalanya tulisan yang kecil boleh memerangkap kita untuk membeli barangan mengandungi tidak halal.
Sebentar tadi, Bahagian Hab Halal JAKIM mengeluarkan kenyataan bahawa produk bijirin keluaran Bee Cheng Hiang iaitu Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss adalah tidak halal.
Berikut adalah status dikongsi oleh JAKIM.
Penjelasan Isu Status Halal Produk Bijirin Keluaran Bee Cheng Hiang
Ramai pengguna yang mula menularkan di media sosial berkaitan status produk bijirin keluaran syarikat Bee Cheng Hiang yang didakwa tidak halal seterusnya menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna khususnya pengguna Islam.
Untuk makluman, produk bijirin Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss keluaran syarikat Bee Cheng Hiang bukan pemegang dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana menggunakan bahan ramuan yang tidak halal dari sumber babi (pork).
Justeru, pengguna dinasihatkan agar meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk makanan yang berada di pasaran sebelum membeli atau menggunakannya. Elakkan keraguan dengan mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal.
Jika sebelum ini 61 orang penduduknya di Simpang Renggam, Johor yang dikesan positif wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di sana.
Nasib yang sama turut dirasai oleh penduduk 7 perkampungan di Hulu Langat bermula 12 tengah malam semalam (29 Mac). Menurut laporan Harian Metro, ia membabitkan kawasan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, perlaksanaan PKPD ini akan dilakukan sehingga 13 April depan dan tindakan ini susulan dari nasihat yang diterima dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan sebanyak 71 kes positif jangkitan Covid-19 membabitkan 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23, Sungai Lui.
PKPD di Sungai Lui ini melibatkan 7 perkampungan yang mana 2 perkampungan Orang Asli dan 5 perkampungan Melayu disana. Tujuan PKPD ini dilaksanakan adalah bagi membendung jangkitan Covid-19 dari terus merebak di kawasan berkenaan.
Sepanjang tempoh PKPD ini, semua penduduk dan pelawat di kawasan itu tidak dibenarkan keluar dari rumah selain penduduk dan pelawat yang tidak menetap disitu turut tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.
Semua aktiviti perniagaan dihentikan dan bekalan asas yang mencukupi akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Berikut ada sedikit laporan mengenai PKPD Sungai Lui, Hulu Langat yang disediakan oleh Astro Awani malam tadi…