
Semua dah sedia maklum kalau nak kahwin memang banyak nak kena pakai duit. Jadi, tak hairanlah jika ada yang buat lebih daripada satu kerja semata-mata nak cari duit kahwin.
Seperti apa yang dilakukan seorang lelaki ini, dia melakukan empat pekerjaan sekaligus demi mencari duit untuk majlis perkahwinannya nanti.
Jom kita lihat bisnes apa yang dilakukan oleh pemuda ini. Manalah tahu boleh berkongsi rezeki kan?
1. Servis repair iPhone

Buka kelas personal untuk korang belajar repair iPhone

2. Jual air koko

3. Tolong mak berniaga jual baju

4. Jadi delivery boy

Ramai yang support..
Melihatkan kesungguhan lelaki ini mencari duit kahwin, ramai yang memujinya dan menyokong serta mendoakan agar dia dimurahkan rezeki..

Memanglah Islam itu memudahkan urusan perkahwinan, tapi mungkin lelaki ini ada alasannya tersendiri. Lagi pun tak salah rasanya jika dia nak mencari duit lebih atas usaha sendiri. Paling penting, dia mencari rezeki yang halal.
Kami doakan agar lelaki ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan perkahwinannya. InsyaAllah.
Sumber: Twitter amnfdhl_
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lahir Menggunakan Khidmat Ibu Tumpang, Ini 5 Fakta Tentang Anak Sulung Priyanka Chopra & Nick Jonas

Pasangan sama cantik dan sama padan Priyanka Chopra dan penyanyi dan pelakon, Nick Jonas mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2018 dan mereka kemudiannya menimang cahaya mata pada 15 Januari 2022. Walau bagaimanapun kelahiran cahaya mata sulung mereka bukanlah dikandung Priyanka, sebaliknya pasangan ini menggunakan khidmat ibu tumpang.
Ahad lalu, Priyanka dan Nick memuat naik gambar anak mereka di Instagram masing-masing memperkenalkannya kepada umum. Walaupun begitu, wajahnya dilindung oleh emotikon berbentuk hati.

Jom kita intai lima fakta menarik tentang anak sulung pasangan selebriti popular ini.
- Nama penuh yang diberi kepada bayi ini ialah Malti Marie Chopra Jonas, ia menggabungkan nama India dan Inggeris mewakili kedua-dua keturunan orang tuanya.
- Namanya mengambil inspirasi bunga-bungaan. Menurut sumber, Malti bermaksud bunga Malti atau lebih dikenali sebagai Ranggon Creeper. Bunga ini mengeluarkan bauan bernota kayu dan manis.
- Sejurus dilahirkan Malti Marie ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal selama lebih 100 hari kerana dilahirkan pra-matang.
- Malti Marie menerima rawatan dan jagaan rapi daripada pasukan kesihatan Rady Children’s Hospital di La Jolla dan Cedars Sinai Hospital di Los Angeles.
- Lahir dalam keluarga ternama bapa saudara kepada Malti Marie merupakan Joe Jonas dan Kevin Jonas. Manakala ibu saudaranya pula merupakan pelakon popular Sophie Turner.

Kelahiran Malti Marie secara penggunaan ibu tumpang bukanlah perkara baharu di negara barat. Kaedah ini menggunakan sperma dan ovum daripada ibu bapa dan kemudiannya dimasukkan ke dalam uterus ibu tumpang.
Antara seblebriti terkenal lain yang menggunakan khidmat ibu tumpang seperti Shah Rukh Khan dan isteri, Gauri. Kelahiran anak bongsu mereka, AbRam menggunakan khidmat ibu tumpang pada 2013.
ARTIKEL BERKAITAN: Selain Priyanka Chopra, Lihat 5 Lagi Selebriti Bollywood Pernah Gunakan Khidmat Ibu Tumpang
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dikritik Kurang Berbakat Dan Perlu Lebihkan Latihan, Semua Anggota Le Sserafim Tutup Komen Di Media Sosial

Selepas membuat persembahan di Coachella, kumpulan K-Pop terkenal, Le Sserafim telah mendapat banyak kritikan bukan sahaja daripada peminat malah orang ramai.
Terbaru, Le Sserafim telah melancarkan dokumentari Make It Look Easy di Youtube, di mana ia dirakam ketika kumpulan tersebut mempromosi album pertama Unforgiven.
Di dalam video tersebut, salah seorang anggota, Sakura telah meluahkan perasaan sebenarnya debut sebagai penyanyi sambil menangis.
BACA: HYBE Tak Benarkan Artis Bersuara Isu Palestin, Video Asal ‘Live’ DK Seventeen Disunting

“Saya tidak tahu kenapa saya memilih untuk jadi idola. Perlu ke? Bukannya memilih untuk jadi idola adalah keputusan yang salah. Akan tetapi saya tertanya-tanya jika jadi idola adalah pekerjaan terbaik untuk saya”
“Kadang-kadang bila saya buat silap. Saya rasa orang lain yang mahir dalam perkara ini boleh melakukannya lebih baik dari saya,” katanya lagi.
Sakura juga menambah bahawa dia terlalu banyak mendengar kritikan sehingga dia tertanya sama ada dia memang tiada bakat atau salah dalam melakukan sesuatu.
Dalam cuplikan video yang sama, penyanyi itu juga turut mempersoalkan dirinya mengapa walaupun dia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh sehingga menangis tetapi masih lagi melalui kesukaran?

Hal tersebut telah meraih perhatian orang ramai utamanya komuniti di media sosial dan rata-rata berpendapat Sakura sepatutnya lebih banyak berusaha dan berlatih untuk memperbaiki kualiti nyanyiannya.
Lebih lagi, apabila dia merupakan anggota yang sudah berbelas tahun bergelar penyanyi sejak memulakan kerjaya dari kumpulan HKT48 lagi.
Dalam pada itu, kesemua ahli Le Sserafim iaitu Sakura, Yunjin, Chaewon, Eunchae dan Kazuha juga baru-baru ini dikatakan telah menutup ruangan komen di Instagram peribadi masing-masing.

Ia dipercayai disebabkan oleh lambakan komen jahat yang diterima oleh kumpulan itu kebelakangan ini. Antara komen yang diterima oleh mereka adalah mengenai kritikan warganet yang mempersoal kualiti bakat mereka sebagai penyanyi idola K-Pop.
Ada juga yang berpendapat bahawa Le Sserafim masih kurang berbakat dalam melontarkan vokal yang berkualiti, walhal sebagai K-Pop idol mereka perlulah memastikan vokal dan tarian disampaikan dalam keadaan yang seimbang.
Sekadar info, Le Sserafim telah memulakan debut sejak tahun 2022. Awalnya kumpulan itu dianggotai oleh enam orang ahli dan kini hanya berlima selepas Kim Ga Ram mengambil keputusan untuk keluar kumpulan berkenaan.
BACA: 10 Idol KPop Ini Pemilik Pinggang ‘Kerengga’, BLACKPINK Mendominasi
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Digelar Sebagai Perintis ‘Self-Produce Idol’, Ini Cara G-Dragon ‘Warnai’ Dunia Muzik!

Kalau ditanya siapakah ‘King of K-Pop’, mungkin ada di antara peminat yang mahu menyebut kumpulan K-Pop kegemaran mereka masing-masing tapi jika diperhatikan dari segala aspek pencapaian, penyanyi G-Dragon adalah individu yang selayaknya mendapat gelaran tersebut.
G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji Yong (36) baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul ‘Power’ pada 31 Oktober lalu dan menerusi kemunculan semula ‘King of K-Pop’ itu, beliau telah meraih perhatian bukan sahaja peminat muzik Korea. Namun, ia juga menjadi penantian buat peminat muzik di serata dunia.
Di kesempatan ini, meh kami kongsikan beberapa fakta menarik mengapa G-Dragon atau GD layak mendapat gelaran istimewa dan boleh disebut sebagai pioneer idol self-produce dalam kalangan artis K-Pop.
BACA: G-Dragon Rakam Lagu Dengan Produser Muzik Palestin, Raih Pujian!

CIPTA & UBAH LAGU
Tidak dinafikan, sejak era atau generasi pertama dunia K-Pop idol seperti Seo Taiji and Boys, H.O.T dan sebagainya. Memang sudah ada penyanyi yang terlibat dalam memproduksi lagu mereka sendiri. Namun, pada waktu itu hanya peminat sahaja yang menyedari tentang hal tersebut.
G-Dragon mengambil inisiatif dan menjadi sosok pertama yang memperkenal konsep “idola mencipta lagu” ke seluruh Korea Selatan sehingga ia menjadi terkenal dan diakui secara meluas.
Lagu pertama yang ditulis oleh rapper BIGBANG itu berjudul ‘Lies’ dan ia meraih carta tertinggi tahunan pada tahun 2007. Bermula saat ini, GD telah membawa pengaruh besar dan mula menjadi idola pertama yang diangkat sebagai ‘top liner’ oleh beberapa individu profesional dalam industri.


BACA: G-Dragon Buka Yayasan JUSPEACE, Mahu Bantu Masyarakat Yang Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah
Pada tahun 2011, GD telah menjadi anggota tetap pertama dari Korea Music Copyright Association sebagai seorang K-Pop idol dan memenangi Grand Prize dan Persatuan Hak Cipta Muzik Korea (KOMCA) kerana mendapat pendapatan yang tinggi dari royalti. Ini juga merupakan penghargaan berprestasi yang hanya diberikan kepada seorang idol sehingga kini.
Buktinya, jika dilihat kebanyakan dari idola pada zaman kini seperti Zico, Soyeon (G)I-DLE, Jungkook dan ramai lagi menganggap GD sebagai inspirasi.

IKON FESYEN PALING UNIK
Sejak kali pertama GD menjadi seorang selebriti, beliau terus dianggap sebagai ikon fesyen! Bukan sahaja kerap tampil dengan gaya busana dan rambut unik. GD juga merupakan pelopor ‘airport fashion’ yang menjadi trend masa kini.
Sebelum ini, deretan jenama mewah hanya memberi perhatian dan mengangkat nama pelakon di Korea sebagai model atau duta. Namun, pelantun lagu ‘Who You?’ dan BIGBANG yang membuka peluang bagi idola pada generasi seterusnya untuk mendapatkan penaja dari jenama terkenal.
BACA: YG Entertainment Serah Hak Cipta Nama Panggung ‘G-Dragon’ Dan ‘GD’ Secara Sukarela Kepada G-Dragon
Pengaruhnya bukan terhenti setakat itu, GD juga pernah disebutkan sebagai salah satu faktor mengapa bandar Seoul dianggap sebagai kota hebat pada tahun 2011. Di usia 23 tahun, beliau juga tersenarai sebagai Top 10 Best Dressed Men in the World dan menjadi selebriti Asia pertama yang dinobat sebagai muse jenama Givenchy sehingga boleh melancarkan koleksi istimewa untuknya.

G-Dragon juga diiktiraf sebagai duta global pertama di Korea sekaligus Asia untuk pelbagai jenama fesyen mewah antarabangsa yang didominasi oleh negara barat pada ketika itu.
BACA: G-Dragon Dilantik Sebagai Profesor Di KAIST, Universiti Berprestij Di Korea
Kolaborasinya bersama Chanel telah berlangsung lebih dari 10 tahun dan selepas menamatkan latihan ketenteraan, GD telah menjadi selebriti Asia pertama yang berkolaborasi dengan Nike dalam koleksi Peaceminusone x Nike.
Pencapaian GD dalam industri fesyen turut diakui oleh HYPEBEAST100, majalah street fashion terkemuka sehingga tujuh kali. Menerusi prestasi ini, GD telah membentuk arah baru khususnya bagi artis K-Pop di dunia muzik dan fesyen.
BACA: Idea Kreatif Raja K-Pop, G-Dragon Transform Kasut Nike AF 1 ‘Para-Noise’

BUDAYA LIGHTSTICK
Mungkin ada di antara pembaca yang belum tahu tapi G-Dragon antara individu pertama dalam dunia K-Pop yang mencetus idea dan membuat konsep ‘solid lightstick’ untuk BIGBANG pada awalnya.
Sebelum ini, kebanyakan kumpulan K-Pop hanya menggunakan lightstick panjang seperti lampu dengan tulisan nama kumpulan. Namun, menerusi idea GD yang kreatif, beliau mereka bentuk lightstick BIGBANG yang kini dikenali sebagai BangBong.

Sebenarnya, dari sini juga kita dapat lihat bahawa G-Dragon sememangnya seorang selebriti yang all-rounder dan kalau nak jumpa permata yang berbakat macam beliau pada masa kini mungkin agak rare!
Apa pun, korang dah layan ke belum lagu baru G-Dragon? Kalau dah cuba kongsi sikit pendapat, best ke tidak?!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

1. Servis repair iPhone