Terbaru, pelakon terkenal, Aaron Aziz tampil mengecam tindakan seorang individu yang dikenali sebagai DMA Islam selepas dirinya tular mempersenda beberapa jurusan pengajian di universiti.
Menerusi sebuah perkongsian teks di Instagram miliknya, Aaron atau nama sebenar Aaron Mustapha Aziz (49) meluahkan rasa kecewa dan membidas kenyataan individu berkenaan yang menyifatkan jurusan seni seperti Komunikasi Media (Masscomm), Teater dan Muzik di universiti sebagai bidang paling ‘bodoh’ dan merugikan untuk dipelajari.
“Nama guna DMA Islam. Tapi tak habis-habis kutuk-kutuk orang macamlah kau terpaling professor”
Ads
Kredit foto: Instagram Aaron Aziz
Pada masa yang sama, pelakon yang popular menerusi filem KL Gangster itu juga bercadang agar individu tersebut tidak menggunakan nama ‘Islam’ sekiranya gemar merendah-rendahkan seni orang lain.
“Buang saja nama ‘Islam’ kalau kau nak burukkan seni orang lain,” katanya.
Ads
Kredit foto: Malay Mail
Beliau turut menegaskan bahawa industri Komunikasi Massa juga memainkan peranan dan tanggungjawab besar dalam meningkatkan industri filem tempatan sehingga mencecah ratusan juta ringgit.
“Industri Mass Comm inilah yang naikkan industri filem ratusan juta,” ujar Aaron tegas.
Ads
Sementara itu, walaupun teruk dikecam oleh masyarakat dan juga beberapa selebriti tempatan di media sosial, DMA Islam sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan dan permohonan maaf berhubung isu itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada apa yang lebih menghibakan saat diuji dengan ujian kehidupan yang amat perit. Jika diuji dengan kemiskinan, ia masih boleh diterima tetapi jika ujian itu berkait dengan hukuman bakal dihadapi iaitu hukuman penjara, ia mungkin terlalu perit untuk diterima oleh keluarga ini.
Seperti mana undang-undang termaktub, selagi belum didapati bersalah oleh hakim maka kita tidak boleh menghakimi seseorang itu bersalah.
Pastinya kita tidak boleh menjatuhkan hukuman dunia selagi belum dibuktikan tetapi dalam kejadian bunuh melibatkan seorang remaja berusia 19 tahun, Siti Nur Surya, ramai “hakim” telah menghakimi suspek biar mereka tiada di tempat kejadian.
Namun sebagai ibu yang melahir dan membesarkan anak dari telapak jari yang masih merah, ujian berlaku pada anak sulungnya membuatkan ibunya yakin anaknya tidak salah.
“Saya akan terus berdoa kakak tidak salah dan naluri ibu tetap menyatakan kakak tidak salah walaupun satu dunia kata dia salah" demikian luah ibu kepada suspek bunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, yang ditemui mati dengan kesan tetakan di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu Ahad lalu.
Ibu kepada dua anak ini berkata, anak sulung yang mesra dipanggil kakak merupakan anak harapannya dan sangat memahami kemiskinan hidup yang dihadapi mereka sekeluarga selama ini.
Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, kakak memang anak yang sangat baik kerana dia tidak pernah merungut dengan kemiskinan mereka meskipun pernah terpaksa tangguhkan bayaran duit yuran sekolahnya kerana tidak ada duit.
"Kakak juga pernah menolak beberapa tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana kami tidak ada duit tetapi dia tidak pernah tunjuk tanda-tanda protes malah kakak pula pujuk saya, supaya jangan rasa bersalah dengan keputusan dibuatnya.
"Dia juga tidak kisah kalau terpaksa memakai baju sekolah terpakai yang disedekahkan orang ramai dan pakaian harian yang dipakainya hari-hari pula kebanyakan baju dan tudung yang disedekahkan kepada kami. Dia tidak malu walaupun mengenakan pakaian sama sahaja," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.
Suspek bercita-cita mahu jadi guru
Menurutnya, kakak yang bercita-cita menjadi guru selalu memberi semangat kepadanya agar sentiasa kuat untuk meneruskan kehidupan yang serba kekurangan selain memberi semangat kepadanya dengan berjanji yang dia akan berusaha membela nasib keluarga.
Ketika diminta menceritakan bagaimana anaknya mengambil keputusan tampil ke balai polis, dia berkata, keputusan itu bukan disebabkan dia yang memujuk tetapi anak perempuannya sendiri yang mengajak ke sana.
Anak ajak ke balai polis, bukan dibawa ibu
"Saya masih ingat lagi lepas solat subuh (Isnin) iaitu kira-kira jam 6.30 pagi, kakak dah tunggu dekat ruang tamu dan lepas nampak saya siap solat, terus dia bagi tahu nak ke balai polis.
"Dia yang ajak saya tapi masa tu saya tak terfikir apa pun dan menurut sahaja ajakannya tetapi beberapa minit selepas berjumpa dengan polis, saya diberitahu yang kakak terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.
"Memang agak terkejut selepas dimaklumkan, saya terus bertanyakan kakak sepanjang menemaninya di balai polis sebanyak tiga kali, adakah betul kakak yang buat, tapi dia jawab tak buat dan saya tahu dia tidak menipu," katanya lagi.
Sementara itu, jiran terdekat mereka, Mohd Sabri Mohd, 52 berkata, dia sangat mengenali remaja berusia 19 tahun itu kerana membesar di hadapannya dan dia memang yakin kakak seorang anak baik.
Jiran akui suspek anak yang baik
"Kakak bukan seorang anak remaja yang liar dan dia budak baik, dari segi pelajaran pula saya dimaklumkan memang dia seorang pelajar pintar.
"Keluarga kakak pula walaupun susah tetapi mereka tidak pernah menyusahkan jiran tetangga dan baik dengan semua orang.
"Jadi, saya sebagai jiran yang sangat mengenalinya menganggap tohmahan netizen di laman sosial sangat melampau yang mengaitkan kemiskinan keluarga mereka antara faktor tindakan kakak," katanya.
Dalam masa sama, beliau turut mengharapkan orang ramai agar tidak menyebarkan fitnah terhadap keluarga mereka dan biarlah pihak berkuasa yang menjalankan tugas menyiasat.
"Jangan terus menghukum keluarga mereka kerana sehingga sekarang kakak masih tidak dibuktikan bersalah lagi," katanya. Sumber : Sina Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya semalam lepasan SPM 2020 telah meraikan kejayaan mereka menamatkan zaman persekolahan dengan menerima keputusan peperiksaan masing-masing, hari ini, berita yang sedikit merundumkan semangat pelajar telah diterima daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan telah mengumumkan pembatalan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 27 Ogos ini.
Keputusan pembatalan PSRA dibuat berikutan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) fasa pertama di seluruh dunia. Selain itu, pihak JAIS turut memantau peningkatan jumlah kes jangkitan serta kematian akibat wabak COVID-19 yang masih tinggi pada setiap hari.
Justeru, pembatalan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk terus melandaikan lekuk penularan wabak. Ia juga demi melindungi para pelajar, guru, petugas peperiksaan, ibu bapa dan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan perlaksanaan peperiksaan secara fizikal.
BEGITUPUN, JAIS akan melaksanakan kaedah pentaksiran baharu yang setara sebagai pengganti kepada peperiksaan PSRA.
Ini akan membantu pemilihan pelajar ke tingkatan 1 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) bagi sesi kemasukan 2022.
Pembatalan ini tentunya sedikit sebanyak akan mematahkan semangat para pelajar terutamanya serta ibu bapa dan guru yang telah bertungkus lumus menyiapkan diri bagi menghadapi PSRA.
Tambahan pula, tanpa cara pembelajaran formal yang tidak dijalankan pada tahun ini, tentunya usaha pelajar dan guru telah dilipatkali gandakan dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). REMAJA turut tertanya mengapa PSRA tidak ditangguhkan saja seperti yang dilakukan kepada peperiksaan SPM 2020.
Apapun, korang janganlah merasa sedih. Seperti yang JAIS umumkan, akan ada peperiksaan yang akan dijadikan sebagai pengganti.
SUMBER : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang tukang gunting rambut di India telah meraih perhatian pengguna media sosial apabila memotong rambut pelanggan menggunakan api.
Tidak seperti kebiasaan tukang gunting rambut lain yang menggunakan gunting atau pencukur, lelaki berkenaan sebaliknya menggunakan api yang disembur pada rambut pelanggannya.
Dalam klip video yang dikongsikan di platform X, tukang gunting tersebut dilihat sedang merapikan dan menggayakan rambut seorang lelaki.
Dengan reaksi muka bersahaja dan gerakan tangan pantas, tukang gunting rambut tersebut pada akhir video dilihat berjaya menggayakan potongan rambut yang menarik untuk pelanggannya.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang kagum melihat kebolehannya menggunakan alatan tersebut.
Bagaimanapun, ramai juga netizen yang meluahkan kebimbangan terhadap tindakan itu kerana dianggap berisiko menyebabkan api menyambar pelanggan lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah kejayaan Dr Amalina PhD yang menamatkan pengajian Doktor Falsafah di UK sambil berkongsi pengorbanan sebagai ibu dan pakar bedah yang menjadi inspirasi ramai.