
Berita baik buat peminat kumpulan k-pop popular BTS, khabarnya mereka bakal mengadakan konsert secara dalam talian pada bulan depan.
BTS mendedahkan bahawa konsert tersebut yang dinamakan sebagai “BTS PERMISSION TO DANCE ON STAGE” akan diadakan pada 24 Oktober sebagai acara live-streaming.

Poster rasmi konsert dalam talian itu telah pun dilancarkan, dihiasi dengan rekaan warna CD single mereka iaitu Butter, yang juga turut memuatkan lagu Permission To Dance.
Menurut info yang tertera, konsert tersebut bakal diadakan pada pukul 6.30 petang waktu Korea Selatan pada 24 Oktober 2021.
Untuk maklumat lanjut, Big Hit Music akan memaklumkan pemberitahuan tambahan mengenai tempahan tiket untuk penstriman dalam talian tidak lama lagi.
Wah, berapa pula harganya ya? Hiks!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Takut Nak Tengok Lakonan Sendiri..” – Pusaka Filem Pertama Yuna Rahim

“Bukan sebab Pusaka filem bergenre seram, tetapi..”
Bukan mudah untuk seorang pelakon drama beralih kepada projek filem. Antara pelakon muda yang berjaya mendapat peluang di kedua-kedua skrin ialah Mira Filzah, Puteri Aisyah dan Jasmine Suraya.
Jadi apabila pelakon baru, Yuna Rahim yang popular dengan watak Cempaka menerusi drama Sweet Dreams ditawarkan watak filem pertamanya menerusi filem Pusaka, tentulah ia satu milestone untuk pelakon tersebut.

Cuma, penulis pasti ramai yang akan terkejut bila mendapat tahu Yuna masih belum menonton filam lakonannya sendiri kerana..
”..Saya takut untuk melihat bagaimana hasil lakonan filem pertama di layar perak. Disebabkan itulah saya tidak menghadiri acara screening tempoh hari, selain terlibat dengan komitmen lain pada hari tersebut.
“Ada di kalangan kawan saya yang telah menonton dan bagi mereka, Pusaka bukanlah sebuah filem seram tipikal. Ia bijak bermain dengan emosi penonton dan mempunyai babak ‘jump-scare’ yang berjaya.

Cabaran Filem Pertama
Tentulah bila kali pertama berlakon dengan produksi filem, semua pelakon akan berdepan cabaran awal semasa memasuki set. Yuna juga tak terkecuali, cuma dia perlu berdepan dengan satu lagi cabaran besar.
“Saya perlu bawakan watak Cempaka (drama Sweet Dreams) pada waktu siang dan watak Khaleeda (filem Pusaka) pada waktu malam. Sedikit sebanyak, saya perlu bekerja lebih keras untuk membezakan mood kedua-dua watak kerana mereka amat berbeza,” kata Yuna.
Baginya, babak paling mencabar adalah sewaktu wataknya diikat bersendirian di dalam sebuah rumah lama berusia lebih 20 tahun. Nak dibuatkan cerita, hampir kesemua kru produksi berada di luar rumah dan dia dibiarkan sendirian.
Seram!

Banyak Belajar
Ini merupakan kali pertama Yuna bergandingan dengan pelakon lain seperti Mimi Lana, Syafiq Kyle, Sweet Qismina dan lain-lain.
“Mereka amat membantu saya untuk menyesuaikan diri dalam penggambaran. Saya amat terharu bila mendapat peluang untuk bekerja dengan mereka.”
Buat masa ini, Yuna masih berkira-kira untuk memilih tawaran berlakon drama yang datang serentak.
”Saya rasa lebih baik jika saya fokus kepada 1 projek lakonan pada 1 masa. Pengalaman membawakan watak Cempaka dan Khaleeda pada masa yang sama amat sukar. Saya pentingkan kualiti lakonan dan insyaAllah, saya akan keluar dengan projek lakonan baru.
“Saya juga sedang bersiap sedia untuk sebuah lagi projek filem untuk tahun hadapan. Doakan ya!”
*
Artikel penuh bersama Yuna Rahim dapat dibaca dalam segmen Her Looks untuk Majalah Remaja isu Oktober – Disember 2019. Kini di pasaran.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sharnaaz Ahmad Dedah Hubungan Dengan Shukri Yahaya ‘Dingin’ Setahun Gara-Gara Terlalu Hayati Watak Dalam Blood Brothers

Filem aksi Blood Brothers: Bara Naga yang kini sedang hangat di pawagam bukan saja berjaya tarik perhatian penonton, tapi juga buat ramai puji lakonan mantap pelakonnya, terutama Sharnaaz Ahmad.
Digandingkan bersama dua pelakon hebat, Syafiq Kyle dan Shukri Yahaya, aktor berbakat besar itu langsung tak hadapi masalah untuk cari keserasian antara mereka. Rupanya hubungan baik mereka di luar set banyak bantu dalam pembentukan karakter masing-masing.
BACA LAGI: Blood Brothers: Bara Naga, Filem Aksi Yang Bakal Gegarkan Perfileman Malaysia!

“Saya layan Syafiq dan Shukri di luar set pun memang macam adik saya, jadi tiada masalah untuk kami cari keserasian.
“Semuanya berjalan dengan baik, mereka pun memang aktor hebat, jadi isu cari chemistry ini bukan masalah besar,” jelas Sharnaaz.
Bagaimanapun, Sharnaaz turut akui hubungannya dengan Shukri sedikit ‘dingin’ selama setahun, hanya kerana masing-masing terlalu ‘hidup’ dalam watak yang dibawakan.
“Sebenarnya saya dan Shuk tak bercakap selama setahun termasuk sepanjang tempoh penggambaran.
BACA LAGI: Sharnaaz Ahmad Akui Sambutan Aidilfitri Paling Suram Tanpa Bapa Tercinta

“Seperti ada satu perasaan yang tak boleh saya gambarkan dengan kata-kata wujud jiwa masing-masing. Semuanya sebab kami terlampau hidup dalam karakter masing-masing,” dedahnyaz
Pelakon filem terkenal Polis Evo itu juga jelaskan mereka tiada sebarang isu peribadi, cuma suasana ketika itu memang buatkan mereka ‘terbawa-bawa’ dengan emosi watak masing-masing.
“Saya tidak tahu apa dalam hati dia dan dalam otak saya, namun syukurlah hubungan kembali pulih, kami baru bercakap macam biasa pada raya lalu.
“Kalau orang tanya punca, kami pun tak tahu. Ini bukan bergaduh secara peribadi ke apa, ini semua disebabkan terlalu masuk dalam karakter,” katanya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cara Mudah ‘Main Kutu’ Untuk Diri Sendiri Guna Personel Akaun Bank Tanpa Caj Tambahan

Salah satu cara yang paling mudah dan berkesan untuk menyimpan duit adalah dengan ‘main kutu’.
Seorang wakil yang dilantik sebagai ‘mak kutu’ akan mengumpul duit bulanan daripada ahli-ahli yang lain dan akan diberikan secara bergilir-gilir kepada mengikut giliran masing-masing.
Apa yang menjadi isu, bila ada di antara ahli lain yang cabut lari apabila sudah mendapat wang dan tidak mahu meneruskan permainan. Sudahnya, melopong la korang tak dapat duit.
Jadi, macam mana nak simpan duit secara berdisiplin dan selamat? Mungkin ramai yang tak tahu bahawa ada juga bank yang menyediakan kemudahan untuk menyimpan wang secara potongan bulanan yang ditetapkan secara online.
Baca perkongsian daripada SisiAzie Hassan ini tentang bagaimana untuk menyimpan dengan Flexi Saver Plan.
1. Log in akaun seperti biasa

2. Klik pada Accounts & Banking

3. Klik Personal Saver Account

4. Di sebelah kanan, klik pada Setup Flexi Saver Plan

5. Boleh pilih dari tempoh masa 12 b ulan ke 60 bulan mengikut keperluan masing-masing

6. Pilih mengikut pilihan yang sedia ada

7. Pilih tarikh yang korang mahu duit ditolak daripada akaun bank setiap bulan

Contoh:
Disember 2015: RM150/bulan (12 bulan)Setiap 30 hari bulan setiap bulan bermula dari Disember 2015, RM150 dalam akaun akan ditolak secara automatik dan 30 Disember 2016, duit masuk semula ke dalam akaun. RM150 x 12 = RM1,800
Pastikan setiap 30 hari bulan dalam akaun cukup RM150 untuk ditolak.Duit ini tidak akan muncul dalam baki akaun sehingga tiba tarikh matangnya. Maksudnya duit itu pihak bank sudah siap letak tepi. Jadi, korang tidak perlu risau untuk berbelanja menggunakan wang yang ada dalam akaun bank kerana simpanan tersebut telah diasingkan.
Amacam, menarik tak? Cara ni confirm akan buat korang dapat menyimpan dengan penuh disiplin tanpa gagal. Cukup tempoh matang, duit tu boleh la digunakan untuk urusan-urusan penting seperti bayar roadtax kereta atau pergi melancong.
Jom try!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

