Setelah kira-kira tiga minggu ‘drama’ hubungan suami isteri di antara pelakon & pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 bersama suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas berlarutan; akhirnya pada hari ini berita baik diterima ketika mereka sama-sama menghadiri prosiding sebutan semula kes penceraian.
Menurut laporan, pasangan yang keluar dari kereta jenis Bentley sewaktu tiba di Mahkamah Syariah sebentar tadi itu hadir ke sini bagi permohonan kembali taat kepada suami. Kedua-duanya telah bersetuju untuk berdamai di hadapan Hakim Syarie, Mohd Yusof Sulaiman.

Sambil itu, sebelum berakhirnya prosiding; Hakim Syarie sempat menasihati Nynaa dan Fahmi agar sentiasa berkomunikasi dalam apa jua situasi kerana komunikasi adalah kunci kepada kebahagian serta penyelesaian terbaik ketika dilanda masalah.

“Jika diam, tiada komunikasi, masalah akan jadi.”
“Kalau pagi itu tidak bercakap, petang itu dah kena geletek isteri. Biar ada komunikasi,” pesan Hakim Syarie.
Meninjau ke arah komen yang ditinggalkan oleh warganet di media sosial pasangan itu, rata-rata gembira dengan perkhabaran ‘tidak jadi bercerai’ mereka dan mendoakan agar mereka terus tabah melalui alam perkahwinan pada usia muda.
“Mungkin masalah family je ni.. Diorang berdua tak ada apa-apa isu. Harap terus berkekalan dengan bahagia hingga ke Jannah.”
“Alhamdulillah, semoga kedua belah pihak dapat berdamai.”
“Bagus lah, moga sentiasa sabar, sabar dan sabar menghadapi ujian hidup berumahtangga. Jangan buat keputusan terburu-buru. InsyaAllah sentiasa dalam lindungan Allah.”
“Semua rumah tangga pasti akan ada konflik. Sebab bila dah kahwin, baik buruk pasangan hanya mereka yang tahu. Sebagai ibu bapa, doakan saja kebaikan dan kebahagian anak-anak.”

Terdahulu pada 11 November lalu, Fahmi menfailkan permohonan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur agar Nynaa kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang. Ia setelah Fahmi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kerana mempercayai Nynaa ‘dilarikan; oleh keluarga mertuanya ke Johor.
Tuntutan Fahmi adalah demi menyelamatkan perkahwinan mereka dan agar defenden (Nynaa) kembali menjalankan tangggungjawab sebagai isteri dan mereka dapat hidup seperti normal.
Anda mungkin berminat dengan
Tidak lama selepas itu, Nynaa hadir pula ke Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru bagi satu prosiding sebutan permohonan penceraian daripada Fami. Ia difailkan di bawah Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah di bawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.
ARTIKEL BERKAITAN : Perkahwinan Dua Bulan Berakhir? Nynaa Harizal Failkan Penceraian – REMAJA
BACA LAGI : Nynaa Harizal Selamat Bergelar Isteri, Ini 5 Corat-Coret Majlisnya – REMAJA
Sumber : (1)
∞
Penulis masih ingat kata-kata Hero Remaja 2011/2012 iaitu Fattah Amin. Katanya, tak ada apa yang mudah tentang industri seni. Walaupun nampak glamor, hanya yang ‘kentang’ je mampu bertahan lama.
Punca kepada kebanyakan isu murung dan rasa ingin berputus asa di kalangan ramai selebriti bukan saja berpunca daripada beban kerja. Tapi banyak lagi faktor lain seperti komen negatif netizen, kecelaruan rutin seharian seseorang itu, rasa tak puas hati dan macam-macam lagi lah.
Terbaru, penyanyi dan pencipta lagu berbakat besar, Haqiem Rusli telah meluahkan yang mungkin, dia tidak akan bertahan lama lagi dalam industri seni. Mungkin sehingga penghujung awal Julai saja.

Dalam satu posting di Instagram yang sudah lama ‘diperam’, Haqiem berkata banyak perkara yang berlaku semasa dia di dalam industri ini.
“Mereka yang bercakap senang, tapi saya yang rasa sakit dan perit. Buat masa sekarang, saya mahu berehat (dari) social media,”
Peminat Haqiem sememangnya sudah mengetahui mengenai isu depresi yang dihadapinya sejak awal tahun lalu. Dan menurutnya, dia masih belum pulih daripadanya sehinggalah ke hari ini.

“Saya masih akan jayakan show di Ipoh pada 24 Jun. Mungkin ini adalah show terakhir saya sebagai seorang penyanyi kerana 70% diri saya sudah mengatakan ia ( untuk berhenti ). Tapi apa-apa saja boleh berlaku.
“Tunggu pengumuman saya awal Julai nanti,” terangnya panjang lebar dalam posting tersebut. Gambar di Instagram itu juga kini menjadi gambar tunggal di akaun Haqiem setelah dia memadam ( atau archive ) koleksi gambar lamanya.

Bagi kami di REMAJA, memanglah keputusan peribadi seperti ini harus dihormati. Haqiem lebih tahu apa yang mengganggu emosinya sepanjang berada dalam industri seni.
Namun kami juga telah melihat banyak kes di mana selebriti semudanya berehat sebentar ( bukan berhenti serta-merta ) dari profesion atas sebab tertekan. Kemudian setelah stabil, mereka akan kembali semula because this is what they do best – creating masterpieces.

Apa-apa pun, REMAJA harapkan Haqiem Rusli akan berfikir masak-masak. Sayang untuk kamu lepaskan kebolehan pada usia semuda 20 tahun.
∞
Bukan satu, bukan dua atau tiga tapi lima tarikh khas dibuka bagi penjualan tiket Coldplay. Memang another level lah orang kata!
ARTIKEL BERKAITAN: Coldplay ‘Berkampung’ 4 Malam Di Stadium Nasional Singapura Januari Ini! Peminat Dah Boleh Tarik Nafas Lega

Penganjur acara Live Nation Singapore mengumumkan bahawa Coldplay akan mengadakan pertunjukan tambahan Singapura pada 30 Jan 2024, menjadikan jumlah keseluruhan pertunjukan di sini kepada lima hari.
Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas laporan dikeluarkan berkaitan barisan untuk pra-jualan kumpulan tersebut telah pun mencecah lebih dari satu juta pembeli.
Turut dilaporkan, tiket untuk pertunjukan kelima akan mula dijual pada pukul 10 pagi (20 Jun), bersama-sama dengan jualan am empat pertunjukan yang diumumkan sebelum ini.
Harga untuk tiket bermula pada 68 SGD sehingga 298 SGD, tidak termasuk yuran tempahan dan boleh dibeli melalui laman web Ticketmaster dan Singpost.
Stadium Nasional Singapura bakal menjadi tempat konsert Coldplay berlangsung.
Menarik sekali apabila kumpulan ini turut mengeluarkan jualan tiket khas yang dipanggil tiket Infinity di mana ianya merupakan satu inisiatif dari mereka bagi membantu peminat untuk berpeluang menyaksikan mereka secara langsung dengan harga yang mampu milik,
Setiap tiket Infinity tersebut hanya dijual dengan harga lebih kurang 27 SGD. Namun, tiket tersebut mesti dibeli secara berpasangan dan setiap pembeli hanya boleh membeli maksimum dua tiket.

Penjualan tiket tersebut turut menunjukkan perbandingan tahap kecekapan penjualan tiket di Singapura dan Malaysia. Iyalah katanya jauh beza macam langit dengan bumi. Betul ke? Apa kata kalian?
BACA LAGI: ‘Menang’ Hadiah Cabutan Bertuah iPhone 12 Pro Max, Remaja Kena Scam RM26,200
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: The Star
∞
Baru-baru ini, pelakon Fify Azmi menjelaskan hubungannya dengan aktor Syazwan Zulkifly yang pernah dikatakan sedang berkawan rapat itu tidak lebih dari sekadar rakan biasa.
Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi (34) berkata, dia juga memilih untuk tidak lagi saling mengikuti Syazwan di media sosial selepas mengetahui status aktor berkenaan.
“Kami pernah rapat tapi ia tidak lebih daripada itu. Kami juga tak bergaduh cuma saya tak boleh dengan orang yang sudah berpunya tapi kami masih berkawan dan lepak bersama”
Menurutnya, tindakan tersebut diambil selepas rasa terganggu dengan aktor berkenaan yang sentiasa mahu mendekatinya. Fify turut menjelaskan lagi bahawa dia lebih selesa berkawan dengan seseorang yang berterus terang mengenai status dirinya.

“Saya akan unfollow kalau dia masih nak cuba saya. Saya suka orang yang berterus terang yang dia sudah berpunya tapi saya dengan dia okay saja tidak ada masalah”
Dalam pada itu, Fify berkata dia akan lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup malah akan memeriksa latar belakang mereka terlebih dahulu.
Jelasnya, ini merupakan pengalaman baharu buat dirinya memandangkan bekas kekasihnya tidak pernah berkelakuan seperti ini.
“Lepas ini saya akan periksa latar belakang lelaki itu, sebelum ini saya bukan yang macam itu sebab bekas kekasih saya semua orang baik. Bila datang kepada benda yang tak pernah saya alami saya akan periksa”
Ujarnya lagi, dia tidak pernah serik untuk memulakan suatu hubungan baharu namun ketika ini Fify masih sibuk dengan kerjaya sebagai seorang pelakon.

“Saya tak pernah tutup pintu hati cuma buat masa sekarang tiada masa dan tidak fikir fasal bercinta. Kalau ada jodoh adalah, saya tak ada masa dan tak fikir mengenainya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Fify muncul dengan sebuah naskah baharu berjudul Padu The Movie sebuah filem yang bakal ditayangkan 6 Jun ini. Kisah ini diangkat daripada peristiwa benar pengalaman empat wira utama pasukan Bola Keranjang Negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞