Baru-baru ini, ketua kepada kumpulan popular BTS, RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon (31) mencuri perhatian peminat dengan berita menggembirakan apabila mendedahkan bahawa BTS kini sedang bersiap sedia untuk membuat kemunculan semula menjelang hujung Mac 2026.

Menerusi sebuah temubual yang dikongsikan oleh majalah ternama W Korea, RM berkata bintang K-Pop itu kini sedang sibuk menyiapkan album terbaru, merakamkan gambar kulit album serta menjalani penggambaran muzik video. Khabar ini sekaligus membuatkan peminat BTS iaitu ARMY di seluruh dunia tidak keruan, apatah lagi kumpulan tersebut sudah lama menantikan detik bersejarah ini. 

BACA: “Auranya Luar Biasa!” Jenama Celine Untung 591% Gara-Gara V BTS

BACA: Paris Match Nobatkan V BTS Sebagai ‘Muse Celine’ Dunia Fesyen

BTS Bakal Kembali Mac 2026! RM Umum Album Baru & Konsert Jelajah Dunia!

BTS Bakal Kembali Mac 2026! RM Umum Album Baru & Konsert Jelajah Dunia!

Ads

Dalam pada itu, RM yang menghadiri acara ‘Love Your W Breast Cancer Awareness’ anjuran W Korea bersama dua anggota BTS yang lain iaitu J-Hope dan V tampil mempesona dan memukau dengan gaya tersendiri.

RM kelihatan segak dalam blazer kelabu rekaan Bottega Veneta yang dipadankan bersama but Chelsea serta kacamata. J-Hope pula tampil dengan cardigan vest berwarna terang dari Louis Vuitton dipadankan bersama seluar kembang, manakala V memikat mata hadirin dengan jaket custom biru gelap lengkap dengan sulaman eksklusif rekaan JAYBAEK Couture.  

BTS Bakal Kembali Mac 2026! RM Umum Album Baru & Konsert Jelajah Dunia!
Kredit foto: Dispatch Korea

BTS Bakal Kembali Mac 2026! RM Umum Album Baru & Konsert Jelajah Dunia!

Sebelum ini, laporan media turut menyebut tentang kemungkinan BTS bakal mengadakan konsert jelajah dunia yang bermula pada Mei 2026 dan jelajah berskala besar itu dijangka melibatkan 65 persembahan dengan anggaran kehadiran seramai 4 juta peminat di seluruh dunia. Setiap konsert dijangka menghimpunkan sekitar 60,000 peminat, menjadikan ia antara siri jelajah paling besar dalam sejarah muzik.

Ads

Menambahkan lagi keterujaan, BTS turut merancang untuk membawa pengalaman konsert mereka ke layar perak. Empat buah filem konsert akan ditayangkan di lebih 2,500 pawagam merentasi 65 buah negara. Tayangan istimewa ini juga dijadualkan akan berlangsung selama dua minggu bermula 24 Oktober hingga 5 November.

BTS Bakal Kembali Mac 2026! RM Umum Album Baru & Konsert Jelajah Dunia!
Kredit foto: Dispatch Korea

BTS Bakal Kembali Mac 2026! RM Umum Album Baru & Konsert Jelajah Dunia!

BACA: ‘Sold Out King’ Kembali! Keychain Hirono ‘Fight for Joy’ Laris Selepas Digayakan Taehyung BTS Di Lapangan Terbang

Ads

BACA: RM BTS Sumbang 200 Juta Won Kepada 2 Hospital Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-31

BACA: Enam Tahun Konsisten & Kekal Prihatin, Jimin BTS Teruskan Biasiswa 100 Juta Korea Won Untuk Pelajar Yang Memerlukan

Sementara itu, reaksi peminat terutamanya ARMY di media sosial pastinya penuh dengan komentar positif dan kini semakin ramai yang meluahkan keterujaan dan tidak sabar menantikan kepulangan penuh bergaya BTS. Selepas sekian lama menunggu dan merindui persembahan bintang kesayangan mereka, 2026 dijangka bakal menjadi tahun epik buat BTS.

Kini, semua mata kini tertumpu kepada BTS yang mendominasi industri K-Pop. Mereka juga dijangka bakal mencipta sejarah sekali lagi dengan album terbaru dan siri jelajah dunia mereka. Apa pun, hanya masa akan menjawab, dan tahun 2026 pastinya bakal menjadi tahun BTS.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by W Korea (@wkorea)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads