Jika 10 tahun lalu, selebriti K-pop hanya mampu berangan untuk menakhluki dunia hiburan Barat; apatah lagi menerima penghormatan oleh majalah TIME dari Amerika Syarikat.
Dalam tempoh sedekad ini, mereka tidak lagi dikenali di Korea Selatan dan sekitar benua Asia. Penghibur K-pop kini boleh berbangga apabila semakin banyak kumpulan yang meningkat naik di Amerika. Hari ini, kumpulan Bangtan Boys (BTS) mencipta satu lagi rekod baru apabila dinobatkan sebagai Penghibur 2020 Terbaik (Entertainer of the Year) oleh TIME.
Penghormatan ini diberikan seiring dengan pemilihan BTS sebagai penghias halaman hadapan (cover) majalah TIME. Seperti biasa, J-Hope, Jimin, Jungkook, Suga, RM, Jin dan V kelihatan cukup sharp dan kacak dengan padanan blazer formal.
Menerusi temuramah bersama BTS, mereka merasakan bahawa tahun 2020 ini cukup istimewa buat mereka walaupun dunia dilanda pandemik COVID-19. Tahun ini saja, BTS berjaya melancarkan 3 album berbeza iaitu Map of the Soul: 7, album yang sama dalam versi Jepun dan album Be pada bulan November lalu.
Antara kejayaan lain yang dicatatkan ooleh BTS sepanjang tahun ini di luar bidang muzik termasuklah dana bernilai USD 1 juta yang diberikan untuk kempen Black Lives Matter.
Ads
Kata J-Hope, “Saya sentiasa mahu kami menjadi artis yang boleh memberikan keselesaan, ketenangan dan tenaga positif kepada orang ramai. Misi itu selari dengan identiti BTS sebagai sebuah grup yang tidak terpisah dengan interaksi bersama pendengar.”
Tambahnya, hubungan di antara mereka dan peminat amat penting kerana kedua-dua pihak mempunyai influence yang kuat terhadap diri masing-masing. “Kami banyak belajar menerusi proses mencipta muzik. Sebarang feedback yang kami terima daripada peminat membantu kami untuk memperbaiki diri.”
Pelakon jelita terkenal, Anzalna Nasir baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila meluahkan kebimbangan mengenai keselamatan anak-anak di sekolah menerusi perkongsian di aplikasi Threads. Menurutnya, peningkatan kes yang berlaku sejak kebelakangan ini membuatkan hatinya sebagai seorang ibu merasa tidak tenang.
“Bila kes di sekolah makin meningkat, kita mula risau tentang keselamatan anak-anak. Soal keselamatan sekolah pun mula dipersoalkan salah siapa sebenarnya?”
“Sebagai seorang ibu, bermacam nasihat dan doa diamalkan setiap hari. Selebihnya kita serahkan kepada Allah, tapi hati tetap tak tenang bila teringat macam-macam kes kebelakangan ini,” tulisnya.
Kredit foto: IG Anzalna Nasir
Kebimbangan Anzalna Nasir Tentang Keselamatan Di Sekolah
Pada masa yang sama, Anzalna atau pemilik nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir (37) turut berkongsi pandangannya bahawa isu keselamatan anak-anak di sekolah ini seharusnya menjadi peringatan kepada ibu bapa untuk memberi lebih perhatian terhadap didikan dan bimbingan anak-anak. Katanya, tanggungjawab seorang ibu bapa bukan sekadar mencari rezeki semata-mata tetapi turut membentuk nilai dan akhlak anak-anak.
“Bila makin banyak kes di sekolah yang tak terjangkau akal fikiran, itu sebenarnya jadi peringatan untuk kita sebagai ibu bapa.”
“Walaupun kita kerja keras untuk masa depan anak-anak, tanggungjawab kita bukan setakat cari rezeki. Kita juga kena bimbing, ajar dan bentuk mereka jadi insan yang baik,” ujarnya lagi.
Kredit foto: IG Anzalna NasirKredit foto: IG Anzalna Nasir
Reaksi Warga Maya Terhadap Pandangan Anzalna Nasir
Luahan Anzalna Nasir tentang keselamatan anak-anak di sekolah telah mendapat perhatian ramai warga maya. Rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya. Malah, seorang guru turut berkongsi bahawa para pendidik sentiasa berusaha mendidik anak murid seperti anak sendiri. Dengan adanya sokongan dan kerjasama ibu bapa, hasilnya pasti akan melahirkan generasi yang terbaik.
Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa perkongsian selebriti seperti Anzalna memberi kesedaran besar kepada ibu bapa, berbanding sikap suka menyalahkan guru atau pihak kementerian semata-mata. Dalam masa yang sama, beberapa pihak tampil mengingatkan bahawa mendidik anak-anak perlu bermula dari rumah kerana ada ibu bapa yang sukar menerima teguran mengenai sikap anak mereka.
Cabaran Era Digital & Peranan Ibu Bapa
Walaupun begitu, ada juga pandangan yang menyalahkan internet sebagai faktor utama yang menyumbang kepada masalah sosial pelajar. Mereka berpendapat bahawa berbeza dengan zaman dahulu yang lebih terbatas aksesnya, kini penggunaan internet terlalu mudah dan sukar untuk dikawal. Justeru, ibu bapa perlu lebih peka dalam memantau aktiviti anak-anak di dunia maya bagi memastikan keselamatan mereka.
Homeschool Sebagai Alternatif
Selain kebimbangan tersebut, wujud juga beberapa pihak yang mengambil langkah lebih drastik dengan memilih alternatif pembelajaran di rumah atau homeschool.
“Saya & isteri memang sepakat anak-anak homeschool saja, bayar cikgu mengajar anak di rumah. Tapi tetap ada kelas berenang dan lain-lain. Banyak kena guna duit tapi puas hati anak depan mata,” komen pengguna bernama @night.thaze.
Intihanya, perkongsian Anzalna Nasir bukan sekadar luahan hati seorang ibu, tetapi membuka ruang perbincangan yang lebih luas mengenai keselamatan dan pendidikan anak-anak di sekolah. Rata-rata bersetuju bahawa selain guru dan pihak sekolah, ibu bapa juga perlu memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak agar membesar menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia.
Isu keselamatan anak-anak di sekolah wajar dijadikan refleksi bersama agar masyarakat dapat mencari solusi terbaik demi kesejahteraan generasi masa depan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam babak tersebut, pelantun lagu Ku Bersuara itu dilihat berperanan sebagai dirinya sendiri, bertemu dengan peminatnya dan memberikan pesanan berkenaan perhubungan.
Video yang memaparkan kemunculan Ernie tular di media sosial dan dikongsikan oleh pengguna TikTok @sgvszy. Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada peminatnya yang kebanyakannya berasal dari Malaysia.
Rata-rata peminat tidak menyangka bahawa kemunculan isteri kepada penyanyi Syamel dalam video itu adalah sebahagian daripada babak dalam drama, kerana ada yang menganggapnya sebagai temu ramah sebenar.
“Woi aku ingatkan interview tadi,” komen seorang pengguna.
“Kak Ninie masuk sinetron!” tulis juga pengguna lain.
Sebelum ini, Ernie Zakri juga meraih pengiktirafan di Indonesia apabila memenangi anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di SCTV Awards 2024, dengan lagu Masing-Masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok SgvSzy
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas lebih sebulan Majalah Remaja bersama-sama rakan strategik Dewan Bahasa & Pustakan serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor melancarkan pertandingan mengarang esei bertemakan ‘Ceritakan Malaysia Anda’, akhirnya 10 orang pemenang utamanya telahpun diumumkan pada hari ini.
Pertandingan yang dibuka kepada pelajar sekolah menengah berusia 15 – 17 tahun dan pelajar prauniversiti/universiti berusia 18 -22 tahun ini adalah bersempena kempen patriotik ‘Saya #RemajaMalaysia’ yang dilancarkan oleh Majalah Remaja pada bulan Ogos dan September lalu.
Menariknya, meskipun negara sedang berada dalam musim wabak Covid-19, pertandingan ini menerima sambutan yang cukup menggalakkan daripada para pelajar. Sejumlah 525 penyertaan telahpun diterima oleh kami untuk diadili oleh pihak editorial Majalah Remaja dan wakil daripada Dewan Bahasa & Pustaka.
Dan Pemenangnya Ialah..
Bukan mudah bagi kami memilih hanya 5 orang pemenang bagi setiap kategori. Apapun, hasil kreativiti, seni penulisan dan idea yang dikarang oleh para pelajar telah kami teliti dengan cermat agar pemenang yang tersenarai pada edisi pertama ini adalah yang terbaik.
Bagi kategori Sekolah Menengah, tempat pertama dimenangi oleh Nur Isma Faqihah Binti Mohd Zulkifli dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cha’ah, Segamat Johor.
Nur Isma Faqihah Binti Mohd Zulkifli (Sekolah Menengah Kebangsaan Cha’ah, Segamat Johor).
Tempat kedua dimiliki oleh pelajar yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Pertandingan Debat Pendidikan (DeKan) 2020 semalam, Aiman Izdihar Bin Amran dari Sekolah Dato’ Abdul Razak, Negeri Sembilan. Tempat ketiga pula jatuh kepada pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, Sabah iaitu Nur Izzati Zahidah Md Asmara.
Wakil Aiman Izdihar Bin Amran (Sekolah Dato’ Abdul Razak, Negeri Sembilan).Wakil Nur Izzati Zahidah Md Asmara (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, Sabah).
Dua kedudukan sagu hati dimiliki oleh Rabiatul Insyirah Ahmad Shah dan Nur Alya Nabihah Mohd Zaidi; masing-masing dari Sekolah Tun Fatimah, Johor. Mereka berdua diwakili oleh ibu bapa pada hari ini.
Wakil Rabiatul Insyirah Ahmad Shah (Sekolah Tun Fatimah, Johor).Wakil Nur Alya Nabihah Mohd Zaidi (Sekolah Tun Fatimah, Johor).
Tidak ketinggalan, Majalah Remaja turut memberikan penghargaan kepada sekolah yang telah menghantar penyertaan pelajar terbanyak pada kali ini. Dengan sejumlah 35 penyertaan, Sekolah Menengah Seksyen 24 (2) Shah Alam telahpun membawa pulang kategori tersebut dan diwakili oleh Puan Sufida.
Puan Sufida mewakili Sekolah Menengah Seksyen 24 (2) Shah Alam..
*
Debaran turut dirasai bagi kategori Prauniversiti/Universiti pula. Juara menjadi milik pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Nur Farhan Hasbullah.
Nur Farhan Binti Hasbullah (Universiti Kebangsaan Malaysia).
Kedudukan naib juara disandang oleh Muhammad Aziim Mohd Zolkfly (Universiti Utara Malaysia) manakala pemenang tempat ketiga menjadi milik Priiyalakhshmi A/P Kumarrajah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Aziim Mohd Zolkfly (Universiti Utara Malaysia)Wakil Priiyalakhshmi A/P Kumarrajah (Universiti Kebangsaan Malaysia).
Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan mengarang esei Saya #RemajaMalaysia ini telahpun menerima 66 penyertaan daripada pelajar bukan berbangsa Melayu dari seluruh negara. Ini adalah satu perkembangan positif yang menunjukkan bahasa kebangsaan semakin dikuasai dan dicintai oleh para pelajar sejagat.
Sementara itu, pelajar Sunway College, Abdul Halim Baruddin dan Muhammad Saifullah Muhamad dari Universiti Sains Islam Malaysia masing-masing menerima hadiah sagu hati.
Abdul Halim Baruddin (Sunway College).Muhammad Saifullah Muhamad (Universiti Sains Islam Malaysia).
Untuk pengetahuan, selain daripada hadiah wang tunai dan bahan bacaan yang disumbangkan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka, para pemenang turut menerima trofi, sijil beserta produk tajaan Canon Malaysia, Summerie Malaysia, Good Virtues Co, innisfree Malaysia dan Marrybrown Malaysia.
Tahniah kami ucapkan kepada kesemua para peserta yang mempamerkan mutu penulisan yang cukup memberansangkan. Ini menandakan bahawa remaja pada era digital ini tetap mendahulukan kualiti dan skil penulisan yang mantap dan wajar dibanggakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...