Isu vaksin bagi menangani wabak COVID-19 nampaknya masih lagi hangat diperkatakan dan khabarnya, negara-negara yang menjalankan ujian ke atas manusia untuk vaksin percubaan COVID-19 tahap ketiga hampir selesai dibangunkan di China.
Brazil, Indonesia dan Turki katanya akan mendapat akses kepada vaksin itu, sama seperti China. Fasa ketiga ujian klinikal di Brazil telah dimulakan pada 21 Julai, Indonesia pada 1 Ogos dan Turki 16 September.
Ads
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SinoVac, Yin Weidong menjelaskan pihak mereka telah mendapat persetujuan untuk ujian klinikal di Bangladesh dan lot pertama akan diedarkan berdasarkan keutamaan di China, dan serentak di negara-negara yang melakukan ujian klinikal, iaitu Brazil, Indonesia dan Turki.
Syarikat itu juga sudah membangunkan kilang pembuatan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran vaksin yang dinamakan CoronaVac, kepada sekitar tiga juta dos setahun.
Namun begitu, Weidong menolak permintaan Sputnik untuk menyebut anggaran kos vaksin prospektif itu dengan menyatakan harganya akan bergantung kepada pelbagai faktor.
SinoVac menjangkakan vaksin itu akan memasuki pasaran pada akhir tahun ini.
Ads
Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menegaskan agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu memastikan vaksin COVID-19 boleh diakses setiap negara tanpa diskriminasi apabila ia dapat dihasilkan kelak.
Ads
Semoga ada khabar gembira yang akan diterima oleh negara kita tidak lama lagi. Sementara itu, teruskan menjaga penjarakan fizikal dan jangan lupa untuk memakai pelitup muka serta mengikuti SOP yang telah ditetapkan.
Pelakon tampan, Atiq Azman berkongsi khabar paling bermakna dalam hidupnya apabila dia dan isteri tersayang, Alia Natasha, kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Atiq, menerusi satu hantaran menyentuh hati di Instagram sempena ulang tahun kelahiran isterinya.
Dalam ucapan penuh emosi tersebut, Atiq menyatakan rasa syukur dan cinta buat wanita yang kini bakal bergelar ibu.
“Happy birthday sayang, wanita terindah yang Allah hadirkan dalam hidup aku.
“Tahun ini hadiah ulang tahun sayang bukan hanya cinta abang, tapi juga amanah paling berharga… zuriat yang kini dah ada dalam rahim sayang,” luahnya penuh makna.
Atiq juga mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kekuatan isterinya sepanjang fasa awal kehamilan.
“Terima kasih sebab sabar, sebab kuat, dan sebab terus jadi cahaya dalam hidup abang. Ya Allah, aku mohon… peliharalah isteri dan anakku dalam rahmatMu.
“Jadikan rumah tangga ini tempat tumbuhnya cinta, sabar dan syukur,” katanya lagi.
Dalam hantaran sama, Atiq turut menitipkan doa agar Alia terus diberi kekuatan dan menjadi ibu terbaik buat anak mereka nanti.
“Semoga umurmu diberkati sayang, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan setiap langkah sebagai bakal ibu.
“Abang tak sabar nak tengok sayang jadi ibu yang paling hebat untuk anak kita nanti. I love you,” kongsi pelakon berusia 24 tahun itu.
Sekadar info, pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 21 Februari lalu selepas mengikat tali pertunangan selama empat bulan.
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima hampir 10,000 tanda suka di Instagram dan dibanjiri ucapan tahniah serta doa daripada peminat dan rakan artis yang tumpang gembira dengan perkhabaran manis itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak sampai 24 jam berita pengunduran DJ Tyzo Xander atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain dari Radio Suria FM, nampaknya rezeki bertandang kepada pemenang Penyampai Radio Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-35 ini.
Dalam satau hantaran di Instagram, pihak Hot FM menyatakan hasrat mereka dengan bertanyakan kepada pengikut mereka sama ada mereka setuju atau tidak untuk Tyzo menyertai mereka.
“Aku mendengar suaramu! Ader, korang setuju tak kalau Tyzo Xander join Hot FM? Komen dan tag Tyzo ok. Jap kita orang nak lepak dengan Tyzo ni,” kongsi stesen radio popular tersebut.
Sehingga kini hantaran tersebut menerima lebih 26 ribu tanda suka dan lebih 4 ribu orang meninggalkan komen. Rata-rata memuji tindakan stesen radio itu untuk melamar Tyzo sebagai salah seorang penyampai.
Manakala, dalam satu kisah yang lain pula. Menteri Komunikasi Malaysia, Yang Berhormat Fahmi Fadzil pula memuat naik gambarnya bersama Tyzo Xander di aplikasi X sambil memberikan kata-kata semangat.
“Terserempak dengan Tyzo. Bersabar, saudara. Rezeki tak pernah salah alamat. Insya-Allah,” tulisnya.
Ciapan tersebut sehingga kini telah ditonton lebih 289 ribu pengguna aplikasi itu dan menerima lebih 2800 tanda suka.
Imbas kembali, Terdahulu, Suria FM mengumumkan khidmat penyampai Suria Petang itu secara rasminya berakhir semalam.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin menyifatkan khidmat Tyzo sangat besar sumbangannya dan akan sentiasa menyokong kariernya ke depan.
Keputusan berkenaan adalah antara langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baharu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”
Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru terkandas di minggu kedua program tersebut bersama-sama seorang lagi peserta, Qarl-G.
Ashmirul atau nama sebenarnya, Amirul Ashraff Shafarudin menyuarakan perasaan puas apabila telah melakukan yang terbaik bagi meneruskan perjuangan sepanjang dua minggu yang lalu.
Enggan menoleh ke belakang terhadap apa-apa kesilapan yang dilakukan sehingga mengakibatkan penyingkirannya, Ashmirul sebaliknya tetap berlapang dada dengan komen-komen juri yang diterima dan mengambil semua itu untuk memperbaiki keyakinan diri terutama ketika membawakan lagu-lagu bergenre rancak.
Agak Lemah Ketika Bergerak Secara Berkumpulan – Syafinaz Selamat
Menerusi persembahan solo, Ashmirul membawakan lagu Bunga Hati nyanyian asal Salma Salsabil dengan agak baik. Bagaimanapun, punca utama yang mengakibatkan penyingkiran Ashmirul adalah disebabkan persembahan secara berkumpulannya menerusi lagu Saksama yang dipopularkan oleh Akim Ahmad.
Begitulah pandangan juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat yang mengingatkan semula para peserta dan penonton BSA tentang perbezaan musim kali ini berbanding musim-musim sebelumnya yang fokusnya hanya terletak pada persembahan solo.
“Sebagai juri tetap, at the end of the day kami sedang mencari sebuah kumpulan. Jadi kami perlu pastikan siapakah ahli bersesuaian untuk berada dalam kumpulan itu.
“The sinergy and energy (di antara ahli-ahli kumpulan yang bakal terpilih) must be the same. Vokal bagus sahaja tidak memadai sekiranya peserta itu tidak bersesuaian dalam pembentukan kumpulan itu.”
“Sebagai contoh Ashmirul dan Qarl G, mereka ‘under’ sedikit dalam segmen berkumpulan. Di situ, saya kira markah agak rendah untuk mereka berdua.
“Dalam hal ini, peserta perlu sedar bahawa markah untuk persembahan berkumpulan adalah sangat tinggi. Jadi usah main-main. Kali ini, mereka wajib pedulikan ahli kumpulan lain walaupun mereka bersaing sesama sendiri. Mereka perlukan brotherhood,” ulas Syafinaz terhadap prestasi Ashmirul.
Namun itu tidak bermakna perjalanan Ashmirul tidak boleh berkembang dari peringkat ini. Kata Syafinaz, kejayaan seseorang diukur selepas pertandingan berakhir dan kadangkala, peserta yang awal disingkirkan lebih ke hadapan apabila mereka fahami rencah kejayaan kelak.
“Ashmierul dan Qarl-G merupakan dua peserta yang agak lemah dalam kumpulan. Namun seperti saya katakan tadi, jika mereka tidak sesuai bergerak secara berkumpulan tidak bermaksud mereka tidak boleh bergerak secara solo selepas ini di luar sana. Siapa tahu mereka akan lebih menyerlah apabila bersendirian.”
“Ashmirul misalnya, dia merupakan seorang pelajar jurusan muzik dan ilmu berkenaan akan membantunya. (Kepada Ashmirul), teruskan pengajian dan polish his set of skills untuk menjadi seorang penyanyi solo. Saya juga mengesyorkan agar dia mengejar impian secara solo; itu mengikut pandangan saya,” nasihat beliau terhadap remaja berusia 24 tahun itu.
Big Stage Alpha bersiaran pada setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan juga boleh distrim menerusi Astro GO dan sooka. Ia dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose sepanjang lapan minggu bersiaran dan diadili oleh tiga orang juri tetap iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini.
Memasuki minggu ketiga ini, persaingan Big Stage Alpha kini terbuka luas untuk sepuluh orang peserta yang masih bertahan.
Kredit Foto: Astro Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.