Sumber: TikTok

“Bos dari syurga!”—itulah antara reaksi netizen selepas melihat tindakan usahawan terkenal, Christy Ng, yang sanggup berbelanja hampir RM40,000 untuk restock pantri pejabatnya untuk pekerja.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok (@christyemilylove), Christy dilihat menyusun satu per satu pelbagai jenis makanan, minuman, dan keperluan harian buat stafnya.
Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Christina Ng itu memaparkanya dirinya melakukan pengisian semula (restock) dengan pelbagai jenis makanan di ruangan pantri.
Tidak hanya makanan, pada pengisian semula di pantri pada kali ini, Christy juga menyediakan barangan mandi seperti sabun badan, hair mist dan barangan yang diperlukan wanita seperti pad.
Sementara itu, Christy sempat berseloroh berharap para pekerja tidak akan ‘mengular’ selepas dia melakukan pengisian semula makanan di pantri terbabit.
Tindakan Christy Ng ini mendapat pelbagai reaksi positif dari netizen. Ramai yang memuji keprihatinan beliau sebagai majikan yang mengambil berat terhadap kebajikan pekerja.
Ada yang berseloroh ingin bekerja di syarikat beliau kerana kemudahan yang disediakan. Malah, ada juga yang mendoakan kejayaan berterusan untuk Christy Ng atas sikap mulia beliau.Sebelum ini, tular usahawan ini menyediakan dan membina sebuah surau yang besar dan selesa untuk pekerja Muslimnya.
Surau berkonsepkan ‘modern jungle’ itu juga dilengkapi dengan barangan solat berjenama tempatan seperti telekung, sejadah, dan jubah. Langkah ini menunjukkan penghormatan beliau terhadap amalan agama pekerja serta usaha untuk menyediakan persekitaran kerja yang inklusif dan harmoni.Syabas Christy Ng. Semoga lebih ramai majikan di luar sana terinspirasi untuk melakukan perkara yang sama.
BACA LAGI : Pengasas Pasaraya Mydin Benarkan Khairul Aming Ambil Seberapa Banyak Barang Bagi Membantu Mangsa Banjir
Sumber: TikTok
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.