Ramai orang berpendapatan, aktiviti bersukan hanya dilakukan pada sebelah pagi dan juga petang. Malam biasanya waktu untuk berehat selepas seharian melakukan pelbagai kerja.
Kalau pagi bekerja dan malam pula waktu rehat, bila pula ya kita harus bersenam? Bila semakin malas bersenam, mulalah berat badan bertambah dan selepas itu sibuk pula fikir soal diet. Soalannya boleh ke bersenam pada waktu malam dan apa kebaikan melakukan senaman ketika udara malam.
Baca perkongsian seperti ditulis Prof Imelda Balchin di facebooknya mengenai kebaikan bersenam pada waktu malam. Kata Prof Imelda, tidak salah untuk bersenam malam tetapi jangan sampai tidak bersenam langsung kerana itu lebih memudaratkan tubuh.
Ada yang tanya saya, “Prof, malam-malam boleh bersenam ke?”
Di Malaysia, ada banyak marathon yang bermula pukul 8 malam, ada yang bermula pukul 12 malam, ada yang bermula 2 pagi dan yang lain-lain mula 4 pagi. Sebab di Malaysia, siang terlalu panas untuk sukan yang intensif.
Semua athlete-athlete Malaysia, banyak membuat latihan sukan awal pagi, petang atau waktu malam. Pada bulan puasa, latihan sukan bermula selepas terawikh.
Di negara sejuk, pada musim sejuk, waktu subuh sampai 8.30 pagi, waktu maghrib pukul 3.30 petang, maka ramai orang yang bersenam sebelum atau selepas waktu mereka berkerja, akan bersenam malam-malam.
Ads
Jika anda lihat, perlawanan bolasepak, selalunya dibuat pada waktu malam.
Bila bersukan dengan intensif, badan kita membakar lemak badan untuk membuat tenaga baru, dan suhu badan akan naik, sebab pembakaran lemak badan akan menjanakan haba.
Kita turunkan suhu badan ke tahap normal dengan berpeluh. Untuk berpeluh dan membuang haba badan yang berlebihan, lebih lagi pengaliran darah akan dialihkan ke permukaan kulit dan kurang ke bahagian otot yang sangat diperlukan semasa bersukan.
Ads
Jika banyak sangat berpeluh tanpa mengganti kekurangan air badan dengan secukupnya, jumlah darah dalam badan berkurang (sebab air peluh itu datang dari darah kita yang masuk ke liang peluh di permukaan kulit).
Bila jumlah darah berkurangan, denyutan nadi akan bertambah pantas kerana jantung akan pam darah dengan lebih laju untuk membawa cukup oksigen ke otot yang berkerja kuat semasa bersukan.
Ads
Jika denyutan nadi menjadi terlalu pantas, pernafasan juga menjadi lebih laju dan mereka yang bersukan akan lebih cepat penat, sehingga denyutan nadi diturunkan semula dengan menyejukkan badan dan minum air dengan cukup.
Sebab inilah pencapaian sukan merosot pada waktu panas, dan pencapaian sukan ialah pada tahap lebih tinggi pada waktu sejuk. Alam persekitaran yang sejuk membantu menyejukkan haba yang dibawa oleh darah ke permukaan kulit badan dengan lebih cepat dan kurang keperluan untuk berpeluh banyak-banyak.
Paling baik pencapaian pelari full Marathon ialah pada suhu 15C. Sebab ini lah, banyak perlawanan sukan di Malaysia, dibuat pada waktu malam.
Tiada kemudaratan bersenam pada waktu malam.
Ada kemudaratan jika tidak bersenam langsung.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak perlu pembedahan plastik untuk runcingkan wajah ni.
Ramai yang mencari cara untuk mengatasi masalah dagu berlapis kerana ia dianggap sebagai salah satu masalah estetik yang boleh mempengaruhi keyakinan diri seseorang dalam penampilan.
7 teknik mudah yang boleh korang amalkan untuk menghapuskan lemak di bawah dagu.
Teknik 1
Berdiri tegak, angkat kepala seperti memandang atas hingga dagu juga terangkat. Bibir ditutup dan mulut dimuncungkan sampai otot pipi dan dagu rasa ditarik. Tahan selama 10 saat. Kembali ke posisi berdiri, ulang gerakan ini 10 kali.
Teknik 2
Berdiri tegak, tundukkan kepala dan mula buat gerakan mengikut pusingan jam. Ulang lima kali dan lima kali lagi mengikut arah jam sebaliknya.
Teknik 3
Berdiri tegak, tutup mulut rapat, tarik bibir seperti gerakan tersenyum lebar. Lakukan sampai otot rahang dan dagu rasa seperti ditarik. Tahan selama 10 saat. Ulangi gerakan sama sebanyak 10 kali.
Teknik 4
Mengunyah gula-gula getah – gerakan mengunyah gula-gula getah akan membuat otot rahang dan dagu bekerja lebih keras. Namun, pastikan anda memilih tanpa gula agar tidak menjejaskan gigi.
Teknik 5
Menguap – ketika menguap, otot mulut, dagu, dan leher juga akan ditarik sehingga mampu membakar lemak di pipi dan dagu. Oleh itu tiada ada salahnya jika anda melakukan gerakan menguap meskipun sedang tidak mengantuk.
Teknik 6
Urutan – urutan lembut yang dilakukan setiap hari boleh membantu menegangkan wajah. Cara urutan mulakan dari hujung leher membawa ke dagu hingga rahang. Ketika mengurut bahagian bawah dagu yang berlemak, arahkan urutan ke luar dengan gerakan searah.
Teknik 7
Senaman bola tenis – letak bola tenis di antara dagu dan leher. Kepit dengan kuat menggunakan dagu selama 10 saat, kemudian kendurkan selama lima saat. Ulangi 10 kali.
Senang sajakan cara nak hilang lemak bawah dagu, boleh dilakukan sambil duduk menonton tv. Selamat mencuba.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia, setiap negara mahu menyediakan fasiliti kesihatan terbaik untuk rakyatnya.
Kebanyakan negara masih memperkenalkan swab test dengan mengambil sample di tekak dan hidung untuk menguji sama ada seseorang dikesan positif COVID-19 atau tidak.
Negara jiran, Singapura bagaimanapun sudah jauh ke hadapan membangunkan ujian pernafasan yang lebih cepat dan tidak menyakitkan berbanding keadah sekarang.
Memetik laporan Harian Metro, penyelidik di Singapura sedang membangunkan ujian pernafasan bagi mengesan virus yang menyebabkan Covid-19 dalam tempoh seminit.
National University of Singapore (NUS) berkata, ujian berkenaan yang mengesan sebatian organik mudah meruap (VOC) dalam nafas individu berjaya mencapai lebih 90 peratus keputusan tepat dalam ujian klinikal yang dijalankan ke atas 180 pesakit.
Individu yang diuji hanya perlu menghembuskan nafas menggunakan penutup mulut pakai buang yang disambungkan ke alat penguji berketepatan tinggi.
Nafas yang dihembuskan itu dikumpul dan dimasukkan ke dalam spektrometer untuk diukur. Mesin yang dilengkapi perisian kemudiannya menganalisis profil VOC dan mengeluarkan keputusan dalam masa satu minit.
Teknologi berkenaan yang dibangunkan syarikat pemula niaga NUS, Breathonix menawarkan penyelesaian pantas dan selesa untuk mengenal pasti jangkitan Covid-19, kata universiti itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Breathonix, Dr Jia Zhunan berkata, VOC dihasilkan secara konsisten oleh pelbagai tindak balas biokimia dalam sel manusia.
“Penyakit yang berlainan menyebabkan perubahan spesifik pada sebatian, mengakibatkan perubahan yang dapat dikesan dalam profil nafas seseorang. Oleh itu, VOC dapat diukur sebagai penanda penyakit seperti Covid-19.
“Penutup mulut sistem ini mempunyai injap sehala dan perangkap air liur yang menghalang penyedutan dan air liur daripada memasuki mesin berkenaan,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah utama golongan perempuan bila lepas raya adalah tentang kenaikan berat badan. Ramai yang mula stres bila berat naik mendadak.
Cara paling popular yang orang zaman sekarang buat untuk turunkan berat badan adalah dengan air minuman detoks.
Seperti apa yang dikongsi oleh Nurul Arija ini, air rebusan yang diamalkannya ini sangat baik untuk mencairkan lemak tepu dan membersihkan dalaman tubuh badan.Rasanya sedap, tak pahit dan ada rasa-rasa masam sikit.
Selain tu, air rebusan ini juga dikatakan baik untuk awet muda. Tak caya? Cubalah sendiri okay. Nak buat pun senang je uolls.
Bahan-bahan:
– Lemon
– Kulit kayu manis Ceylon (Kalau tak ada, tak perlu letak pun tak apa)
– Bunga cengkih
– Halia
– Serai
Cara membuat:
1. Masukkan serai, halia, tujuh biji bunga cengkih dan kulit kayu manis
2. Rebus sehingga 20 minit
3. Kemudian, perahkan lemon ke dalam air rebusan tadi
4. Masukkan juga sedikit madu
5. Minum air rebusan ketika suam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.