Biar pemakaiannya hanya terhad di dalam tetapi pemakaian tuala wanita begitu penting buat golongan wanita. Jika orang zaman dahulu lebih senang dengan menggunakan percaan kain batik lusuh tetapi tranformasi dunia tentang keselesaan wanita ketika datang haid menjadikan tuala wanita begitu penting hari ini.

Jika sebelum ini warnanya biasa-biasa sahaja tetapi corak batik bagi edisi terhad jenama tuala wanita terkenal Kotex® ini cukup dikagumi. Bukan sahaja menggabungkan fungsi dengan fesyen, malah melambangkan satu inisiatif untuk memperkasa kaum wanita.

Lebih menarik, batik Edisi Terhad Kotex® menawarkan rekaan dengan pelbagai warna yang terang, berani, serta menampilkan motif-motif halus yang melambangkan batik Malaysia, namun telah dipermodenkan untuk wanita muda yang mengidamkan aliran fesyen terkini.

Lebih Bergaya & Nampak Stylo, Kotex® Edisi Batik Tampil Berbeza
Batik Edisi Terhad Kotex® menawarkan rekaan dengan pelbagai warna yang terang, berani, serta menampilkan motif-motif halus yang melambangkan batik Malaysia.

Pembungkusannya menampilkan rekaan kreatif artisan-artisan dari Batik Boutique, iaitu sebuah perusahaan sosial yang bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Kerjasama dengan Batik Boutique merupakan satu lagi impak positif daripada pergerakan global, #SHECAN Kotex® yang bertujuan memperkasa kaum wanita untuk mencapai apa jua kejayaan yang diidamkan.

IKLAN

“Kami telah menerapkan batik ke dalam pembungkusan Kotex kami dengan cara yang menyeronokkan, bagi menginspirasikan kaum wanita muda untuk menzahirkan perasaan mereka dengan sikap positif, iaitu ‘Haid atau Tidak, Dia Mampu’. Produk penjagaan wanita tidak seharusnya bersifat konvensional dan bosan. Justeru, kami berharap rekaan-rekaan yang berani ini akan memberikan ciri keunikan kepada Kotex, di samping menerapkan unsur keseronokan dan fesyen ke dalam tuala wanita kami,” demikian kata Frenissa Lagman, Pengurus Pemasaran, Kimberly-Clark.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan artisan-artisan wanita yang menakjubkan di Batik Boutique untuk memperkasa dan membolehkan mereka  menampilkan rekaan mereka kepada rakyat Malaysia. Mereka benar-benar mencerminkan semangat pergerakan #SHECAN Kotex, dan merupakan sumber inspirasi kepada kaum wanita tidak kira di mana.”

IKLAN

Batik Edisi Terhad Kotex®  kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara, dan didatangkan dengan satu aksesori fesyen yang menarik, iaitu satu beg kantung bergaya yang direka khas untuk edisi terhad ini.

Pergerakan #SHECAN Kotex® telah menjana perubahan positif dalam masyarakat di peringkat global untuk membantu wanita muda mengatasi kebimbangan terhadap haid dan menangkis stereotaip jantina, supaya mereka mampu menjadi juara serta berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki untuk mengejar cita-cita mereka.

IKLAN

Kotex® melancarkan #SHECAN FUND di Malaysia pada tahu lalu untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita dan gadis muda untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang kurang diwakili oleh wanita, baik dalam bidang seni, pendidikan, mahupun keusahawanan.

Yeay, jangan lupa dapatkan jenama kesukaan ramai edisi terhad ini.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI