
Pejam celik pejam celik seminggu sudah kita berpuasa di bulan Ramadan ini.
Bila bercakap tentang Ramadan, tentu ada yang tidak sabar bercerita mengenai baju raya. Yalah,kena prepare awal-awal baru lah tenang beraya nanti!
ARTIKEL BERKAITAN : Mahu Yakin Bergambar Di Pagi Raya? Jom Ikut Tips Ini Untuk Kurus Semasa Berpuasa Di Bulan Ramadan!

Bagi korang yang masih teragak-agak khususnya ketika pemilihan tudung untuk digayakan dengan warna baju, panduan suai padan ini boleh membantu. Tak adalah nanti digelar colour block dan jadi ‘bahan’ time raya.
Apa pun suai padan ini mampu tolong korang yang teragak-agak nak pilih warna apa nanti time raya.


Ini merupakan antara rangkaian untuk padanan warna pastel. Lebih lembut dan sesuailah untuk korang yang girly tu. hiks!


Amacam gaiss, dah dapat gambaran tak macam mana nak pilih warna tudung dan baju yang sepadan lepas ni?
Sesekali nak try color blocking apa salahnya kan. Berani dalam fesyen tapi make sure korang tak jadi fashion victim okay?
BACA LAGI : Sebelum Memandu Balik Kampung, Ikut 8 Tip Elak Microsleep Ini
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adelia Azam Pertahankan Gelaran Juara Remaja All-stars

Pemain boling remaja negara, Adelia Nur Irwan Syazalee berhasrat untuk mempertahankan gelaran terbuka wanita pada Kejohanan Boling Remaja Antarabangsa All-Stars Bawah 22 Tahun (B22) 2024 di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid baru-baru ini.
Pemain berusia 17 tahun, yang menewaskan wakil Singapura Althea Dang 227-204, 264-207 pada perlawanan akhir tahun lepas berazam untuk mengulangi kejayaan itu apabila edisi ke-24 berlangsung dari 4 hingga 15 Disember ini.
“Terdapat ramai pencabar hebat yang kembali beraksi tahun ini. Jadi mereka tahu permainan saya, dan saya juga tahu permainan mereka, tetapi saya akan menggunakannya sebagai satu kelebihan kepada saya, ditambah dengan pengalaman yang dipelajari daripada jurulatih dan rakan sepasukan saya untuk mengekalkan gelaran berkenaan,” katanya pada sidang media semalam.
Meskipun sibuk membuat persiapan untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai bulan depan hingga awal tahun, Adelia optimis kejohanan itu tidak akan menghalangnya daripada memperoleh keputusan cemerlang.

“Kedua-duanya, kejohanan dan SPM, adalah sukar dan sangat mencabar, tetapi saya boleh mengatasinya dengan baik. Saya akan pergi ke sekolah pada waktu pagi dan meneruskan sesi latihan pada waktu petang”
“SPM adalah peperiksaan yang sangat penting, tetapi saya rasa, dengan sokongan daripada ibu bapa, jurulatih dan rakan sepasukan, saya boleh melakukannya. Saya akan cuba yang terbaik untuk berjaya dalam kedua-duanya,” tambahnya.
Sementara itu, Pengurus Besar Sunway Megalanes Tan Yoke Chiang berkata kejohanan itu mengekalkan statusnya sebagai satu kejohanan boling remaja paling berprestij di rantau ini, dengan lebih 800 peserta dari 16 negara mengesahkan penyertaan pada edisi tahun ini.
“Bagi tahun ini, selain hadiah wang tunai RM200,000, kami juga menyediakan peralatan boling bernilai lebih RM100,000 untuk para peserta,” katanya.
Penolong Pengurus Pemasaran Sukan Milo Sheena Ayesha Dina Rizal berkata Kejohanan Boling Remaja Antarabangsa All-Stars menjadi platform terbaik bagi pemain muda negara mengasah kemahiran mereka dan menetapkan standard lebih tinggi berbanding peserta dari negara lain.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Pagar Rumah’ Dengan 4 Jenis Pokok Elak Sihir Dan Makhluk Halus, Ustaz Yaakub Kongsi Ikhtiar

Tentu korang pernah dengar cerita orang terkena santaukan dan gangguan makhluk halus kan?
Sama ada adik beradik sendiri, sanak saudara, jiran sekampung, kawan-kawan yang terkena sihir ini. Biasanya dah puas berubat, pergi hospital tapi doktor kata sihat tak ada apa. Biasanya kes begini seorang itu terkena santau atau terkena ”gangguan”
“Diantara pagar yang baik untuk ada di rumah adalah beberapa pokok yang baik untuk kita tanam sebagai ikhtiar. Kalau orang nak sihir kita, susah nak tembus kalau ada pokok ini dengan izin Allah S.W.T.”
ARTIKEL BERKAITAN: Pengamal Perubatan Kongsi Ilmu Pagar Rumah
Baca perkongsian Ustaz Mohammad Yaakub Yusra ini melalui laporan Sinar Harian.

Kongsi Ustaz Yaakub empat pokok ini perlu ditanam sebagai tujuan untuk ‘memagarkan rumah’ daripada gangguan mahkluk halus dan hasad dengki manusia.
Antara pokok yang boleh ‘menghalang’ sihir dan gangguan mahkluk halus adalah:
Pokok Durian Belanda

Selain dijadikan alternatif untuk merawat kanser, pokok durian belanda juga boleh menghalang sihir dan juga gangguan makhluk halus.
Cuba tanam pokok ini di rumah, kecil sahaja pun tidak mengapa asalkan ada. Tetapi jika tiada kawasan yang sesuai atau kawasan tanah lapang terhad, cukuplah tanam dalam pasu sahaja.
Tujuan pokok ini adalah untuk menyekat dan membuatkan sihir yang dihantar menjadi ‘tawar’ dan terhalang.
Pokok Limau Nipis

Perasan tak bila pengamal perubatan Islam seperti ustaz mahu ‘membuang’ mahkluk halus dalam badan, mereka akan gunakan buah limau nipis?
Kalau kamu nak tahu, buah limau nipis sering digunakan dalam merawat dan menghalang gangguan makhluk halus.
Info tambahan, kebiasaannya individu yang diganggu akan diminta mandi menggunakan buah limau nipis mengikut hari yang ditetapkan.
Pokok Limau Purut

Mempunyai fungsi yang sama seperti pokok limau nipis, pokok ini juga digunakan sebagai alternatif untuk menghalang sihir dan gangguan makhluk halus.
Menerusi perubatan Islam, pokok-pokok ini sangat berkesan dalam melindungi individu yang diganggu itu dan boleh memulihkan semula keadaan dengan segera.
Pokok Bidara

Kongsi Ustaz Yaakub, menerusi hadis yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W., pokok bidara mempunyai kebaikannya tersendiri.
Selain digunakan untuk mandian jenazah, golongan wanita yang datang haid dan nifas juga disyorkan untuk menggunakan pokok ini sebagai mandian mereka.
“Ketika uzur, tubuh wanita akan lemah dan makhluk halus mudah menyerang. Cuba buat air mandian guna daun bidara. Ramas daunnya dalam air dan mandi.”
Tambahnya lagi sebelum mandi, golongan wanita perlu menyatakan niat bahawa perbuatan ini merupakan ikthiar sebagai pendinding daripada makhluk halus dan hasad dengki manusia.
Sumber: Sinar Harian, Murtadha TV, Pejabat Mufti Wilayah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terlalu Lantang Menentang Israel, Indonesia Hilang Hak Tuan Rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun

Politik sekali lagi menjadi penyebab kepada kekecewaan dalam kalangan peminat bola sepak di negara seberang, Indonesia.
Setelah terpaksa menanggung malu akibat pengurusan lemah semasa tragedi rusuhan di Stadium Kanjuruhan pada Oktober 2022 sehingga menyebabkan lebih daripada 130 kematian, kini sinar baharu untuk membawa semula persada bola sepak Indonesia ke sudut yang lebih positif juga tidak kesampaian.
Ini setelah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA semalam menarik balik hak Indonesia sebagai tuan rumah kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun; hanya beberapa minggu sebelum ia dilangsungkan.

Penarikan semula ini berikutan kelantangan protes beberapa kem politik di Indonesia yang menentang penyertaan pasukan bola sepak Israel pada kempen kali ini.
Umum mengetahui bahawa hubungan diplomasi rasmi di antara Indonesia dan Israel tidak wujud memandangkan negara majoriti penduduk Islam itu sentiasa memihak kepada saudara seagama yang menetap di Palestin.
Tambahan pula, dua orang gabenor berpengaruh di Indonesia sebelum ini bersungguh-sungguh melaungkan penentangan mereka terhadap penyertaan Israel dalam kejohanan itu. Penentangan ini sekaligus tidak disenangi oleh badan FIFA yang ingin memastikan semua pasukan dapat bertanding secara selamat di negara tuan rumah.


Disebabkan penarikan drastik oleh FIFA ini juga, penyertaan pasukan bola sepak bawah 20 tahun Indonesia kehilangan tiket automatik sebagai tuan rumah untuk menyertai kejohanan yang berlangsung setiap dua tahun sekali itu.
Lapor media Indonesia, berita tersebut amat memberi kesan kepada peminat bola sepak negara itu terutamanya pemain kebangsaannya.

Penyerang 19 tahun Indonesia, Rabbani Tasnim mengeluh kepada pemberita di sana dengan berkata, “Tenaga, masa, peluh dan darah yang kami curahkan, tetapi ia digagalkan disebabkan alasan politik. Ini adalah impian besar kami yang telah anda hancurkan.”
Manakala penyerang 18 tahun Indoneisa, Hokky Caraka turut berkongsi sentimen sama. “Kami, para pemain, kini terkesan. Bukan hanya kami tetapi semua pemain bola sepak Indonesia.”
Haih, sabarlah pasukan Garuda.
Untuk pengetahuan korang, kejohanan Piala Dunia bawah 20 tahun pada asalnya dijadualkan berlangsung di Indonesia dari 20 May hingga 11 Jun hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

