Skop Productions, dengan kerjasama Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, mempersembahkan filem aksi terbaru mereka, Blood Brothers: Bara Naga.
Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 10 April 2025, membawa penonton menyelami dunia mafia yang jarang diterokai dalam filem tempatan.
Tayangan perdana filem ini telah berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya Isnin lepas, memberikan gambaran pertama tentang filem yang penuh ketegangan, drama, dan aksi mencabar.
Dengan arahan daripada dua pengarah terkenal, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, filem ini menjanjikan sebuah pengalaman sinematik yang luar biasa.
Ads
Barisan pelakon yang membintangi Blood Brothers: Bara Naga termasuk Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, dan Syazwan Zulkifly. Setiap pelakon membawa lakonan yang penuh intensiti dan mampu mengikat perhatian penonton dari awal hingga akhir.
Filem ini berkisarkan perjalanan Ariff (Syafiq Kyle), yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk bekerja di bawah Dato Zul (Wan Hanafi Su), ketua Mafia Naga. Ariff dilantik sebagai pengawal peribadi dalam syarikat keselamatan Silent Guard, sekaligus menjadi Blood Brother kepada Ghaz.
Namun, ketika sebuah pengkhianatan berlaku, Ariff dituduh sebagai pembelot dan diburu oleh Ghaz untuk dijatuhkan hukuman. Ariff yang terdesak untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, melarikan diri dan meminta bantuan daripada abang kandungnya, Jaki (Syazwan Zulkifly).
Akankah Ariff berjaya membersihkan nama dan mendapatkan kembali kepercayaan Ghaz?
Ads
Blood Brothers: Bara Naga akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 10 April 2025, namun bagi yang tidak sabar, tayangan awal sudah bermula sejak 8 April 2025 di 146 pawagam terpilih.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem penuh aksi ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dua perkataan dapat menggambarkan empunya pemilik nama Amy Mastura ini, pastinya perkataan tersebut adalah ‘awet muda’!
Sejak usia 20-an sehinggalah ke memasuki usia separuh abad kini, penyanyi Bintang Hati ini pasti akan menuai pujian daripada orang ramai mengenai betapa wajahnya tidak dimamah usia.
Amy Mastura.
Peminat Amy sendiri kadangkala tidak sedar penyanyi kegemaran mereka ini sudahpun mempunyai dua orang anak dara yang sudah menginjak ke usia remaja.
Puteri sulungnya, Adriana baru meraikan hari kelahiran yang ke-22 pada 21 April 2023. Manakala anak keduanya, Adalia pula telah memasuki usia 18 tahun pada pertengahan April lalu.
Masing-masing diraikan dalam mood berhari raya. Namun apa yang menarik perhatian peminat Amy adalah bagaimana ringkas, ‘sempoi’ dan bersederhana cara keluarganya meraikan tarikh-tarikh sambutan istimewa ini.
Cukup sekadar menempah kek, bergambar di dapur kediaman secara lengkap bersama empat ahli keluarga. Malah, foto berbaju raya Amy sekeluarga juga sekadar diambil di ruang tamu; tidak seperti cara segelintir masyarakat kini yang sanggup melaburkan masa dan tenaga demi merakam foto kenangan.
Hakikatnya, cara ‘sempoi’ Amy Mastura dan keluarganya inilah yang mendekatkan dirinya kepada peminat yang mengekorinya di akaun Instagram.
Di ruangan komen, ramai juga warganet yang memuji kecantikan awet muda yang dimiliki Amy dan kata mereka, tidak mustahil ‘aset bernilai’ ini akan diwarisi oleh Adriana dan Adalia.
“Dalam Malaysia ni ada 2 je Wanita Vampire (tidak dimamah usia), kak Amy dan isteri abang Faizal Hussein. Depa ni memang awek muda natural, bukan pergi ‘cucuk-cucuk’.”
“Nape awet muda sangat ni.”
“Sempoi je Raya. Tengok pun sejuk dan selesa.”
“Macam kakak & adik! Harap warisi awet muda ibu.”
“Lawanya anak dara.”
“Muka sooo mak dia.”
“Betul-betul macam muka KekMi time jadi pramugari dulu.”
“Anak dah besar, Amy Mastura masih macam dulu-dulu juga. Awet muda.”
Tidak kurang juga ada yang memuji gaya tudung Amy yang kelihatan persis ahli kerabat diraja.
Apapun, ramai yang mendoakan kesejahteraan, kebahagian dan kesihatan mereka sekeluarga. Bila orang baik-baik, doa yang dikirimkan pun sentiasa yang baik-baik, kan!
Kalau korang ingin mengetahui cara pelakon, Liyana Jasmay mengekalkan keremajaan wajahnya pula, klik video di bawah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar gembira buat semua peminat drama bersiri Melayu & Jepun di Malaysia!
Drama adaptasi yang walaupun belum lagi ditayangkan tetapi sudah menjadi bualan di media sosial iaitu drama bersiri Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi (KTCH) lakonan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar dan Dewi Remaja 2018/2019, Arena Wan.
Diadaptasi daripada drama popular Jepun ‘Mr. Hiiragi’s Homeroom’ karya Shogo Muto yang diterbitkan oleh Nippon TV itu telah menerima pelbagai reaksi menarik walaupun ia akan ditayangkan pada 25 September ini.
Membawa genre yang lebih berat dan sulit, drama ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ memaparkan sebuah insiden di dalam satu kelas di antara Cikgu Hiragi dan para pelajarnya demi membongkar misteri kematian salah seorang pelajarnya. Cikgu Hiragi ialah seorang guru seni dan merupakan guru kelas Tingkatan 5A yang baru sahaja mengajar di Sekolah Raja Ishak selama dua tahun.
Sepuluh hari sebelum mereka tamat persekolahan, pelajar-pelajar kelas 5A berkumpul di dalam kelas atas arahan Cikgu Hiragi. Tanpa disangka, pelajar-pelajar ini menjadi tahanannya untuk merungkai insiden hitam lama yang berlaku kepada salah seorang pelajar daripada kelas itu.
Kematian pelajar itu menjadi misteri apabila semua rakan-rakannya mendiamkan diri tentang apa yang berlaku. Tiada siapa yang akan dapat menyelamatkan diri mereka daripada Cikgu Hiragi sehinggalah kebenaran mengenai insiden itu dibongkar.
Sebelum mula menonton! REMAJA senaraikan beberapa alasan mengapa kami rasakan drama bergenre misteri ini tidak kalah dengan versi original dari Jepun.
Antara salah satu tarikan utama Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi adalah bagaimana elemen budaya pengajaran dan pembelajaran (PNP) di Malaysia yang berbeza daripada naratif asalnya. Nadhir Nasar yang melakonkan watak Cikgu Hiiragi berkata, bahawa terdapat banyak perubahan dibuat untuk menyesuaikan dengan budaya tempatan.
“Untuk drama adaptasi versi Malaysia, kami ada 20 episod tetapi versi Jepun cuma ada 10 episod sahaja. Antara sebab kenapa drama ini 20 episod kerana kami memang nak tunjukkan budaya tempatan kita dan ada beberapa scene yang nampak lebih kemelayuan dan dekat dengan penonton,” ujar Nadhir.
Nadhir Nasar sebagai Cikgu Hiiragi
WATAK YANG LEBIH BERANI DAN REALISTIK
Setiap watak dan karakter dalam drama ini mempunyai sifat dan latar belakang berbeza. Menurut Arena Wan yang melakonkan watak Sofia, penampilannya dalam Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi tampak lebih berani dan tegas berbanding dengan watak asal versi Jepun iaitu Sakura Kayano yang dilakonkan oleh Nagano Mei.
Jelasnya, “Kalau ikutkan drama original, karakter saya itu lebih blur, nampak lebih penat dan lebih penakut. Of course, sifat pemalu dan blurriness Sofia itu masih ada tapi tidak terlalu ketara.”
BARISAN PELAKON YANG LEBIH ‘FRESH’
Selain Nadhir Nasar dan Arena Wan, Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi turut membariskan ramai pelapis baru tanah air seperti Evertts Gomes, Arabella Ellen, Cahaya Nilam, Razin Qidran, Elyshia Abegail, Baihaqi Majid, Rasyidin Zainal, Aizat Saha dan ramai lagi!
Sewaktu ditemui REMAJA di set penggambaran KTCH, Nadhir berkata bahawa kesemua rakan-rakan pelakon teruja untuk belajar sesuatu yang baru, tidak kira sama ada daripada pelakon baru dan juga pelakon yang sudah berpengalaman.
Tambahnya, mereka semua hampir sebaya dan bagi membina hubungan baik antara satu sama lain tidak terlalu menjadi masalah.
Evertts Gomes sebagai Ashraf, Arena Wan sebagai Sofia
‘EXPECTATION VS REALITY’ PENONTON
Menurut Evertts Gomes yang membawa watak Ashraf dalam KTCH, selain poster drama yang dikritik kerana menggunakan Artificial Intelligence (AI). Ada beberapa warga internet yang memandang rendah terhadap siri naskah KTCH dan mempersoalkan mengapa terlalu banyak drama adaptasi dari negara luar seperti Jepun atau Korea berbanding drama asli yang dihasilkan anak tempatan sendiri.
Nadhir menambah kenyataan Evertts, “Sebenarnya ada sebab kenapa kami buat begitu begini tapi ramai yang sudah judge awal. Tetapi kalau mereka dah tonton nanti, mungkin mereka akan faham dan okay sahaja”
Nampak menarik bukan drama adaptasi Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi ini!
Kalau nak tahu, Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi akan mula bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis menerusi slot Dramavaganza, bermula 25 September 2024, jam 9 Malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem seram sering menjadi genre favorite kebanyakkan kaki movie kerana elemen ‘surprise’ yang diselitkan mampu membuatkan penonton tidak senang duduk.
Namun begitu, ada juga yang lebih gemar menonton filem yang berkisarkan tentang zombie berbanding filem-filem hantu yang lain kerana debarannya lebih hebat daripada menonton filem hantu biasa. Hiks!
Untuk korang yang mungkin tidak biasa menonton filem-filem zombie, berikut kami senaraikan antara beberapa filem yang menarik boleh korang tonton.
1. Zombie Land
Mengisahkan tentang virus zombie yang hampir dijangkiti oleh semua manusia dan menjadi tempat paling menyeramkan bagi mereka yang belum terkena virus tersebut. Filem ini berunsur komedi dan merupakan antara filem zombie terbaik untuk ditonton.
2. Train To Busan
Seorang lelaki (Gong Yoo) dan anak perempuannya terperangkap di atas keretapi laju ketika virus zombie menyerang Korea Selatan. Filem ini mendapat kutipan sebanyak $87.5 juta di seluruh dunia dan mencatatkan rekod sebagai filem Korea dengan kutipan tertinggi di Malaysia.
3. Dead Snow
Filem dari Norway ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang perlu menyelamatkan diri daripada askar Nazi yang telah bertukar menjadi zombie. Bayangkan korang dikejar hantu nazi, seram kan? Hehe!
4. 28 Days Later
Filem yang penuh mendebarkan ini menceritakan tentang sebuah makmal animal rights activist menjadikan orang utan sebagai bahan ujikaji dan mereka tidak menyedari bahawa orang-orang utan tersebut telah menghidap virus yang sangat berbahaya. Akhirnya, virus tersebut menjangkiti manusia.
5. Warm bodies
Jarang-jarang kita tonton filem zombie berunsur romantik, kali ini kisah zombie yang dapat disembuhkan dengan cinta. Berbeza dengan filem-filem yang lain, Warm Bodies memaparkan penonton melihat dunia dengan perspektif zombie.
6. Shaun Of The Dead
Lagi satu filem zombie bertemakan romantik komedi, Shaun seorang salesman yang mempunyai kehidupan tidak berapa baik dan ditinggalkan kekasih kerana sikapnya yang membosankan. Kehidupan Shaun berubah apabila zombie mula menyerang kota.
Namun, ketika itu Shaun masih dalam pengaruh alkohol untuk menyedari akan situati tersebut. Selepas dia sedar, Shaun mula berusaha untuk menyelamatkan diri dan teman-temanya, termasuk bekas kekasihnya kerana ingin membuktikan bahawa dia seorang manusia berguna.
7. REC
Sekumpulan individu telah dikuarantin dalam bangunan yang diduduki oleh manusia yang telah bertukar menjadi zombie. Angela Vidal, seornag reporter TV dan jurukameranya Pablo membuat liputan di sebuah stesen pemadam kebakaran.
Satu kejadian mengerikan berlaku apabila bangunan tersebut rupanya dijangkiti virus berbahaya seperti zombie. Hanya satu tempat yang boleh menjadi jalan keluar bagi Angela dan Pablo, namun ternyata ia adalah tempat dimana virus itu berasal.
Adakah mereka mampu menyelamatkan diri masing-masing? Tontonlah filem ni sampai habis dulu. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.