Black Beauty! Pelajar Sarjana Undang-Undang Perniagaan Dinobat Miss World Cote d’Ivoire 2022

Share

Marlene Kany Kouassi, pelajar jurusan Sarjana Undang-Undang Perniagaan telah dinobatkan sebagai Miss Cote d’Ivoire 2022 sekaligus mendapat ‘tiket’ untuk mewakili negaranya ke pertandingan berprestij Miss World 2022 dengan gelaran Miss World Cote d’Ivoire 2022.

Gadis cantik berusia 22 tahun ini berjaya mengalahkan 26 peserta yang lain untuk merebut gelaran tersebut. Majlis yang diadakan di Hotel Sofitel Abidjan itu turut dihadiri oleh Miss World 2021, Karolina Bielawska, Ketua Pegawai Eksekutif Miss World, Julia Morley, and Miss World Europe 2021, Anna Leitch.

Kredit foto: Miss Cote d’Ivoire Organisation

Matlamat Marlène sepanjang dia bergelar Miss Cote d’Ivoire selama setahun, dia mahu memberi impak kepada wanita muda bahawa mereka boleh mencapai matlamat dan impian mereka dengan adanya kemahuan, keberanian dan kerja keras yang mencukupi.

“Seorang wanita boleh belajar undang-undang dan menjadi ratu cantik pada masa yang sama. Kepada semua wanita muda, kita mampu melakukan perkara yang hebat,” kongsinya.

Gadis cantik ini seterusnya menambah lagi, “Nak tahu apa yang membuatkan saya terpesona? Seorang Pemimpin Wanita. Mereka lambang keperibadian unggul dan tidak akan membiarkan sesiapa menginjak prinsip dan nilainya. Dia menetapkan matlamat profesional, keluarga dan sosialnya dan berusaha untuk mencapainya. Dan dia membuat suara wanita berkembang bersamanya. Kita semua boleh menjadi pemimpin wanita.”

Kredit foto: Miss Cote d’Ivoire Organisation

Selain memperjuangkan pemerkasaan wanita. Marlene sangat menghargai budaya.Baginya budaya adalah tentang memcipta, memperbaharuai dan berkongsi nilai.

“Dengan kemunculan teknologi baharu, dunia berubah, begitu juga minda. Di Ivory Coast, tradisi kami adalah kekuatan terbesar kami. Saya berbangga dengan percampuran kita, tetapi juga berbangga dengan semua warisan budaya yang kaya yang menjadikan negara kita bersinar,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Berusia 18 Tahun, Pelajar Jurusan Pemasaran Dinobat Miss World Puerto Rico 2022

Kredit foto: Miss Cote d’Ivoire Organisation

Tahun lalu Miss World Cote d’Ivoire, Olivia Yace berjaya menempatkan diri sebagai pemenang tempat ketiga Miss World 2021 sekaligus menerima gelaran Miss World Africa 2021. Kemenangannya itu merupakan antara pencapaian terbaik yang pernah dicapai oleh wakil Cote d’Ivoire di pentas antarabangsa.

Adakah Marlene Kany akan berjaya mengulangi kejayaan Olivia? Sama-sama kita nantikan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN