
Pelumba basikal junior negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri kini dianggap permata dalam pembikinan rentetan kejayaannya. Terbaru, pelumba cilik kelahiran Sungai Petani, Kedah ini mencipta detik sejarah negara apabila memenangi pingat emas acara 500 meter ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, semalam.
ARTIKEL BERKAITAN : Kenali Shah Firdaus, Atlet Berbasikal Yang ‘Merampas’ Emas Azizulhasni Awang

Menariknya, Remaja berusia 19 tahun itu mencatat nama sebagai pelumba wanita Malaysia pertama memenangi emas di kejohanan itu apabila melakarkan catatan masa 35.499 saat (s) di Velodrom Kompleks Indira Gandhi, New Delhi.
Pencabar terdekat Kim Bomi dari Korea Selatan berada di kedudukan kedua dengan catatan masa 36.374s manakala wakil tuan rumah, Mayuri Dhanaraj di tempat ketiga dengan masa 36.481s, menurut laman rasmi kejohanan www.atcc2022.com.

Sementara itu, pelumba Olimpik, Muhammad Shah Firdaus Shahrom meraih pingat perak dalam acara akhir keirin lelaki selepas tumpas kepada pelumba Jepun, Kohei Teraski manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba Kazakhstan, Sergey Ponomaryov.
Seorang lagi pelumba keirin negara, Fadhli Zonis hanya mampu mengakhiri saingan di tempat ketujuh.
BACA LAGI : Pelumba Basikal Negara, Azizulhasni Terima Gelaran Datuk
Sumber : Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Harungi Pelbagai Rintangan, Puteri Raja Jepun Akhirnya Selamat Berkahwin Dengan Rakyat Biasa

Cinta sememangnya suatu perkara yang cukup bermisteri. Ada masanya cinta senang dicari, kadangkala banyak pula rintangan yang perlu diharungi demi dapatkan cinta sejati.
Begitulah kisah cinta anakanda Maharaja Jepun iaitu Puteri Mako yang jatuh cinta kepada seorang jejaka dari kalangan rakyat biasa, Kei Komuro.
Pengaruh diraja di sana cukup kuat dan rakyat mengharapkan agar salasilah darah diraja sejati dapat diteruskan. Disebabkan itu, bertahun-tahun kisah percintaan mereka mengundang kontroversi dan tentangan daripada sebilangan rakyat jelata.
Namun benarlah kata orang, cinta sejati tidak mengenal latar belakang, harta mahupun pangkat dan darjat apabila Puteri Mako menerima Kei Komura sebagai suaminya setelah melangsungkan pernikahan pada 26 Oktober 2021.

Berbeza daripada majlis perkahwinan ahli keluarga empayar Jepun sebelum ini. majlis bagi Puteri Mako diadakan dalam keadaan yang cukup sederhana. Hanya majlis wajib saja dilangsungkan tanpa mengadakan acara resepsi secara terbuka.

Harta Ditolak Dan Hilang Gelaran Empayar
Menurut laporan media di Jepun, hasil perkahwinan atas nama cinta ini, Puteri Mako yang merupakan anak pertama Putera Akishino dan Puteri Kiko dipercayai menolak wang tunai bernilai RM5.6 juta yang ditawarkan kepadanya. Bayaran tersebut adalah tradisi biasa yang diberikan kepada mana-mana ahli diraja perempuan Jepun kerana mereka akan meninggalkan istana selepas itu sebagai seorang isteri.
Selain itu, Puteri Mako juga kehilangan gelaran dan pangkatnya dalam struktur empayar jepun sebaik sahaja mendaftarkan perkahwinan dengan Kei Komuro di pejabat pendaftaran awam.
ARTIKEL BERKAITAN : Puteri Mako Dilucutkan Hak Sebagai Kerabat – REMAJA
Fuh, drama juga ya keluarga diraja Jepun!
Kisah ini mengingatkan REMAJA kepada kisah perkahwinan dalam keluarga diraja Britain dahulu apabila ayahanda Ratu Elizabeth II, George V menggantikan tempat raja sebenar, Edward VIII setelah Edward memilih untuk mengahwini seorang wanita biasa yang berstatus janda, Wallis Warfield Simpson pada tahun 1936.
Walaupun Edward menerima nasihat daripada pihak kerajaan, pihak gereja England dan rakyat jelata untuk tidak sesekali membuat keputusan demikian, beliau masih memilih cinta dan secara rela diri menyerahkan posisi sebagai Raja Britain kepada adindanya, George V.

Berbalik kepada kisah Puteri Mako ya.
Setelah mengahwini Kei Komura, beliau khabarnya akan berhijrah ke Amerika Syarikat lantaran suaminya itu sedang membina kerjaya sebagai seorang peguam bertauliah di sana. Pada masa yang sama, Puteri Mako juga dipercayai akan melanjutkan pengajian dalam bidang seni dan warisan budaya di Universiti Kristian Antarabangsa di Tokyo iaitu institusi sama yang menemukan beliau dengan Kei Komuro pada tahun 2017.

Pada tahun 2018 semasa Puteri Mako menghadiri Universiti Edinburgh, Kei Komuro pula berpindah ke New York, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian undang-undangnya di Fordham Universiti.
Sebenarnya, ada sebab lain yang menyebabkan pasangan tersebut berpisah sebentar dan menyambung pengajian di luar Jepun. Pada tahun 2017 setelah mereka secara rasminya dilaporkan sedang bercinta, timbul kontroversi melibatkan dakwaan daripada bekas tunang Puteri Mako terhadap Kei Kumoro dan ibunya. Kata bekas tunangnya, mereka gagal membayar hutang kepadanya (walaupun laporan tidak memperincikan jenis hutang yang dimaksudkan).
Lalu rakyat jelata mula tertanya jika Kei Komuro mampu menanggung Puteri Mako sekiranya mereka berkahwin.
Penangguhan perkahwinan mereka pada waktu itu juga terus menjadikan sokongan rakyat terhadap pasangan ini mulai suram. Difahamkan, kesan daripada kontroversi itu, Puteri Mako mengalami tekanan mental dan masing-masing memilih untuk meninggalkan Jepun buat seketika atas alasan ingin melanjutkan pengajian (walaupun hakikatnya, mereka benar-benar melanjutkan pengajian).
Sehingga kini, Puteri Mako dikatakan masih diganggu dengan kondisi post-traumatic stress disorder.

Sewaktu sidang media bersama suaminya itu sejurus melangsungkan majlis perkahwinan, Puteri Mako memperbetulkan laporan kononnya Kei Komuro ialah punca kepada kesedihan dan tekanan yang dialaminya selama ini.
“Kei ialah seseorang yang tidak boleh diganti untuk saya. Bagi kami, ikatan perkahwinan adalah pilihan utama untuk meneruskan hidup dengan bahagia.”
Tambah Kei, “Saya cintakan Mako. Saya ingin menghabiskan kehidupan saya hanya bersama orang yang saya cintai.”
Disebabkan kisah ini dan penghijrahan mereka ke Amerika Syarikat selepas ini, pasangan ini terus dilabel sebagai pasangan ‘Harry dan Meghan’ versi Jepun.
ARTIKEL BERKAITAN : Putera Harry & Meghan Markle Dilucutkan Jawatan DiRaja. Tidak Lagi Menjadi ‘Working Royal’ – REMAJA
BACA LAGI : Setelah Keluar Istana, Meghan Markle Jadi Penerbit Eksekutif. Terbitkan Siri Animasi Untuk Netflix – REMAJA
Untuk pengetahuan, sebelum ini pada tahun 2005, ibu saudara Puteri Mako iaitu Puteri Nori yang kini dikenali dengan nama Sayako Kuroda juga meninggalkan keluarga diraja Jepun atas faktor yang sama. Menurut sumber, dia dibayar sebanyak RM4 juta sebagai wang memulakan kehidupan baharu sebagai orang kebanyakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya
![[TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya 17 [TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya](https://cdn.remaja.my/2018/10/Hanya-barangan-ini-ditemui-sementara-iPhone-dan-beg-duitnya-dicuri-orang-1.jpg)
Semalam REMAJA melaporkan berita kehilangan seorang pelajar universiti, Amir Hamzah bin Mohd Razali, 21 yang sepatutnya menghadiri majlis konvokesyennya pada 12 Oktober lalu. Rayuan dari ahli keluarganya yang meminta agar sesiapa terjumpa agar memaklumkan kepada mereka.
Berita terkini, abangnya, Khairul Anuar memaklumkan petang semalam satu penemuan mayat lelaki Melayu ditemui di oerangkap sampah Sungai Kandis, Shah Alam yang terletak di belakang rumahnya sahaja.
Ketika dihubungi REMAJA, Khairul memaklumkan, dia diberi kebenaran melihat mayat tersebut dan gerak hatinya berkata itulah mayat adiknya, Amir Hamzah.
![[TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya 18 [TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya](https://cdn.remaja.my/2018/10/43878493_1875766699204060_9000268109533151232_n.jpg)
“Pihak Bomba Shah Alam menemui satu mayat yang sudah kembang di Sungai Kandis sekitar jam 6 petang di perangkap sampah itu. Saya ketika itu berada di Sungai Kayu Ara tempat lokasi kemalangan kerana pihak bomba menjalankan operasi di situ.
“Ketika melihat mayat itu, gerak hati saya mengatakan itulah adik. Ini kerana mayat itu lelaki Melayu, beragama Islam dan tali pinggang dipakainya tertulis PLKN di mana adik pernah menjalani latihan PLKN selepas tamat sekolah dulu. Baju jaket yang saya sangka dipakainya (gambar atas dengan pelakon Nasir Bilal Khan itu ada di rumah di Pulau Pinang.
“Mayat itu masih lengkap berpakaian dengan seluar slack. Ini lebih menyakinkan saya kerana adik ada majlis konvokesyen pada pagi itu di Universiti Putra Malaysia kerana dia tamat belajar di Cybernetic International College Technology dan hari graduasinya berlangsung pada hari dia menolong mangsa kemalangan itu.
“Pihak hospital hanya memberi masa yang sekejap melihat mayat itu, hanya dari paras muka sampai pinggang sahaja. Bedah siasat akan dilakukan pada jam 2 petang ini di Hospital Shah Alam,” katanya yang bagaimana pun berkata gerak hatinya mengatakan mayat itu adalah adiknya.
![[TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya 19 [TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya](https://cdn.remaja.my/2018/10/44037126_2118601348404801_5408027123233325056_n.jpg)
![[TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya 20 [TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya](https://cdn.remaja.my/2018/10/44054720_299163804249835_953260337715478528_n.jpg)
Dalam pada itu Khairul turut menambah, seperti dimaklumkan oleh ibunya, adiknya itu akan menyimpan beg duit di dalam poket seluar dan hanya barang-barang lain di dalam porch yang ditemui di lokasi kejadian.
“Kalau benar beg duit ini ada dalam poket seluarnya, sahlah itu adik Amir. Sebelum ini kami ahli keluarga ingatkan beg duitnya hilang kerana telefon bimbitnya memang hilang. Cuma barang-barang lain ditemui di lokasi kejadian seperti kad pelajar, kad touch n go, beg pouch dan lain-lain,” katanya berkata ia baru menyedari hal itu selepas dimaklumkan oleh ibunya.
“Saya andaikan adik tidak cedera atau dilanggar, cuma mungkin dia tercampak akibat dihentam lori simen yang melanggar kereta itu sebelum tercampak ke dalma Sungai Kayu Ara itu,’ katanya memaklumkan semua ahli keluarganya sudah datang dari Pulau Pinang. Jika benar itu arwah Amir, adiknya itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Shah Alam.
Menyifatkan adiknya sebagai seorang yang prihatin, suka menolong orang, baik hati dan periang, anak bongsu dari lima beradik itu sebenarnya cukup disayangi ahli keluarga dan rakan-rakannya.
“Ramai kawan-kawannya yang whatsapp saya bertanya dan saya terpaksa berterus terang. Sama-sama kita doakan. Saya redha dengan kemalangan ini dan niat baiknya membantu tapi kesal kerana bantuan lambat disalurkan di mana pihak berkuasa tidak menyangka ada mangsa lagi,’katanya ketika dihubungi.
![[TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya 21 [TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya](https://cdn.remaja.my/2018/10/44032277_299163734249842_6757150134150103040_n.jpg)
ARTIKEL BERKAITAN : Adik Sepatutnya Ada Majlis Konvo Tapi Hingga Kini Hilang, Abang Rayu Cari Adik
Semalam REMAJA memaparkan berita, Amir menaiki motosikal dari Perak menuju ke rumah abangnya, Khairul Anuar di Seksyen 17 Shah Alam.
Pemuda ini sempat menghantar satu pesanan ringkas di whatsapp pada jam 3.01 minit pagi memaklumkan dia sudah selamat sampai di Sungai Buloh dan berhenti rehat ketika kerana hari hujan.
Amir kemudiannya meneruskan perjalanan sebelum terserempak dengan satu kemalangan di KM 14.5 di Lebuhraya NKVE menghala Subang / Damansara dan memberhentikan motosikalnya dengan niat untuk membantu.
Malangnya, tanpa sedar di saat dia cuba membantu kereta yang terbabas melanggar pembahagi jalan itu, sebuah lori simen telah merempuh kereta terbabit dalam hujan lebat tanpa siapa menyedari Amir sudah tercampak ke dalam sungai terbabit.
Temubual REMAJA bersama abangnya, Khairul Anuar semalam, pemuda berusia 27 tahun ini merayu dan meminta orang ramai untuk mencari adiknya yang sudah 4 hari hilang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Angkat Bahasa Melayu, PM Akan Berucap Dalam Bahasa Kebangsaan Di Perhimpunan Dunia

Ini bukannya kali pertama Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri memperkasakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.
BACA LAGI: PM Seru Syarikat Swasta, Agensi Kerajaan & GLC Praktik Bahasa Melayu
Terbaru, mengikut laporan lapor Astro Awani. Ismail Sabri dijangka akan membawa dan berucap dalam Bahasa Melayu sewaktu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) buat kali ke-77 di New York pada 23 September ini.

Malah, delegasi Malaysia ini yang juga diketuai oleh beliau akan membincangkan topik seperti inflasi, pandemik COVID-19, krisis di Myanmar dan juga konflik antara Ukraine dan Rusia.
Menurut Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam sesi debat umum yang bakal berlangsung dari 20 hingga 26 September ini, Ismail Sabri bakal menyampaikan ucapannya dalam Bahasa Kebangsaan pada 23 September ini waktu tempatan.
Malah, pelbagai kempen pernah dianjurkan saban tahun agar rakyat sedar kepentingan bertutur dalam satu bahasa kebangsaan terhadap perkembangan sosial dan memupuk semangat nasionalisme yang seharusnya ada dalam diri setiap daripada kita.

Antara pemimpin yang turut hadir dalam perhimpunan itu termasuklah Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang berucap pada Selasa dan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Rabu hari ini.
Selain itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut bersetuju untuk membenarkan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengikuti UNGA77 selepas mendapat persetujuan majoriti.
Perdana Menteri juga turut akan menjadi hos majlis makan malam ‘Keluarga Malaysia’ bersama diaspora Malaysia di New York.
Wah, tak sabarnya nak lihat Bahasa Malaysia didengari oleh seluruh dunia.
BACA : Kefasihan Duta Besar Amerika Ke Malaysia Berbahasa Melayu Dikagumi
Sumber: AWANI, Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

