Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan salah satu subjek yang diperkenalkan dalam sukatan mata pelajaran Kementerian Pendidikan (KPM). Diajar kepada pelajar sekolah rendah dari darjah empat hingga darjah enam dan pelajar sekolah menengah rendah yakni daripada tingkatan satu hingga tingkatan tiga, Kemahiran Hidup meliputi pelbagai topik yang amat membantu pelajar dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, mereka akan mempelajari mengenai perihal perniagaan, perdagangan, elektronik, ekonomi rumah tangga, mekanikal, sosial dan macam-macam lagi. Senang cerita, sekiranya seseorang menumpukan perhatian sewaktu kelas Kemahiran Hidup, REMAJA yakin dia tidak lagi perlu bergantung harap kepada pertolongan luar.
Lalu apabila seorang pengguna Twitter semalam memperlekehkan kepentingan mempelajari subjek Kemahiran Hidup di sekolah selama tiga tahun, ramai warganet tampil untuk ‘mempertahankan’ kelebihan subjek tersebut.
Ads
Menerusi ciapannya, pengguna tersebut berkata, “Habiskan tiga tahun hidup saya belajar “Kemahiran Hidup.” Bina 1) Kotak surat, 2) Litar elektronik dengan LED dan 3) Rak dekorasi. 18 tahun telah berlalu dan saya masih tidak menyiapkan mana-mana perkara di atas dalam hidup saya.
“Tahniah kepada sistem pendidikan Malaysia,” katanya.
*
Lantas, ciapan yang berjaya menarik perhatian 1,697 retweet dan 977 quote tweets itu telah ditempelek oleh warganet yang berpendapat individu tersebut yang tidak tahu menggunakan kelebihan ilmu yang dipelajari menerusi subjek Kemahiran Hidup.
Ads
Kata salah seorang pengguna, “Jujurnya daripada semua subjek yang telah saya pelajari.. Kemahiran Hidup benar-benar telah membantu saya dalam kehidupan seharian.”
Seorang lagi berkata, “Tetapi saya belajar untuk menjahit, mencuci pakaian dan memasak mee hoo goreng disebabkan subjek Kemahiran Hidup.
Ads
Secara sarkastik pula, seorang pengguna berkata, “Nama pun Kemahiran Hidup. Kena retilah nak cedok yang mana (ilmu berguna daripada subjek tersebut). Semua belajar dulu, pakai lagi sampai sekarang.”
Hehe.. adakah korang bersetuju dengan pendapat warganet yang mempertahankan kelebihan subjek Kemahiran Hidup ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan telah menyediakan satu lagi bantuan kepada 300,000 isi rumah golongan misin bandar yang akan diberikan bantuan barangan dapur secara tanpa tunai melalui MyKad menerusi Program PRIHATIN Kasih dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.
Bantuan RM100 akan diberikan secara bulanan selama tiga bulan dan penerima boleh menggunakannya untuk membeli barangan makanan asas seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan sebagainya.
Projek perintis program bantuan ini sudah pun dimulakan pada 1 Julai lalu kepada golongan miskin bandar di Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Program PRIHATIN Kasih ini melibatkan bantuan bulanan seperti:
• RM100 untuk sebulan
• Diberikan selama RM300
• Dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad
• Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama elaun bulan berikutnya
• Baki elaun boleh digunakan sehingga akhir tahun
Program ini juga melibatkan lebih daripada 300 rantaian pasar raya dan kedai di seluruh negara termasuklah:
• Mydin
• Giant
• Econsave
• The Store
• Pacific
• Milimewa
• 99 Speedmart
• Lotus Stores (Tesco)
• Serta kedai-kedai runcit
Fasa pertama sudah dilaksanakan di Selangor dan Kuala Lumpur, manakala fasa selanjutnya akan dilancarkan di Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu pada Ogos ini, sebelum diteruskan ke Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak pada September dan Oktober depan.
Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima mesej SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status penerima, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Sekiranya korang adalah individu yang layak menerima bantuan ini, diharap korang lebih peka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Sekiranya ada sebarang kemusykilan, korang boleh terus menghubungi MyKasih di talian 03-7720188 atau layari laman web mereka di mykasih.com.my
Tinggal dua hari lagi Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 bakal membuka tirai dan kontinjen Malaysia yang melibatkan lebih 60 atlet dan pegawai melibatkan sukan badminton, skuasy, olahraga artistik, judo, ping pong, powerlifting dan bola keranjang berkerusi roda sudah berlepas ke London beberapa hari lepas.
Antara atlet yang terlibat untuk temasya kali ini adalah pemain badminton Ng Tze Yong, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Pearly Tan, M. Thinaah, Goh Jin Wei serta Rachel Arnold (skuasy), Jackie Wong Siew Cheer (baling tukul besi) dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting).
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah maskot rasmi bagi Sukan Komanwel Birmingham 2022 adalah hasil rekaan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dikenali sebagai Emma Lou. Maskot itu dinamakan sebagai Perry direka oleh kanak-kanak dari Bolton, Great Manchester.
Menurut perkongsian Twitter Olympic Malaysia, maskot itu diberi nama bersempena kawasan Perry Barr di Birmingham, di mana Stadium Alexander menjadi tuan rumah acara olahraga dan upacara pembukaan serta penutupan temasya Sukan Komanwel kali ini turut dianjurkan di sana.
Tahniah diucapkan kepada adik Emma dan selamat maju jaya buat kontinjen negara yang bakal berentap di Temasya Sukan Komanwel tahun ini. Semoga para atlet dapat melakukan yang terbaik dan membawa kejayaan buat negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keberanian seorang remaja berusia 15 tahun ini sememangnya luar biasa sehinggakan kisah keberaniannya dikatakan wajar diceritakan semula untuk memberi inspirasi serta pengajaran kepada generasi akan datang.
Remaja lelaki bernama Ali Landi menjadi sebutan ramai selepas berlakunya satu kejadian kebakaran di kawasan perkampungan Izeh, Khuzestan di Iraq; pada 9 September lalu.
Ali dengan beraninya telah cuba menyelamatkan dua orang jirannya yang terperangkap dalam bangunan pangsapuri kediaman mereka. Dua orang jirannya itu dilaporkan mengalami luka lecur tahap pertama. Manakala Ali pula mengalami luka lecur hampir 90% pada badannya dan terpaksa menanggung kesakitan semasa terlantar di katil hospital selama dua minggu.
Pada awalnya, Ali dirawat di hospital dalam wilayah Khuzestan. Keadaan dirinya semakin teruk lalu dia dipindahkan ke wilayah Isfahan untuk rawatan lanjut dalam unit rawatan rapi (ICU). Kisah keberanian Ali ini mendapat perhatian pihak berkuasa dan perbelanjaan perubatannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Malangnya, Ali disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah tersebut.
Ali Landi, A 15 year old boy from Izeh, Iran, saved two women from a house fire. He passed away from his injuries today. May he rest in peace. pic.twitter.com/3J1W6k2uLH
Susulan kejadian ini, Presiden Iraq Ebrahim Raisi dalam satu kenyataan mengangkat Ali sebagai wira negara dan mengatakan kisah keberanian Ali ini harus diceritakan semula melalui medium seni dan sastera seperti dalam bentuk filem atau novel untuk memberi inspirasi serta pengajaran kepada generasi akan datang.