Uncategorized

Bintang Marvel Dan Pemenang Anugerah Oscar, William Hurt Meninggal Dunia

Share

Siapa masih ingat bintang berbakat besar iaitu William Hurt, menerusi Marvel Comics Jeneral Thaddeus Ross dalam The Incredible Hulk, Captain America:Civil War,  Avengers: Infinity War, Avengers: Endgame dan Black Widow.

foto via twitter TGV

Bagaimanapun, pelakon lagenda William Hurt ini dilaporkan meninggal dunia Ahad,  13 Mac 2022 diusia 71 tahun seminggu sebelum menyambut hari lahirnya yang ke 72. 

Menurut New York Post, beliau yang pernah membintangi filem-filem terkenal seperti The Big ChillBroadcast News serta Children of a Lesser God itu meninggal dunia pada umurnya 71 tahun. Beliau juga merupakan  juga merupakan pemenang anugerah Oscar.

foto via IGN africa

Difahamkan, beliau disahkan menghidap penyakit kanser prostat yang telah merebak hingga ke tulang sejak tahun 2018.

ARTIKEL BERKAITAN : 5 Jenis Pemeriksaan Kesihatan Yang Wajib Lelaki Buat Sekurangnya Setahun Sekali

“Dengan penuh rasa sedih, keluarga meratapi pemergian William Hurt, bapa tercinta dan pelakon yang memenangi anugera Oscar pada 13 Mac 2022 meninggal seminggu sebelum hari lahirnya yang ke 72.

“Dia meninggal dunia dalam keadaan tenang di dalam pangkuan keluarga dan keluarga meminta ruang pravasi ketika ini,” kata anak lelaki beliau dalam satu kenyataan, lapor New York Post.

 

BACA LAGI : Peminat Pandora & Marvel Assemble! Edisi Collectors Terbaru Ini Memang Wow

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN