Bintang Hero & Dewi Remaja Tercalon Dalam Kategori Artis Baharu Meletop AME 2021

Share

Anugerah Meletop Era 2021 (AME 2021) bakal menemui peminat pada awal tahun 2022 nanti. Walaupun dianjurkan pada tahun hadapan, khabarnya Astro tetap akan mengadakan majlis anugerah itu secara norma baharu.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, penonton mungkin akan dibenarkan untuk menghadiri acara itu bagi memeriahkan lagi malam kemuncak AME 2021.

Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan negara ketika itu, tetapi tetap akan diteruskan dengan SOP yang telah ditetapkan.

Apa yang lebih menarik, pencalonan tahun ini melibatkan selebriti yang diperkenalkan menerusi platform Hero Remaja dan Dewi Remaja dalam kategori Artis Baharu MeleTOP.

Nabil Aqil, Nadhir Nasar, Meerqeen dan Shaza Bae merupakan antara finalis yang tercalon bagi kategori Artis Baharu MeleTOP. Turut sama memberikan saingan bagi kategori ini ialah kumpulan Dolla, Cik B, Yonnyboi dan ramai lagi.

Nampaknya, tahun 2021 memberi tuah buat selebriti baharu yang diperkenalkan menerusi platform Hero Remaja dan Dewi Remaja apabila kehadiran mereka dalam industri hiburan tanah air mendapat perhatian ramai dan dirasai impaknya.

Instagram: Kidkylo
Instagram: Shaza Bae
Instagram: Nadhir Nasar
Instagram: Meerqeen

Ini memandangkan mereka turut tercalon dalam beberapa kategori yang diperkenalkan untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH-34) bagi peringkat undian awal, baru-baru ini.

BACA: Famili Hero Remaja & Dewi Remaja Beri Saingan Undian Awal ABPBH-34

Tahniah kami ucapkan kepada mereka berempat kerana berjaya menempatkan diri dalam pencalonan anugerah hiburan tempatan biarpun baru menjejakkan langkah ke dalam industri ini. Selamat maju jaya Remaja ucapkan kepada mereka semua.

Sumber: (1), (2)

IKLAN