Billie Eilish Umum Jelajah Asia TAPI Sekali Lagi Malaysia DIPINGGIRKAN

Share

 

Dengan kemunculan album When We Fall Asleep, Where Do We All Go? pada tahun lalu, penyanyi Billie Eilish telah banyak menghiburkan peminatnya di seluruh dunia menerusi jelajah konsert.

 

Iyalah, situ punca nak dapat duit masyuk kan!

Malah, menerusi akaun Instagram-nya, Billie mengumumkan pada pagi ini (20 Januari) bahawa dia akan melakukan konsert jelajah Asia pada tahun ini.

Sepanjang bulan Ogos dan September tahun ini, Billie Eilish akan berkunjung ke Seoul, Hong Kong, Tokyo dan beberapa lagi bandar besar untuk Where Do We Go? Tour.

Cer lihat tarikh di bawah:

23 Ogos – Seoul

25 Ogos – Shanghai

28 Ogos – Taipei

30 Ogos – Hong Kong

02 September – Tokyo

05 September – Manila

07 September – Jakarta

Walaupun Billie akan ke negara seberang sebagai lokasi terakhir, nampaknya Kuala Lumpur sekali lagi DIPINGGIRKAN. NO!

Tak apalah..sekiranya korang merupakan peminat tegar Billie Eilish dan tidak kisah untuk membelanjakan duit tiket penerbangan dan hotel, korang boleh membeli tiket untuk jelajah Manila di laman web livenation.asia

bermula 2 Februari ini.

Harga tiketnya masih belum tertera.

IKLAN