
Penyanyi dan penulis lagu terkenal antarabangsa, Billie Eilish, sekali lagi tampil menyuarakan kebimbangannya terhadap krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, bintang muda itu menyampaikan mesej yang cukup tegas dan jelas.
Tidak berhenti di situ, Billie turut memuat naik semula beberapa video lain yang memperlihatkan pendiriannya menyokong Gaza, secara langsung menambah lagi tekanan global terhadap konflik yang berpanjangan ini.
Kehadiran figura popular sepertinya sememangnya memberi impak besar, apatah lagi bila suara mereka digunakan untuk menyedarkan masyarakat dunia tentang keperluan mendesak bantuan kemanusiaan dan
penderitaan rakyat Gaza yang kian meruncing.Terdahulu, pentas Anugerah Akademi Ke-96 (Oscar)
yang berlangsung di Dolby Theatre turut menjadi medan suara solidariti apabila sekumpulan pro-Palestin hadir memprotes secara aman di luar lokasi acara tersebut.Billie Eilish dan abangnya, Finneas, antara selebriti yang dilihat menyatakan solidariti mereka dengan memakai pin merah
sebagai simbol kepada permintaan gencatan senjata segera di Gaza.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.