Penyanyi Billie Eilish dan imej rambut berwarna seakan tidak boleh dipisahkan. Dari perang ke biru ke platinum putih!
Dan siapa boleh melupakan warna campuran hijau neon dan hitam untuk rambut Billie sepanjang dua ke tiga tahun. Setelah menamatkan era ‘Happier Than Ever’, Billie memilih warna gelap semula.
Menariknya – tidak seperti rockstar dan penyanyi terkenal lain – Billie tidak mempunyai pasukan ‘glam squad’ untuk menyiapkan solekan dan dandanan rambutnya sewaktu siri jelajah konsert. Segala-galanya dilakukan sendiri mengikut citarasanya pada waktu itu.
“Sejak usia saya 10 tahun, saya telah banyak kali menukar warna rambut saya. Saya pun tidak sedar ia adalah sebahagian daripada (imej) diri saya. Saya hanya warnakannya.
“Saya tidak pernah merancang untuk imej saya dikenali kerana warna rambut. Ibu bapa saya juga tidak kisah dengan ‘hobi’ saya ini dan ia membuatkan saya selesa mewarnakannya,” katanya kepada Vogue dalam video terbaru Beauty Secrets mereka.
“Pada awalnya, saya warnakan rambut biru ketika berumur 9 tahun. Kemudian pada usia 13 tahun, saya bleach rambut untuk kali pertama dan saya mempunyai rambut putih selama bertahun-tahun.”
“Begitupun (sekarang), warna hitam membuatkan saya merasa paling selesa dengan diri sendiri walaupun warna semulajadi saya adalah perang.”
“Dengan rambut hitam, lebih mudah untuk saya berada di dunia luar dan menjadi normal. Ia mengubah hidup saya. Apabila saya mempunyai rambut hijau dahulu, saya tidak boleh lakukan banyak perkara,” tambah Billie lagi.
Ads
Khabarnya, Billie ingin kekal dengan imej ‘berambut normal’ ini jangka masa yang panjang.
Ads
Tapi jujurnya, REMAJA merasakan hanya Billie sahaja yang mampu mencuba sesuatu di luar kotak apabila menyentuh tentang warna rambut. Jika selebriti lain yang melakukannya, tidak semestinya warna-warna pelik ini akan mudah diterima oleh para peminat. Setuju?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
TBH, masalah berdengkur ketika tidur ini bukanlah lagi satu isu baru bagi kebanyakan daripada kita.
Namun, korang harus tahu bahawa tabiat ini bukan saja akan mengganggu orang yang tidur berdekatan dengan kita tetapi juga akan mengganggu kita sendiri sebagai orang yang menghidapnya. Ini kerana oksigen yang sepatutnya naik ke otak sempat berhenti beberapa saat ketika anda sedang berdengkur.
Dengkuran melampau boleh membuatkan korang sukar mendapat tidur nyenyak dan ia sekaligus mengganggu produktiviti tenaga pada keesokan harinya.
Jadi, untuk menghilangkan tabiat berdengkur, apa kata korang ikhtiar sedikit dengan mengamalkan pengambilan jus yang dikatakan mampu merawat masalah ini.
Cer try resepi di bawah:
Bahan-bahan
¼ hirisan lemon
1 ruas halia merah
2 biji epal
2 biji lobak merah bersaiz sederhana
150 ml air putih
Sumber foto: Britishsnoring.co
Caranya mudah saja, kisarkan (blend) semua bahan sehingga menjadi jus. Amalkan minum jus ini sebelum tidur dan jadikannya sebagai rutin sekerap tiga kali seminggu. InsyaAllah tabiat berdengkur tersebut akan berkurangan.
Selain daripada tip minuman ini, ada perkara-perkara lain yang boleh korang laukan untuk kurangkan dengkuran. Salah satu daripada adalah dengan menurunkan berat badan. Faktor obesiti menjadi salah satu punca utama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari kesepuluh Festival Filem Cannes 2024 sekali lagi menjadi tumpuan – bukan disebabkan kehadiran selebriti dalam ballgown dempak di atas karpet merah – tetapi disebabkan kemunculan Bella Hadid dalam persalinan gaun berfabrik Keffiyeh.
Bella yang merupakan model antarabangsa berdarah kacukan Belanda-Palestin tampil di kawasan pantai Croisette dalam gaun vintaj dari tahun 2001 rekaan Michael & Hushi itu dipercayai sebagai tanda bantahannya terhadap kekejaman rejim Zionis yang terus-menerus membedil kawasan tempat duduk rakyat Palestin.
Sambil menikmati aiskrim gelato, Bella juga dilihat lebih selesa dengan gaya kasual bersama sepatu Gucci, scrunchie rambut berjenama Sandy Liang, kaca mata tanpa bingkai dan anting-anting keemasan.
Menerusi hantaran Instagram Stroy, Bella mengesahkan niat di sebalik gayanya itu dengan kapsyen #michaelandhushi @hushi5 Archival 2001 kiffeyeh dress Free Palestine forever.
Terdahulu, rekaan seakannya oleh pereka fesyen yang sama pernah digayakan oleh karakter Sarah Jessica Parker, Carrie Bradshaw dalam salah satu episod drama Sex and the City.
Sebagai info, fabrik Keffiyeh ialah fabrik tradisi yang merupakan simbol kepada identiti serta solidariti rakyat Palestin. Ia cukup mudah untuk dikesan dengan paten yang setiap satunya mempunyai maksud berbeza bagi menceritakan kebudayaan masyarakat Palestin sebenar.
Model berusia 27 tahun itu dan kakaknya, Gigi Hadid sememangnya merupakan segelintir kecil daripada selebriti antarabangsa yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan negara mereka sejak beberapa tahun lalu. Malah Bella pernah menyertai perarakan bagi membantah tindakan rejim Zionis di Brooklyn, New York.
Semangat Bella ini hadir disebabkan latar belakang ayahnya sendiri, Mohamed Anwar Hadid yang dilahirkan dalam keluarga Muslim Palestin dan kerana sifat kemanusiaan yang ada dalam diri Bella sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anoreksia nervosa atau dikenali juga sebagai gangguan pemakanan merupakan satun ancaman yang telah alam wujud dan mengancam nyawa generasi muda.
Terdapat beberapa sebab dan faktor menyebabkan seseorang itu mengidap anoreksia yang boleh mendatangkan keburukan kesihatan. Secara umumnya, aneroksia nervosa atau aneroksia merupakan sejenis kondisi gangguan pemakanan yang dikarakteristikkan dengan berat badan yang rendah, takut untuk berat badan meningkat dan mempunyai obsesi dan keazaman kuat untuk menjadi sangat kurus.
Kebanyakan pengidap aneroksia biasanya tidak mengaku yang mereka berdepan masalah berat badan terlalu rendah. Malah, selalunya mereka akan makan dalam kuantiti sedikit dan sesetengah makanan sahaja.
Aneroksia yang berasal daripada perkataan Yunani ‘an’ bermaksud tanpa dan ‘orexis’ bermaksud hasrat ini juga boleh menyebabkan kematian jika ia dibiarkan berterusan.
Jika kamu atau ahli keluarga dan rakan-rakan memiliki berat badan yang rendah, sila perhatikan 5 petanda yang Remaja kongsikan di bawah. Jangan biarkan kamu berdepan masalah ini yang boleh mendatangkan keburukan. Masih tidak terlambat untuk kamu mencari jalan penyelesaian.
1. Risau keterlaluan bila berat badan naik walaupun sedikit
Penderita anoreksia biasanya akan menjadi sangat khuatir bila berat mereka bertambah secara tiba-tiba. Walhal kenaikan berat badan itu tidaklah ketara dan langsung tak menggambarkan mereka sudah gemuk. Bahkan berat badan mereka masih di bawah tahap BMI normal. Perkara ini berlaku kerana bagi mereka ada sesuatu yang tidak kena dengan badan mereka. Oh no…
2. Paksa diri untuk muntah
Mungkin sekali imbas ia kelihatan seperti satu lagi simptom yang tidak sihat iaitu bulimia. Ya, simptom orang mengidap anoreksia yang parah boleh menyebabkan mereka berubah kepada aktiviti muntah dengan sengaja sepeti bulimia. Bezanya, pengidap bulimia muntah untuk membuang makanan yang mereka makan dengan kuantiti agak banyak. Berbeza dengan anoreksia yang sedia ada memang sudah tidak cukup makan. Ini lagi parah.
3. Takut jadi gemuk walhal berat badan rendah
Pengidap anoreksia lazimnya memang sangat kurus. Jadi amat menghairankan bila mereka mula bicara tentang fobia berat badan bertambah. Ini berpunca daripada masalah psikologi yang mereka hadapi.
4. Menggunakan ubat tahan nafsu makan
Demi menjaga tubuh badan mereka yang kurus ada sesetengah orang menggunakan ubat-ubatan untuk menahan nafsu makan. Apa yang menyebabkan mereka bertindak begini? Besar kemungkinan pemahaman mereka yang salah tentang kesihatan tubuh yang normal.
5. Perjalanan haid tidak lancar
Salah satu petanda besar pengidap anoreksia bagi golongan wanita iaitu ketidak tentuan kitaran haid. Ada sesetengah kes boleh menyebabkan mereka tidak ‘datang bulan’ untuk tiga tempoh menstruasi.
Aneroksia merupakan simpton yang boleh diubati. Paling penting jika kamu ada salah satu lima perkara di atas janganlah segan atau rasa rendah diri untuk mendapatkan bantuan. Negara kita memiliki ramai pakar-pakar nutrisi dan doktor yang boleh membantu.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang aneroksia, korang boleh layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia atau boleh terus rujuk di sini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!