Billie Eilish memang betul-betul tak main-main tahun ini! Penyanyi dan komposer berusia 23 tahun itu mencipta sejarah tersendiri di Anugerah Muzik Amerika 2025 (AMA 2025) apabila membolot tujuh anugerah utama termasuk Artis Terbaik dan Album Terbaik menerusi album sensasi Hit Me Hard and Soft.
Antara anugerah lain yang berjaya dirangkul oleh Billie termasuklah Artis Pop Wanita Terbaik, Artis Jelajah Terbaik, serta Album Pop Kegemaran.
Tak cukup dengan tu, lagu popularnya Birds of a Feather turut diumumkan sebagai Lagu Terbaik dan Lagu Pop Kegemaran, sekaligus membuktikan kenapa Billie masih lagi antara bintang muda paling berpengaruh di dunia sekarang.
Walaupun menang besar, Billie tak dapat hadir ke acara gilang-gemilang yang berlangsung di Fontainebleau, Las Vegas, sebab dia kini tengah sibuk dengan jelajah Eropah.
Ads
“Ini sangat gila. Saya hilang kata-kata. Saya harap boleh berada di sana,” kata Billie menerusi paparan video yang ditayangkan selepas diumumkan sebagai pemenang.
Kemenangan ini juga dilihat sebagai ‘penebus rasa’ selepas Billie dikecewakan apabila Hit Me Hard and Soft yang hanya berjaya berada di tempat kedua carta Billboard 200, sekali gus menjadi album studio pertamanya yang tak capai nombor satu.
Tambah pedih, Billie juga pulang tangan kosong dari Anugerah Grammy 2025 Februari lalu walaupun menerima tujuh pencalonan.
Ads
Lady Gaga & Bruno Mars Tak Ketinggalan
Sementara itu, Lady Gaga dan Bruno Mars pun tak kurang hebatnya apabila menang besar menerusi kolaborasi lagu Die With A Smile yang bawa pulang dua anugerah iaitu Video Muzik Kegemaran dan Kolaborasi Terbaik.
Gaga turut diumumkan sebagai Artis Dance/Elektronik Kegemaran, menjadikan ini kemenangan keduanya dalam kategori tersebut. Bruno Mars pula menyambung dominasi sebagai Artis Pop Lelaki Kegemaran buat kali ketiga!
Ads
Senarai Pemenang Lain:
Post Malone, SZA, The Weeknd, Bad Bunny, Beyoncé, Eminem dan Twenty One Pilots masing-masing menang dua anugerah.
Penyanyi baharuGracie Abrams dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik. Doechii pula bawa pulang Lagu Sosial Terbaik menerusi Anxiety.
Tapi… Taylor Swift & Sabrina Carpenter Pulang Tangan Kosong?
Agak mengejutkan, Taylor Swift yang sebelum ini mencatat rekod sebagai penerima terbanyak AMA dengan 40 anugerah, kali ini tak menambah koleksinya walaupun dicalonkan dalam enam kategori.
Turut berputih mata ialah Chappell Roan dan Shaboozey yang masing-masing menerima tujuh pencalonan, serta Sabrina Carpenter yang turut dicalonkan enam kali.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila duduk rumah sendiri atau menyewa, keselesaan kediaman memang terletak 100 peratus ditangan kita. Kalau tinggal dengan keluarga, mungkin mak ayah kita yang selalu menjaga kebajikan rumah, tapi kalau dah duduk sendiri, masing-masing kena bertanggungjawab.
Bukan hanya kebersihan rumah saja yang perlu dijaga, malah bagi mengelakkan ruang sekeliling berbau hapak, pentingnya untuk korang memastikan agar kediaman sentiasa segar dan berbau harum.
Tak perlu nak keluar modal yang banyak, gadis ini telah pun berkongsi satu cara bagi memastikan rumah berbau wangi.
Jom kita ikuti perkongsian daripada yatt_azml ini.
Untuk pengetahuan korang, cuka yang digunakan ini adalah cuka biasa saja ya. Bukan cuka epal. Hiks!
Nampak mudah dan kosnya juga tidak terlalu mahal. Pendek kata memang affordable la untuk individu bujang yang sudah bekerja mahu pun yang bergelar pelajar.
Lepas ni korang bolehlah try okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika ingin mengisi masa lapang dengan melepaskan segala kepenatan harian, kami cadangkan untuk korang menonton filem The Lost City yang kini sudah pun ditayangkan diseluruh pawagam tanah air. Gandingan Sandra Bullock dan Channing Tatum dilihat begitu serasi dengan membawakan watak komedi dalam filem ini.
The Lost City mengisahkan tentang seorang novelis cinta bersama model muka depan novelnya terlibat dalam satu penculikan yang secara tidak sengaja membawa mereka masuk ke dalam hutan. Pengembaraan itu menyedarkan mereka bahawa kehidupan boleh menjadi pelik dan romantis daripada novel-novel fiksyen.
Apa yang boleh kami katakan, filem ini merupakan naskhah ringan yang membawa penonton menggembara ke hutan belantara, namun diselitkan unsur humor dan bakal membuatkan korang terhibur bergelak ketawa.
Jalan cerita yang simple merupakan sebab utama mengapa kami katakan filem ini sesuai untuk ditonton bagi mereka yang ingin santai menghabiskan masa terluang. Korang tidak perlu berfikir secara mendalam untuk memahami jalan ceritanya kerana semua sudah digarap secara straight to the point.
Foto: United International Pictures
Kemunculan istimewa bintang ternama seperti Daniel Racliffe dan Brad Pitt juga antara tarikan buat penonton sepanjang menonton filem penggembaraan ini. Secara keseluruhannya, The Lost City lakonan Sandra Bullock, Channing Tatum, Patti Harrison, Oscar Nunez dan Da’Vine Joy Randolph memang berbaloi untuk ditonton, lebih-lebih lagi bagi mereka yang gemarkan menonton filem aksi komedi.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton The Lost City di pawagam berhampiran sekarang. Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah hampir setahun menyepikan diri dari bidang muzik, personaliti media sosial dan penyanyi, Sid Murshid kini kembali aktif dengan mempertaruhkan single dan video muzik terbaharu bertajuk ‘I X Kesah’.
Sid Murshid, sering menjadi bualan hangat di media sosial apabila dia mencipta lagu mengenai makanan kegemarannya seperti pisang goreng dan nasi lemak.
Menurut penulis lagu ‘Hiasi Duniaku’ dendangan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkata bahawa dia berhasrat untuk menghadiahkan lagu ‘I X Kesah’ khas buat para pengikutnya di media sosial.
“Bagi mereka yang sudah lama mengikuti saya pasti sudah tahu pada awalnya saya ialah seorang penyanyi.
“Namun, seiring peredaran masa melalui aplikasi TikTok dan Instagram, saya cuba sesuatu yang baharu dengan mempamerkan bakat masakan saya dan ternyata orang ramai suka pada kandungan sebegitu sehingga berjaya mendapat sambutan.
“Walaupun saya semakin dikenali kerana masakan, akan tetapi muzik dan nyanyian masih merupakan keutamaan saya,” katanya.
Tambah jejaka berusia 30 tahun itu lagi, lagu baharunya yang bergenre pop memiliki mesej untuk disampaikan kepada setiap individu betapa pentingnya menyayangi diri sendiri sebelum mengutamakan orang lain.
“Dengan itu, saya berharap lagu ini menjadi inspirasi kepada orang ramai yang kadang-kadang lupa untuk menghargai diri sendiri.
“Saya juga berharap ia akan mendapat sokongan dan tempat di hati para peminat seperti lagu-lagu sebelumnya iaitu ‘Lelah’, ‘Biarkan’, ‘Rakaman’, dan banyak lagi,” tambahnya lagi.
Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Sid Murshid, manakala lirik lagunya pula adalah hasil nukilan Izi Faizal dan penyanyi ini sendiri.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.