Terlampau kreatif, ada seller yang jual lukisan tangan di Shopee. Nampaknya, makin ramai yang berfikir luar kotak untuk menjual ‘barangan’ mereka agar laris terjual.
Jika sebelum ini ada seller yang menjual barang yang tidak dituntut dari gudang China dalam bentuk kotak misteri di Shopee.
Menurut keterangan yang disediakan, antara maklum balas daripada pembeli, ada antara mereka yang menerima tempered glass, pen, putik kapas, vitamin tanah dan mungkin juga sampah jika tidak bernasib baik.
Kali ini, ada satu lagi ‘benda kreatif’ , menerusi perkongsian Facebook Mohd Adib Fortalenzo dalam group Shopee Malaysia menunjukkan ada penjual yang menjual lukisan potrait di Shopee. Menjengah ke Shopee, penjual tersebut mendapat pujian para pembelinya di bahagian product rating.
Ads
Namun, hasil dari jualan kedai ini membuatkan rata-rata netizen terhibur dengan hasil seni nya.
Ads
“Laju buat kerja…Terbaik la. Cuma tula lukisan anak tu telinga nya tak ada dah macam alien aku tengok. Saja-saja hiburkan hati ni pape pun 5 star la” pembeli
Ads
Warganet juga memuji penjual tersebut yang kreatif menawarkan perkhidmatan melukis gambar. Malah, harganya yang murah iaitu 50 sen sehingga 80 sen sahaja untuk sekeping gambar,
Tapi, korang terlambat lukisan dari seller ini telah berjaya dijual dan telah ‘sold out’. Mungkin lepas raya beliau akan beroperasi semula. Tak sabar kan nak tunggu hasil gambar penulis jadi macam mana….hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemalangan yang berlaku di taman tema bukanlah sesuatu yang baru kerana sering kali kita mendengar kes-kes yang melibatkan pengunjung tercampak daripada roller coaster dan sebagainya. Namun begitu, masih ramai yang tetap terus mengunjungi taman tema untuk berhibur dan menghilangkan stres.
Terbaru, sebuah kemalangan melibatkan 16 pengunjung dan tiga daripadanya kritikal selepas buaian yang dinaiki mereka terhempas ketika beroperasi.
Kemalangan itu berlaku di sebuah taman hiburan di daerah Shaoyang di wilayah Hunan pada Sabtu lalu. Sebuah video bukti berjaya dirakam menunjukkan bagaimana ‘kerusi terbang’ itu tiba-tiba jatuh ke tanah dan menyebabkan beberapa orang cedera.
Seorang pengunjung memberitahu The Beijing News bahawa dia sedang beratur untuk menaiki permainan tersebut, namun tiba-tiba dia mendengar bunyi penggera ketika kerusi berayun di udara. Ayunan buaian tersebut menjadi lebuh pantas lalu jatuh ke tanah.
Menurut pihak berkuasa tempatan, permainan ‘kerusi terbang’ itu hilang kawalan akibat gangguan mekanikal menyebabkan pengunjung jatuh terhempas bersama buaian yang dinaiki mereka.
Sebilangan besar yang cedera adalah dikalangan penonton dan mereka semua dihantar terus ke hospital. Ekoran daripada kejadian itu, taman tema tersebut ditutup sementara menunggu siatasan mengenai punca kemalangan.
Haish, bila dengar berita kemalangan di taman tema ni buat kita rasa takut pula. Hm, tapi kalau memang dah berkungjung ke taman tema tu tak sah pula kalau tak main permainan mereka kan? Hiks!
Selain burger dan ayam goreng yang menjadi tarikan utama di McDonalds, dessert yang disediakan oleh mereka juga tidak terkecuali daripada mendapat tempat di hati peminat restoran fast food ini.
Signature aiskrim vanilla cone dan McFlurry McD boleh dikatakan antara yang paling hot dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Macam-macam variasi perisa telah diperkenalkan oleh McDonalds, antaranya seperti Oreo, KitKat dan Durian.
Dah jadi macam satu kegembiraan buat rata-rata masyarakat di Malaysia apabila ada perisa baru aiskrim atau McFlurry dikeluarkan.
Betul tak?
Oreo Mint McFlurry
Satu lagi perisa edisi terhad Oreo Mint McFlurry telah pun diperkenalkan oleh McDonalds, tapi malangnya bukan di negara kita. Hiks!
Menurut satu perkongsian melalui video di YouTube, McDonalds telah pun melancarkan Oreo Mint McFlurry tetapi hanya terhad kepada beberapa cawangan terpilih. Dijual dengan harga $2.69 (RM10.98), sudah tentu ramai yang terliur nak merasakan kesedapan McFlurry perisa Oreo mint ni kan?
Dalam video tersebut juga dijelaskan, rasa mint tersebut tidak berapa kuat dan lebih kepada rasa vanilla serta oreo tersebut. Jadi sesuailah untuk dinikmati oleh semua orang kerana tidak semua individu sukakan perisa pudina.
Duh, kecur pula air liur bila membayangkan kesegaran rasa Oreo Mint McFlurry ni. Agak-agak korang nanti perisa ni masuk pasaran McD Malaysia tak?
Sama-samalah kita harapkan agar perisa ini juga akan dilancarkan di negara kita kelak.
Sejak kebelakangan ini, ada beberapa insiden misteri telah dilaporkan berlaku di beberapa buah negeri.
Jika pada bulan November lalu, laman media sosial kecoh sebentar dengan misteri pintu diketuk di Sabak Bernam. Kini, ramai yang sedang memperkatakan mengenai kejadian seakan sama di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor pula.
Persoalannya, adakah insiden misteri ini berkaitan dengan kehadiran makhluk halus di rumah kita? Kami senaraikan 6 insiden yang selalu berlaku di Malaysia dan menurut cerita yang selalu disampaikan oleh masyarakat kita, besar kemungkinan ia disebabkan oleh mahkluk halus.
01
Tanda yang paling ‘popular’ di Malaysia ini tentulah gangguan bunyi. Jika pada awal minggu ini tular kisah pintu ‘sliding’ di beberapa buah kediaman dekat Johor yang digegarkan tanpa kelibat sesiapa.
Kita juga familiar dengan gangguan bunyi lain seperti bunyi kerusi ataupun apa-apa jenis perabot ditarik, bunyi papan kekunci ditekan, bunyi ketukan pada pintu atau mej dan macam-macam bunyi lain.
02
Bercakap mengenai bunyi, satu lagi bunyi ‘popular’ adalah apabila biji guli terjatuh pada lantai secara tiba-tiba. Ada yang mendakwa ia adalah gangguan oleh ‘si kecil’ yang tidak dapat kita lihat.
Namun menurut satu laporan, kejadian ‘bunyi guli’ ini sebenarnya tidak ada kena mengena pun dengan – well – guli. Sebaliknya, ia mungkin datang daripada paip air di rumah korang. Kejadian ini dikenali sebagai Hydraulic Shock di mana aliran air secara tiba-tiba terpotong.
03
Ramai yang pernah mengalami perubahan suhu pada badan dan di sekeliling ruang tersebut sehingga kita merasa rimas.
Kadangkala mereka akan merasa panas walaupun hakikatnya hari sedang hujan di luar. Kadangkala, ada yang merasa sejuk ibarat memasang pendingin hawa.
04
Tiba-tiba diri merasa takut walaupun menetap di rumah milik sendiri. Tanpa sebab, seseorang akan merasa seakan-akan diri mereka diperhatikan walaupun tinggal bersendirian d rumah.
Sumber Foto: FX American Horror Story
05
Walaupun tidak ramai yang mengalami tanda ini, namun ada yang pernah mendakwa terjadi kepada mereka. Masakan yang baru saja siap dihidang akan mudah bertukar basi.
Sebab itulah orang tua-tua selalu berpesan untuk menutup makanan dengan tudung saji. Ia bukan saja demi mengelakkan lalat hinggap ke atas juadah tetapi juga untuk menghalang ‘ia’ melakukan sesuatu terhadap makanan tersebut.
06
Insiden ini berkait rapat dengan makhluk halus bernama toyol. Jangan memandang remeh sekiranya harta benda ataupun wang Ringgit di rumah sering hilang tanpa bayang. Kita selalu terfikir kita tersalah letak barangan berharga itu. Namun ia mungkin sekali kerja ‘si dia’.
*
Ada beberapa lagi tanda-tanda lain yang selalu disebut dan disampaikan dari generasi ke generasi. Antaranya termasuklah badan ditindih, anak kecil atau bayi dalam rumah tersebut menangis dan sukar untuk ditenteramkan dan rumah selalu terasa berdebu walaupun telah dikemaskan.
Apapun, seperti yang selalu diingatkan oleh para penceramah, makhluk halus juga merupakan makhluk Allah SWT. Selalunya, ketakutan yang melanda kita adalah berpunca daripada psikologi diri sendiri.
Jika kita terlalu mengikutkan perasaan dan tidak dapat membuang idea yang bukan-bukan daripada minda sendiri, risiko untuk kita diganggu oleh makhluk yang kita takuti itu akan bertambah. Wallahualam.
Apa yang harus kita lakukan adalah untuk mengimarahkan rumah sendiri dengan amalan soleh. Amalkan sembahyang berjemaah dengan isi rumah, perbanyakkan bacaan al-Quran, amalkan bacaan 3 Qul pada setiap hari dan jagalah kebersihan rumah terutamanya di kawasan yang kotor seperti bilik mandi.