Bukan sehari dua pawagam Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) telah MELARANG sebarang bentuk rakaman secara curi-curi semasa menonton di pawagam.
Melalui pelbagai bentuk platform seperti video, artikel dan video PSA, GSC seringkali menegaskan bahawa sebarang bentuk rakaman sama ada berbentuk rakaman video, Insta Story, Snap Chat, rakaman suara serta bunyi adalah dilarang sama sekali.
Ini kerana GSC gusar sekiranya isu seperti ini berlaku, produksi filem luar negara enggan untuk berkolaborasi lagi dengan pawagam Malaysia.
Namun, nampaknya segelintir kecil netizen Malaysia masih ibarat ‘tidak faham bahasa’ dan meneruskan jua perbuatan tersebut. Terbaru, filem hangat Avengers: Infinity War menjadi mangsa kepada tayangan secara haram menerusi media sosial seperti Facebook Live, Insta Story dan sebagainya.
Ggrrr..!
Ads
Ada penonton merakam dan memuat naik babak penting Avengers: Infinity War di Instastory dan Facebook. Bukan satu dua babak tau, hampir beberapa minit jugak lah.
Malah, kami juga terkejut apabila penyanyi, Ara Johari juga merupakan salah seorang yang memuat naik babak akhir filem itu di Insta Story. Motif!
Ads
Ads
* * * * *
Okay, sekarang bukan masa untuk mengecam sesiapa yang berbuat sedemikian. Sekarang adalah masa untuk menghentikan sebarang perlakuan seperti ini. Kita sebagai penonton kenalah bertimbang rasa untuk tidak memberikan spoiler kepada penonton lain yang tidak berkesempatan lagi untuk menonton filem tersebut.
Kita semua dah menunggu filem ini sejak tahun lepas kot. Jadi pastinya, semua orang hendakkan pengalaman fresh ketika menonton.
Ungkapan “Tak nak spoiler, janganlah tengok IG Story aku” langsung tidak valid di sini kerana perbuatan merakam secaram haram itu masih dikira salah dari sisi undang-undang. So guys, lets just enjoy the movie and turn off your phone okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan Februari nyata menjadi bulan gemilang kepada penduduk bandar Muar di Johor Bharu setelah bandar itu diiktiraf sebagai bandar terbersih di peringkat Asia Tenggara.
Dua lagi buah bandar yang turut mendapat diiktiraf ialah Pulau Pinang dan Johor.
Penghargaan itu telah disampaikan kepada Majlis Perbandaran Muar (MPM) semasa berlangsungnya Mesyuarat ASEAN Tourism Forum 2018 di Chiang Mai Thailand.
Nampaknya, penduduk di Muar memang pembersih orangnya! Tapi bukan je aspek kebersihan yang boleh dibanggakan oleh mereka. Muar juga terkenal sebagai bandar yang menawarkan macam-macam makanan slurrrpp sedap.
Tak percaya? REMAJA senaraikan 5 jenis makan berserta lokasi yang korang perlu cuba bila berada di sana.
1 Sate Maharani
Jangan terkejut jika perkataan ‘Maharani’ banyak digunakan di Muar. Ini kerana ia telah diisytiharkan sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada tahun 2012.
Berbalik kepada makanan sate, ia adalah pilihan unik penduduk Muar bagi hidangan sarapan pagi. Tanyalah mana-mana penduduk Muar, mereka mesti memilih sate pada waktu pagi dan bukannya pada waktu malam.
Lokasi: R&H Cafe Maharani Satay, Bangunan MARA, Jalan Maharani, 84000 Muar.
Operasi: 7.30 pagi – 12.30 tengah hari.
2 Mee Bandung Abu Bakar Hanipah
Rasa mee bandung di Muar memang berbeza dan lebih oomph berbanding di Kuala Lumpur atau di tempat-tempat lain.
Salah satu kedai yang menwarkan mee bandung perisa original ialah di kedai Mee Bandung Abu Bakar Hanipah. Kuahnya bukan saja pekat, perencah yang digunakan juga dibuat sendiri oleh pengusaha kedai.
Paling best, korang juga boleh membeli paste kuah mee bandung daripada kedai ini dan masak sendiri di rumah. Nak belikan untuk mak pun boleh.
Lokasi: 9A, Jalan Abdullah 84000 Muar
Operasi: 7.00 pagi – 4.00 petang.
3 Murtabak Singapore
Aik, kenapa tak dipanggil je Murtabak Muar? Hehe. Ini kerana saiz murtabak yang dihidangkan memang mirip dengan Murtabak Singapore. Lagipun, nama itu sudahpun komersil di kalangan pembeli seluruh Malaysia.
Murtabak Singapore yang terbaik di sini ada dijual di Restoran Murtabak Singapore di Tanjung Agas, Muar. Kelainannya mestilah terletak pada rasa, saiz yang besar dan inti yang padat.
Pengusaha menggunakan daging cincang yang diadun dengan telur, cili home made dan rempah rahsia. Semua itu berjaya membuatkan pelanggan datang semula ke sini.
Lokasi: Jalan Kesang, Tanjung Agas 84000 Muar
Operasi: 11.00 pagi – 12.00 tengah malam.
4 Sup Kambing Muar Soup House
Mana tak sedap sup kambing di sini, ia adalah sebuah kedai warisan keluarga yang sudah memulakan perniagaan sejak tahun 1958 lagi.
Ada pelbagai lagi jenis sup yang ditawarkan, tetapi sup kambing di sinilah yang paling kami tabik spring.
Lokasi: 47, Jalan Sisi, 84000 Muar
Operasi: 24 jam.
5 Medan Ikan Bakar Sabak Awor
Ikan bakar adalah satu lagi menu wajib cuba kalau ke Muar. Menariknya di medan ikan bakar ini, ia menawarkan makanan laut yang segar dan bersaiz besar (yes!) berbanding tempat lain.
Harganya pun agak berpatutan. Antara warung yang selalu menjadi pilihan pelanggan ialah Gerai Wak Jos Ikan Bakar.
Lokasi: Jalan Cahaya, Taman Bakariah Indah, 84000 Muar.
Operasi: 5.00 petang – Tengah malam
6 Asam Pedas Pak Yahya
Okay, kami tahu Melaka mempunyai asam pedas terbaik dari ladang.
Tetapi, asam pedas di Muar pun tak kurang sedapnya juga. Mungkin atas faktor jarak dengan negeri Melaka yang tak berapa nak jauh.
Antara kedai pilihan ramai penduduk Muar ialah Gerai Pak Yahya di Parit Jawa. Ia adalah hidangan asam pedas paling famous di sana kerana keistimewaan rasa aslinya. Susah nak cerita, kena cuba sendiri.
Lagipun gerai ini terletak berdekatan dengan jeti nelayan Parit Jawa. Bolehlah korang feeling sikit makan tepi jeti.
Lokasi: No 1, Medan Asam Pedas MPM, 84150 Parit Jawa, Muar
Seorang lagi permata seni tanah air telah meninggalkan kita….
Hari ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon veteran iaitu Badrul Muhayat yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 55 tahun.
Berita duka itu disampaikan oleh pelakon Anne Abdullah menerusi sebuah hantaran di platform Facebook miliknya.
“Assalammualaikum saya nak maklumkan yang Badrul Muhayat dah meninggal dunia di homestay Penang. Al-Fatihah,” coretnya ringkas.
Menerusi entri Instagram pula, Anne juga ada memuat naik hantaran yang memaklumkan bahawa pelakon veteran berkenaan telah meninggal dunia.
Sekadar info, Badrul Muhayat atau nama penuhnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani dilahirkan pada 18 April 1968 dan merupakan bekas peserta Hero Remaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Facebook & Instagram Anne Abdullah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa dapat lupakan ceritera cinta yang dipertontonkan oleh penyanyi, Nabila Razali dan pelakon, Aedy Ashraf sekitar tahun 2017 apabila lagu hit, Pematah Hati diluncurkan.
Momen di mana Nabila, 30 atau Bella merakamkan dirinya sedang menangis sambil memberi nasihat kepada gadis remaja di luar sana agar tidak mudah tertipu dengan janji palsu sang lelaki masih jelas di minda kita semua.
Nabila Razali (kanan) dan Aedy Ashraf pernah mencetuskan sensasi dalam dunia hiburan Malaysia pada tahun 2017 menerusi lakonan dalam video muzik Pematah Hati.
Namun, itu semua akhirnya didedahkan sebagai gimik video muzik Nabila and who can blame her?
Video Pematah Hati di YouTube sehingga ke hari ini berjaya mencatatkan 29 juta tontonan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music dan tidak semua penyanyi memiliki pencapaian sedemikian.
Setelah lima tahun berlalu, kelibat Aedy Ashraf dalam hidup Nabila tiba-tiba dapat kita saksikan semula!
Cumanya kali ini, mereka digandingkan dalam sebuah drama pula berjudul Kerana Cinta Itu Ada. Drama yang mula menemui penonton pada Rabu, 28 Disember 2022 menerusi slot Akasia di saluran TV3 ini.
From this (2017) ....to this (2022)!
‘Gimik’ awal menerusi adegan manja berkejaran di tepi pantai sambil tangan yang dilihat seperti saling berpegangan telah mencuri perhatian warganet di TikTok pada minggu lalu.
Ada yang suka, ada yang cerca. Nasihat REMAJA, janganlah mudah menghakimi iklan acah drama tersebut secara pramatang. Apa kata kita tonton dulu Kerana Cinta Itu Ada, barulah kita tahu sama ada jalan ceritanya menarik atau tidak.
Drama yang juga dibintangi oleh Alvin Chong, Puteri Khareeza, Mas Anizan, Safura, Syazuwan Hassan dan lagi pelakon lain ini turut menjadi sebutan dek kerana lagu latarnya yang kini sudahpun diminati ramai.
Lagu berjudul Selagi Ku Ada ini dinyanyikan sendiri oleh Nabila dan Khai Bahar dan tidak mustahil, ia bakal menjadi ‘umpan’ bagi menarik penonton drama Melayu dan peminat novel Kerana Cinta Itu Ada untuk setia menyaksikannya hingga ke akhir.
Terdahulu, Aedy Ashraf berkongsi kepada REMAJA mengenai kisah di sebalik karaktar lakonannya ‘Tongki’ dimatikan dalam drama hit, Budak Tebing musim ketiga yang juga sedang ditayangkan di TV3 bagi slot Lestary.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...