Bila dipatuk ular, apa perkara pertama yang bermain di fikiran korang? Sedut bisa? Ikat bahagian anggota tubuh yang dipatuk? Atau terus panik lalu jatuh pengsan?
Ha, jangan gelak dengan soalan-soalan yang kami tanyakan ini sebab percaya atau tidak, kalau dah digigit ular mesti ramai yang mula takut dan terus cemas.
Waktu inilah kepala ligat berfikir tentang petua orang-orang dulu. Kena buat itu, kena buat ini. Persoalannya, adakah segala petua yang dikongsi itu adalah benar atau hanya mitos semata?
Gambar hiasan
Nah, kalau nak tahu cara sebenar bagaimana mengendalikan patukkan ular sebelum mendapat rawatan hospital, baca pengalaman dan panduan yang dikongsi oleh Dr Taufiq Razif ketika berhadapan dengan situasi ini.
Kalau kita nampak orang kena patuk ular, jangan tiru cerita Hindustan. Cerita Hindustan ni dia main bedal je toreh kulit dan hisap bisa.
Jangan sedut.
Jangan ikat.
Jangan toreh.
Ads
Jangan picit luka.
Yang kena buat adalah :
1. Bertenang dan jangan panik
2. Jauhi ular tu
3. Jangan tangkap ular tu. Cukup ingat warna, bentuk kepala (tiga segi ke bulat) dan keadaan ular tu masa ular tu patuk (kalau ular tedung ni cara patuk dia sangat khas)
Ads
4. Bahagian badan yang kena patuk tu jangan gerak sangat. Pergerakan otot boleh mempercepat penyerapan bisa ular itu ke dalam saluran darah.
5. Limitkan anggota badan yang kena patuk tu dengan splint/sling. Nak senang faham, buat la macam mana pun asalkan anggota badan tu tak bergerak sangat masa nak dibawa ke hospital.
6. Masa ke hospital, jangan singgah beli nescafe atau air kopi ya. Kafein dalam tu boleh membuatkan degupan jantung makin laju. Bila jantung makin laju, makin la cepat bisa ular tu tersebar.
Ads
Ingat, kalau kena patuk ular jangan panik melulu. Lakukan saja cara yang telah dikongsi ini dan segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Dah ramai yang teruja dengan sistem update iOS 16 bagi pengguna iPhone.
Terbaru, Apple telah mengumumkan bahawa mereka bakal menaik taraf sistemnya, dari iOS 15 kepada iOS 16 pada perantinya dalam satu ucapan di Apple Worldwide Developers Conference (WWDC).
Senarai Model iPhone Yang Menyokong Kemas Kini iOS 16
Berdasarkan laman rasmi Apple, hanya iPhone SE generasi ke-2 dan ke atas sahaja bakal menerima kemas kini iOS 16. Ini bermakna, siri iPhone 7, iPhone SE gen-1 dan iPhone 6s secara tidak langsung tidak boleh update dan boleh ucap ‘selamat tinggal’.
Berikut adalah senarai penuh model iPhone yang menerima sokongan iOS 16 termasuklah iPhone SE Gen-2, iPhone SE Gen-3, iPhone 8, 8 Plus, iPhone X, iPhone XS, XS Max, iPhone XR, iPhone 11, 11 Pro, 11 Pro Max, iPhone 12, 12 mini, 12 Pro, 12 Pro Max, iPhone 13, 13 mini, 13 Pro dan 13 Pro Max.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian yang penuh manfaat yang dibawakan oleh Wiser.my
iOS 16 Rasmi, Ini Apa Yang Diumumkan Selain ‘Lockscreen’ Baharu
iOS 16 menjadi perkara pertama diumumkan dalam WWDC 2022. Apa yang baharu dalam locksreen ialah pengguna kini boleh memilih font daripada barisan font terpilih (seperti pada Pixel) dan menambah widget.
iOS 16Gambar: Wiser.my
Ini bermakna anda tidak lagi perlu menyah kunci skrin untuk melihat atau menggunakan widget. Bagi notifikasi pula, perubahan besarnya ialah dalam iOS 16, ia akan muncul daripada bawah. Ini akan menjadi salah satu perubahan besar dialami pengguna iPhone.
iOS 16Gambar: Wiser.my
Untuk mod Focus, ia diintegrasikan dengan wallpaper di mana wallpaper akan berubah berdasarkan mod fokus.
iOS 16Gambar: Wiser.my
Selain itu, tukar wallpaper boleh tentukan jenis mod fokus ditetapkan.
iOS 16Gambar: Wiser.my
Tab dalam Safari juga boleh dikonfigurasi berdasarkan mod fokus dipilih. Untuk Messages, kelak anda boleh sunting mesej yang dihantar melalui Messages. Ini bermakna anda boleh betulkan sebarang typo atau membetulkan ayat.
iOS 16Gambar: Wiser.my
Bukan itu sahaja, malah ciri ‘Undo send‘ membenarkan anda menarik semula mesej yang telah dihantar. Ciri ini sama seperti ciri Unsend pada mesej di Instagram di mana pengguna lain tidak sedar akan kewujudan mesej dipadam tersebut.
iOS 16Gambar: Wiser.my
SharePlay kini diintegrasi ke dalam aplikasi Messages di mana pengguna lebih mudah berkongsi apa yang sedang ditonton mereka.
iOS 16Gambar: Wiser.my
Dengan ciri Live Text in Video, korang boleh menyalin teks semasa dalam video dengan menjedanya.
iOS 16Gambar: Wiser.my
Apple Pay Later diperkenalkan di mana pengguna boleh ‘berhutang’ selama 6 minggu dengan sifar faedah dan ia boleh digunakan di semua yang menerima pembayaran Apple Pay. Soal peta pula, Apple Map kelak akan menambah lagi 11 negara dan ia tidak termasuk Malaysia.
Bagi ciri Family Sharing, ibu bapa boleh menetapkan had umur, had masa dengan skrin dan lain-lain.
Dalam pada itu, anda boleh guna peranti lain untuk tetapkan siapa yang guna peranti lain dengan mudah, hanya bawa kedua-dua peranti dengan dekat.
iOS 16Gambar: Wiser.my
Untuk aplikasi Photos, ciri baharu diperkenlkan ialah iCloud Shared Photo Library.
Ia terhad pada lima orang untuk menyertainya dan ahlinya bebas berkongsi apa-apa gambar dalamnya.
Butang khas dalam aplikasi kamera untuk terus kongsikan ke mana-mana library.
iOS 16Gambar: Wiser.my
Ciri Safety Check, Dengan fokus untuk membantu mangsa hubungan abusif boleh menggunakan beberapa ciri yang mengehadkan penjejakan lokasi terhadap individu berbahaya pada mereka, melindungi akses mesej dan lain-lain.
iOS 16Gambar: Wiser.my
CarPlay kini hadir dengan lebih banyak fungsi di mana ia memaparkan lebih banyak ciri dan maklumat pemanduan dan sebagainya.
Ia digabung bersama peralatan kereta jadi pengguna boleh mengubah suhu, menala audio dan sebagainya yang menjadikannya salah satu komponen penting dalam kereta, bukan hanya inforia.
Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula pada 2015, Alef Aeronautics ditubuh untuk membangunkan kereta terbang pertama di dunia.
Terbaharu, Alef Model A, kereta terbang yang dibangunkan oleh syarikat penerbangan dan automotif berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu telah mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA).
Menurut laman web rasmi syarikat itu, kereta terbang Alef boleh dipandu di semua jenis permukaan jalan. Ia juga boleh disesuaikan dengan lorong pemanduan standard dan mengikuti semua undang-undang trafik.
“FAA secara aktif mempersiapkan dasar bagi kenderaan berlepas dan mendarat elektronik menegak (eVTOL), selain mentadbir interaksi antara eVTOL dengan infrastruktur di darat.
“Sijil Kebolehpenerbangan Khas bagaimanapun mengehadkan lokasi dan tujuan Alef dibenarkan untuk terbang,” kata syarikat itu menerusi satu kenyataan.
Selain itu, Alef Model A menunjukkan keupayaan berlepas dan mendarat secara menegak, dan ia boleh memuatkan dua pengguna selain dikendalikan sepenuhnya oleh elektrik dan menghasilkan pelepasan sifar semasa ia beroperasi.
Kenderaan itu turut boleh diletakkan di ruang parkir biasa dan muat dalam garaj bersaiz standard.
Sementara itu, Alef Model boleh terbang sejauh 177 kilometer dan selain boleh dipandu sejauh 322 kilometer. Ia juga boleh diterbangkan ke mana-mana arah, termasuk ke depan, belakang, kanan, kiri, atas, bawah dan pada setiap sudut.
Harga kereta terbang Alef Model A bermula AS$300,000 (RM1.4 juta) dan dengan token AS$150, pratempahan kenderaan elektrik ini boleh dibuat di laman web Alef.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Apa yang menarik bersempena bulan Ramadan ini, IKEA telah menawarkan hidangan berbuka puasa secara buffet bermula 11 April (semalam) hingga 29 April 2022. Ia tersedia di IKEA cawangan Mutiara Damansara, Cheras, Batu Kawan dan Tebrau.
Pada hemat REMAJA, harga yang dicaj adalah berpatutan, begitupun ada sedikit perbezaan harga mengikut lokasi.
Buffet di IKEA Mutiara Damansara, Cheras dan Batu Kawan adalah RM29.90 untuk dewasa, RM14.90 untuk kanak-kanak dan percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun.
Malah, setiap pembelian tiket buffet dewasa akan mendapat baucar IKEA bernilai RM10 secara percuma.
Manakala untuk IKEA Tebrau, harga buffet adalah RM19.90 untuk dewasa, RM10.90 untuk kanak-kanak dan percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun. Setiap pembelian tiket buffet dewasa akan menerima baucar bernilai RM5 secara percuma.
Bukan hanya hidangan Meatballs sahaja yang ada tau tetapi juga sajian berkonsepkan makanan Melayu. Jom kita lihat antara menu menarik yang disediakan :
Antara hidangan yang disajikan (mengikut hari) termasuklah Nasi Kerabu, Nasi Tomato, Ayam Kuzi, Ayam Masak Padprik, Nasi Ulam, Kailan Goreng Belacan dan banyak lagi lah!
*Terliur dibuatnya*
Bagi korang yang mahu mencuba buffet berbuka puasa IKEA ini, korang bolehlah mendapat tiket di cawangan restoran IKEA seperti dinyatakan dan mencubanya.
Berbaloi atau tidak, kenalah pergi rasa dahulu kan..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!