
Memasuki minggu ketiga tayangan, drama penuh emosi dan konflik dalaman Thariq Ridzuwan: His Treasure semakin memuncak!
Dalam episod 5 dan 6, penonton terus dibawa menyelami kehidupan Radwa yang semakin tertekan apabila ramai insan di sekeliling cuba meragut kebahagiaannya bersama Thariq.
Walaupun Radwa dan Thariq semakin bahagia dalam rumah tangga mereka, ancaman luar tidak henti-henti datang.
Aina yang berpura-pura baik di hadapan Thariq sebenarnya masih menyimpan niat jahat dan terus mengganggu hidup Radwa dari belakang.
Sementara itu, kumpulan Holy Dragon berjaya mengaitkan Datuk Zahid dengan Zizi, pengerusi organisasi TEDUH yang selama ini membantu kanak-kanak mangsa penculikan di tempat Radwa aktif membuat kerja sukarelawan. Demi keselamatan, Adrean menasihati Thariq agar menghalang Radwa daripada terus terlibat buat masa ini.
Pada masa yang sama, Thariq bersama Holy Dragon terus memburu Datuk Zahid. Malangnya, Radwa pula menjadi sasaran penjahat yang cuba menculiknya! Nasibnya baik apabila dia berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki misteri yang tak dikenali, hmm siapa gerangan lelaki itu sebenarnya?
Ketegangan memuncak apabila Radwa ternampak kelibat lelaki misteri dalam biliknya. Panik, Radwa menjerit dan lebih mengerikan, lelaki itu menconteng sesuatu pada pintu gelangsar bilik menggunakan
darah sebelum menghilangkan diri ketika Thariq sampai.Tak lama kemudian, Radwa menerima gambar Thariq bersama Anita dan simptom ‘anxiety’ mula menghasutnya tanpa henti.
Tertekan, Radwa cuba menenggelamkan diri dalam tab mandi; bukan untuk membunuh diri tetapi untuk ‘menenggelamkan’ suara dalam kepalanya.
Di rumah Datin Tiana, Holy Dragon berkumpul untuk jalankan kerja forensik. Dendam Thariq terhadap Zahid makin membara.
Dalam babak penutup, Thariq berjanji mahu membawa Radwa ke Melaka untuk menemui neneknya yang menandakan harapan baru dan kebahagiaan yang mungkin menanti mereka.
Jangan ketinggalan untuk terys menonton drama Thariq Ridzuwan: His Treasure setiap Rabu & Khamis di Astro Ria (saluran 104), Astro On Demand & sooka!
Nak tahu siapa sebenarnya lelaki misteri yang asyik muncul dalam hidup Radwa? Stay tuned.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.