Bijak Dan Kreatif, Pemilik Selamatkan Mercedes A45s Guna Kertas A4

Share

Banjir apabila melanda tidak mengenal siapa. Dato ke Sri Paduka ke, tak kira kaum, tak kita parti, semua akan terlibat dan terjejas. Mahu tak mahu semua orang perlu bergandingan untuk terus hidup.

Mungkin ramai yang sedang pening kepala memikirkan kos yang bakal dikeluarkan untuk membaiki kereta akibat ditengelami air banjir.

Baru-baru ini tular beberapa keping gambar seorang pemilik Mercedes-Benz AMG A 45S berjaya menyelamatkan keretanya daripada ditenggelami air banjir dengan menggunakan beberapa timbunan rim kertas A4.

Hantaran Facebook itu telah meraih ratusan komen dan lebih 2,000 kali perkongsian oleh pengguna media sosial yang lain. Rata-rata ramai yang memberikan pelbagai reaksi terhadap ‘kebijaksanaan’ pemilik kereta Mercedes tersebut.

Orang ramai menyatakan lebih baik ‘korbankan’ beberapa rim kertas A4 daripada membiarkan keretanya yang bernilai kira-kira RM437,673 (tanpa kos-kos lain) ditenggelami air banjir.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir dan mereka yang ditimpa musibah ketika ini.

Kita tidak tahu bila mana situasi kecemasan berlaku, jadi eloklah sekiranya bersiap sedia sebelum terkena. Betul tak?

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

IKLAN