Sukar sekali untuk kita puaskan hati semua orang bukan?
Keputusan 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 semalam telah mendapat reaksi pelbagai pihak. Ada yang bersetuju dengan pemilihan kesemua lagu tersebut dan merasakan ia membawa angin perubahan dalam industri muzik negara.
Namun, tidak kurang juga yang merasakan ada beberapa buah lagu yang lebih layak menempah tiket ke pentas berprestij itu.
Entah di mana silapnya, lima buah lagu ini terkandas di peringkat separuh akhir selepas penilaian dilakukan oleh juri. Harapan yang besar hadir daripada pencinta muzik tempatan, dan penyanyi telahpun membuat sehabis baik untuk menggalas karya sang pencipta lagu. Malangnya, rezeki tidak menyebelahi mereka.
Ini merupakan 5 buah lagu yang pendengar rasakan harus diberi peluang dan boleh melakukan sesuatu yang menakjubkan di Anugerah Juara Lagu 35.
Sembah
Penyanyi: Naim Daniel ft Man Kidal
Ciptaan: Naim Daniel & Iqie Hugh
Biarpun muat naik di Instagram Naim Daniel semalam menampakkan seakan dirinya kecewa dengan keputusan tersebut, penyanyi remaja itu menidakkan tanggapan itu. Dia memilih untuk memandang ke sudut positif dan berpendapat juri lebih tahu apa yang mereka lakukan.
Sembah merupakan salah sebuah lagu yang diperkatakan sepanjang tahun 2020. Kolaborasi nama muda seperti Naim dan Man Kidal, seorang lagenda gitaris dalam industri muzik Malaysia dilihat sebagai sesuatu yang segar; seperti yang sering dilakukan oleh penyanyi luar negara.
Sembah berkisarkan lelaki yang telah memberikan segalanya kepada si kekasih, namun pemberian tetap tidak dihargai.
Ads
Sebentar
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Ciptaan: Faizal Tahir, Mike Chan, Mage & Romeo
Genre rancak jarang sekali didendangkan oleh Dayang Nurfaizah dewasa ini. Lalu, Sebentar ini ibarat pengubat rindu kepada peminat yang telah lama mengikuti graf seni penyanyi kelahiran Sarawak ini sejak awal 2000-an.
Ritma lagunya menarik, interaksi Dayang bersama penyanyi latar semasa di peringkat separuh akhir juga menaikkan semangat penonton untuk terus melekat pada skrin sehingga ke not terakhir.
Namun, bukan rezeki juara AJL31 ini untuk mara memberikan seri saingan pada tahun ini.
Tentang Rahsia
Penyanyi: Shila Amzah & Judika (digantikan dengan Afif Tirmizie)
Ciptaan: Farouk Roman & Amylea
Ads
Garapan Farouk Roman sudah sinonim dijadikan lagu runut bunyi drama. Tak hairanlah apabila Tentang Rahsia yang menjadi penguat kepada drama Adellea Sofea menjadi salah satu lagu harapan.
Tentang Rahsia dihasilkan dari jalan cerita drama tersebut yang sarat dengan rasa romantik dan sedih. Liriknya ringkas tanpa perkataan yang terlalu ‘berbunga’. Namun itulah kekuatan Tentang Rahsia yang mudah menangkap pendengar untuk benar-benar menghayatinya.
Terik matahari, kan mengintai Gelap yang sembunyikan teduhmu
Like, who writes songs like this anymore?! Disebabkan itulah, kami terkilan apabila ia tidak berjaya ke AJL ke-35
Sakit
Penyanyi: Yonnyboii & Zynakal
Ciptaan: Yonnyboii & Zynakal
Ads
Sakit merupakan salah satu karya paling popular pada tahun ini.
Tidak keterlaluan sekiranya penulis berpendapat bahawa 2020 telah membawa sinar baru dalam industri muzik in the form of Yonnyboii. Sebagai pencipta lagu dan penyanyi generasi terkini, Yonny tidak sekadar bergantung harap pada teknologi bunyi dalam penghasilan lagunya.
Sakit umpamanya merupakan sebuah lagu dengan makna mendalam bukan saja buat Yonny tetapi Zynakal. Ia dicipta untuk menulis isi hati penyanyi itu. Isu depresi yang dihadapi Zyn bukan perkara mainan dan Sakit di sini membawa erti bermakna buatnya.
Bagaimanapun, itu semua mungkin tidak cukup buat juri. Bak kata ketua juri separuh akhir Muzik Muzik 35 iaitu Azmeer semalam, Sakit adalah lagu popular dan bukan lagu pertandingan; meskipun beliau menyukainya.
Takdir Tercipta
Penyanyi: Hafiz Suip & Adira
Ciptaan: Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
Dalam banyak-banyak comeback yang memijak pentas SFMM35, ini merupakan comeback paling kami nanti-nantikan. Kelibat Hafiz dan Adira di AJL menerusi lagu berhantu, Ombak Rindu pernah mencipta magis yang sukar digambarkan.
Kehebatan vokal dan penghayatan mereka berdua usah dipertikaikan lagi. Lagu Takdir Tercipta juga ‘senang’ pada halwa telinga pendengar. Sekiranya Hafiz dan Adira ke pentas akhir, kami dapat bayangkan bagaimana mereka berdua akan menjadi salah satu saingan sengit untuk 11 lagu peserta lain.
*
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di sebalik kemodenan teknologi masa kini, mungkin ramai kurang sedar atau tidak memahami betapa dunia semakin kecundang angkara perbuatan manusia itu sendiri.
Dunia yang semakin panas berikutan pencairan di Kutub Utara, gunung-ganang ditarah tanpa belas kasihan, pembuangan plastik yang mengakibatkan hidupan laut mati dan beberapa sikap lain yang sebenarnya boleh dikawal jika kita memahami dunia ini turut diduduki oleh makhluk lain.
Aplikasi TikTok umumnya dikenali sebagai aplikasi yang menggembirakan dan banyak memberi manfaat kepada umum. Namun, baru-baru ini seorang pengguna TikTok yang berasal dari Pakistan sanggup membakar hutan dengan sengaja demi sebuah ‘content’ di laman media sosial popular ini. Malah, tindakan yang tidak masuk akal itu menyebabkan Humaira Asghar berhadapan dengan tindakan mahkamah.
Bukan hanya Humaira Asghar, malah menurut lapor Free Press Journal idea ‘gila’ ini kian menanah dan sedang merebak di Pakistan. Kebanyakan pemuda di sana sanggup untuk melakukan apa sahaja demi sebuah kandungan media sosial.
This is a disturbing & disastrous trend on Tik Tok! Young people desperate 4 followers are setting fire to our forests during this hot & dry season! In Australia it is lifetime imprisonment for those who start wildfires. We need to introduce similar legislation @WildlifeBoardpic.twitter.com/RGMXnbG9f1
Dalam video 11 saat, kelihatan Asghar berjalan menuruni Margalla Hills di Pakistan sambil dibelakangnya api bergerak perlahan dengan lagu pop sebagai muzik latar video pendek. Manakala di bahagian kapsyen pula, Asghar menulis bahawa api sedang marak di mana sahaja dia berada – satu kapsyen berani mati yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar.
Asghar bukan satu-satunya TikToker Pakistan yang telah dituduh membakar hutan hanya untuk kandungan media sosial. Pihak berkuasa Pakistan berkata, membakar hutan adalah budaya baharu yang muncul di negara yang kini sedang berjuang dengan situasi cuaca panas yang tidak menentu. Anak muda ini wajar di tangkap kerana kebodohan mereka yang gilakan populariti dan jumlah tanda suka, kata Lembaga Pengurusan Hidupan Liar Islamabad Rina S Khan Satti di laman Twitter miliknya.
Menurut laporan Indian Express pula, seorang lelaki di bandar Abbottabad turut ditahan kerana sengaja membakar hutan untuk dijadikan sebagai latar bagi kandungan videonya. Dalam satu lagi video yang dikeluarkan baru-baru ini, dua lelaki dilihat melakukan hal yang sama dengan menyalakan api di sebuah hutan kemudian melarikan diri sambil muzik dimainkan sebagai latar video pendek tersebut.
Hmm..Dorang tak tahu perlakuan dorang ini mampu memberi kesan kepada ekosistem alam sekitar. Kenapalah nak pergi bakar hutan tu.Boleh je kan boleh guna efek je sekarang…huhu
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Shukri, Datin Seri Shahida, meluahkan rasa sebak apabila mengenang perjalanan putera sulungnya, Ammar Ahyan yang kini semakin membesar dan matang.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shahida menzahirkan rasa syukur melihat perubahan Ammar yang kini lebih berani berbanding sebelum ini.
“Sejujurnya sebak dan gembira melihat anak membesar, dulu masa Ammar kecil saya selalu terfikir macam mana dia nak ke depan.
“Dia tak suka kamera, tak nak ke depan tapi siapalah kita menidakkan percaturan Allah,” tulisnya.
Tambah Shahida lagi, dia tidak menyangka anaknya yang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang introvert akhirnya mampu tampil lebih yakin di khalayak.
“Rahsia Allah yang kita tak tahu, budak introvert yang selalu kena bising ni akhirnya boleh ke depan.
“Mama bangga lah dengan Ammar walaupun Ammar kayu,” katanya berseloroh.
Di ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira melihat perubahan Ammar.
Malah, ramai yang memuji sifatnya yang mudah didekati selain mendoakan kejayaan anak sulung pasangan ini.
Sebelum ini, Shahida turut berkongsi rasa syukur apabila Ammar diterima masuk ke sebuah universiti swasta di Subang Jaya bagi mengikuti program asasi selama setahun sebelum melanjutkan pengajian ke United Kingdom.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika di Malaysia kita ada pasangan selebriti seperti Uqasha Sensrose dan Kamal Adli, Amyra Rosli serta suaminya Amar Bahrin yang juga turut muncul di kaca televisyen, industri hiburan Korea turut mempunyai pasangan romantis yang bergelar suami isteri.
Ramai pasangan k-drama yang akhirnya bercinta dan berkahwin dalam kehidupan sebenar. Keserasian yang terbina sewaktu penggambaran drama memutik bibit-bibit cinta mereka yang akhirnya menyatukan dua jiwa ini.
Hubungan ini tidak semestinya diumum secara terbuka kerana ramai pasangan selebriti Korea yang menyembunyikan hubungan cinta mereka dan hanya membuat pengumuman rasmi apabila mereka memutuskan untuk berkahwin.
Berikut kami senaraikan antara 7 pasangan k-drama di kaca televisyen yang mempunyai hubungan suami isteri dalam kehidupan sebenar.
Pasangan ini buat pertama kalinya bergandingan dalam drama ‘Pure Pumpkin Flower’ pada tahun 2010 dan bertemu semula menerusi drama ‘Take My Hand’ pada tahun 2013 dan berkahwin pada Julai 2015.
Duo ini bergandingan dalam drama ‘Aeja’s Older Sister, Minja’ pada tahun 2008 dan ‘Happy Ending’ pada 2012 dan mengambil keputusan untuk berkahwin pada 2014.
Mula bekerjasama menerusi drama ‘Glamorous Temptation’ pada 2015 dan dua tahun selepas itu mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.
Sama cantik, sama padan. Betul tak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.