Hiburan

Raih Markah Keseluruhan Tertinggi, Hussain Dinobat Juara Big Stage Rocketfuel

Share

Pentas program nyanyian realiti Big Stage Rocketfuel melabuhkan tirainya pada malam Ahad, semalam dengan menobatkan Hussain sebagai juara keseluruhan bagi musim ini.

Hussain mengenepikan saingan terdekat seperti duo Adam Nazmi di tangga kedua, manakala Ranisha di tangga ketiga dan Danny di tangga keempat.

Sementara itu, Yad-Z berpuas hati di tangga kelima dan Danial Kifli di tangga keenam.

Hussain membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM100,000 tajaan Rocketfuel Entertainment dan juga sebuah trofi.

Berikut merupakan keputusan penuh kesemua kedudukan di Big Stage 2023.

  • Juara: HUSSAIN (80.97%)
  • Naib Juara: ADAM NAZMIE (61.55%)
  • Pemenang Tempat Ketiga: RANISHA (60.69%)
  • Pemenang Tempat Keempat: DANNY (57.09%)
  • Pemenang Tempat Kelima: YAD-Z (54.97%)
  • Pemenang Tempat Keenam: DANIAL KIFLI (53.37%)
  • Anugerah Peserta Program Realiti Paling Bertahan Lama Di Astro: Hussain
  • Rocket Star of The Week: Hussain

Terdahulu, Hussain tampil menerusi persembahan lagu solo berjudul ‘Seniman Menangis’ dan bergandingan dengan grup duo, Adam Nazmie menerusi segmen battle menerusi gabungan lagu ‘Merisik Khabar’ nyanyian asal Datuk Sudirman Hj Arshad dan juga lagu single terbarunya sendiri berjudul ‘Takkan Pernah’. 

Dalam pada itu, menerusi media sosial ramai yang berpuas hati dengan setiap penilaian markah yang diberikan juri serta membanjiri ucapan tahniah kepada keenam-enam finalis iaitu Hussain, Ranisha, Danny, Yad-Z, Danial Kifli serta satu-satunya peserta berkumpulan, Adam & Nazmie atas kejayaan masing-masing.

BACA: Hussain Curi Tumpuan Di KLFW 2026, Debut Sebagai Model Penutup Pentas EMRI

Big Stage Rocketfuel menampilkan 11 peserta yang bersaing sepanjang lapan minggu pertandingan dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Difahamkan, kontrak tersebut merangkumi pelbagai aspek pembangunan artis termasuk penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Program Big Stage Rocketfuel yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria. Manakala Hael Husaini, Akim Ahmad dan Aisha Retno bertindak sebagai juri tetap. Malam kemuncak itu turut dimeriahkan dengan kehadiran juri jemputan iaitu Datuk Ramli MS.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE