Penyanyi terkenal Ed Sheeran khabarnya bakal terlibat dalam pembikinan lagu baru kumpulan k-pop lelaki popular Korea Selatan, BTS. Menerusi sebuah program wawancara Most Requested Live, penyanyi lelaki itu mengatakan bahawa dia baru sahaja menulis lagu baru untuk kumpulan BTS.
— Most Requested Live (@MostRequestLive) June 27, 2021
Perkara ini turut disahkan sendiri oleh pihak pengurusan Big Hit Music yang membuat kenyataan di Newsen bahawa memang benar Ed Sheeran bakal terlibat dalam lagu baru kumpulan k-pop remaja itu.
Ads
BTS bakal mengeluarkan versi CD bagi lagu hit berbangsa Inggeris, ‘Butter’ pada Julai ini dan Big Hit Music juga mengumumkan bahawa ia akan disertai dengan lagu baru yang akan menarik perhatian pendengar.
Tidak pasti sama ada trek kolaborasi baru BTS dengan Ed Shereran itu akan disertakan sekali dalam CD itu atau mungkin ia akan menjadi sebahagian daripada album lain yang akan dikeluarkan pada masa akan datang.
Ads
Namun begitu, ketika ditanya lebih lanjut, Big Hit Music enggan menjelaskan dan mengatakan kami tidak boleh memberikan info lebih terperinci.
Sebelum ini, Ed Sheeran dan BTS pernah berkolaborasi dengan menuliskan lagu ‘Make It Right’ daripada album ‘Map of the Soul: Persona’ pada tahun 2019.
Ads
Pasti peminat sudah tidak sabar menantikan single terbaru kolaborasi ini. Sama-sama kita nantikan.
Marvel sekali lagi akan melancarkan filem terbaharu tahun ini dan kali ini menampilkan watak Marvel Comics Morbius, the Living Vampire menerusi filem Morbius yang sudah pun ditayangkan seluruh pawagam tanah air bermula 31 Mac 2022.
Sumber: Sony Pictures
Filem ini menceritakan tentang seorang saintis yang mempunyai penyakit gangguan darah yang jarang berlaku dan beliau bertekad untuk menyelamatkan orang lain daripada mengalami nasib yang sama. Walaupun pada mula usahanya itu seakan berjaya, namun percubaan tersebut tidak menjadi dan beliau secara tidak langsung menjangkiti dirinya dengan vampirisme. Apa yang lebih menjadi buruk, sahabat baiknya telah menyalah guna serum yang dicipta oleh Morbius dan turut menjadi vampire.
Sumber: Sony Pictures
Secara keseluruhannya, filem ini memaparkan jalan cerita yang sama seperti dalam komiknya cuma lebih banyak aksi yang ditonjolkan. Lakonan Jared Leto wajar diberi pujian kerana berjaya membawakan watak Dr Michael Morbius dengan baik sekali. Penonton dapat merasai keperitan yang ditanggung Morbius kerana penyakitnya itu dan kebimbangan terhadap keganasan yang berlaku dek kerana kesalahan mencipta serum tersebut.
Sumber: Sony Pictures
Namun, jangan pula korang membandingkan filem ini dengan filem-filem Marvel yang lain kerana boleh dikatakan Morbius antara filem ‘ringan’ yang pernah dikeluarkan oleh Marvel. Penceritaan klise tidak terlalu berat, tetapi masih berbaloi untuk ditonton.
Dibintangi oleh Jared Leto, Adria Arjona, Matt Smith, Jared Harris dan Tyrese Gibson, jangan lupa saksikan Morbius dipawagam sekarang.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada masanya, penulis pasti kita semua akan terbeban dengan tuntutan belajar dan kerjaya. Sehinggakan kadangkala, kita tidak mempunyai masa untuk diri sendiri mahupun keluarga.
Apabila kita melihat cara orang di sekeliling boleh mencuri masa untuk berlibur, bercuti, bersama keluarga dan sebagainya di luar kelas dan tempat kerja, mesti kita terfiikir bagaimana si dia mampu untuk seimbangkan di antara masa kerja dan kehidupan sendiri. Sedangkan kita pula ibaratnya tiada ‘life’ dan terpaksa berkorban sepanjang masa.
Doktor pakar pelatih surgikal negara, Dr Amalina Che Bakri mengakui ramai pengikutnya di laman sosial yang selalu bertanyakan soalan yang sama kepada beliau.
Bagaimana doktor ‘curi masa’ walaupun komitmen beliau terhadap kerjaya dalam bidang pakar bedah amatlah tinggi?
Dr Amalina bijak menentukan masa untuk aktiviti di luar bangunan hospital. Sama ada beliau berlatih memanaskan badan menerusi wall-climbing ataupun memberikan ucapan kepada pelajar Malaysia di Malaysian Hall, London, setiap masanya diisi dengan penuh cermat. Sumber Foto: Instagram @dramalinabakri.
“Mereka selalu bertanya, bagaimana saya kekalkan work-life balance saya. Tiada jawapan yang benar-benar sempurna.
“Apa yang saya lakukan berkesan untuk diri saya, dah seharusnya kamu juga cari cara yang berkesan untuk diri kamu,” jelasnya yang bakal menyambut hari kelahiran ke 33, 7 Disember ini.
Bagaimanapun, beliau masih menyenaraikan tip yang boleh membantu kita semua untuk mendapatkan perspektif baru dalam usaha menyeimbangkan antara komitmen kerjaya, keluarga dan komitmen kepada diri sendiri. After all, everyone deserves his/her ‘me time’.
01
Tetapkan keutamaan dalam jadual kamu. Dr Amalina sering menyentuh betapa pentingnya pengurusan masa kerana itu adalah kunci untuk segala-galanya. Beliau menetapkannya mengikut 4 kategori berbeza:
– Urgent & important (terdesak & penting) – Important but not urgent (penting tapi tidak terdesak) – Urgent but not important (Terdesak tapi tidak penting) – Neither urgent nor important (Tidak terdesak dan tidak penting)
Beliau menggunakan Microsoft Timeline untuk menetapkan semua ini berserta tarikh akhir (deadline) dan matlamat (goals).
02
Rancang matlamat harian. Dari situ, tetapkan masa kamu bekerja. Adalah penting untuk kamu tetapkan matlamat yang boleh dicapai, jangan tekan diri melebihi kemampuan kamu.
Rancang ‘me time’ untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan. Masukkan tarikh-tarikh penting di dalam diari (Dr Amalina menggunakan Google Calendar).
Rancang percutian kamu lebih awal supaya kamu ada sesuatu yang boleh memberikan motivasi dari sekarang.
04
Usah katakan ‘yes’ kepada semua perkara, belajar untuk katakan tidak. Ini berkesan bik untuk kerjaya ataupun kehidupan sosial. Tentukan perkara yang kamu boleh lakukan dan tidak boleh lakukan.
Kurangkan aktiviti yang membazir masa – jangan luangkan berjam-jam di media sosial. Tentukan ‘screen time limit’ pada aplikasi kegemaran kamu.
06
Penuhkan masa bekerja pada hari minggu dan kosongkan hujung minggu kamu untuk aktiviti peribadi. Jika Dr Amalina perlu bekerja pada hujung minggu, beliau akan tetapkan 1 hari cuti pada hari minggu.
07
Beri penghargaan kepada diri sendiri selepas mencapai sesuatu kejayaan, reward yourself with something you love!
Dr Amalina semasa bercuti di Milford on Sea. Sumber Foto: Instagram @dramalinabakri.
08
Ketahui kemampuan diri sendiri dan tetapkan ‘expectation’ peribadi dengan cermat. Jangan cuba untuk menjadi seorang yang perfectionist.
09
Wujudkan support system yang membantu, sama ada di kalangan ahli keluarga ataupun kawan-kawan. Sukar sekali untuk seseorang itu melakukan semua perkara secara sendiri.
Walaupun perlu berjauhan dengan ibunya, Dr Amalina sentiasa ‘keep in touch’ dengan beliau untuk mendapatkan dorongan dan sokongan. Sumber Foto: Instagram @dramalinabakri.
10
Sehebat mana pun kamu dalam melakukan tugasan, badan dan kesihatan masih perlu dijaga. Kekalkan diet pemakanan dan senaman yang sihat. Walaupun sekadar berjalan untuk 30 minit sehari, tetapkan masa untuk bersenam 3-4 kali seminggu.
*
Got it, guys?
Harapnya selepas ini, kita tidak lagi perlu ‘complain’ mengenai jadual tugasan yang tidak habis-habis perlu disiapkan selepas kita membuat perancangan secara cermat.
Baca senarai penuh yang dikongsikan oleh Dr Amalina ini:
Walaupun sering dilabel sebagai lembut oleh netizen, dua orang cahay mata kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil mempertahankan imej sebenar bapa mereka.
Dalam satu sesi soal jawab bersama Remaja, Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra atau lebih dikenali sebagai Cess, mendedahkan bahawa bapa mereka bukanlah seperti yang ramai sangka.
“Ayah saya bukan lembut, dia garang gila macam lelaki maskulin,” kata Ammar dan Qadejah ringkas namun tegas.
Bercerita lanjut mengenai kehidupan keluarga, Ammar turut berkongsi nasihat yang sering diberikan oleh bapanya.
“Jelasnya, dalam sebuah keluarga, sudah tentu akan ada turun naik emosi.
“Ayah cakap dalam hidup ini, bukan sentiasa bahagia bila kita dah berkeluarga. Mesti ada masa kita bergaduh, bergembira, bersedih.
“Kalau nak ada keluarga yang aman dan untuk jangka lama, selamanya, memang kita kena melalui semua tahap-tahap kekeluargaan,” katanya lagi.
Apa yang lebih menarik, kedua-dua beradik ini juga sudah merancang untuk meneruskan legasi perniagaan keluarga yang dibina oleh Datuk Seri Aliff Syukri.
“Ayah saya mengharapkan kami untuk meneruskan perniagaan.
“Jadi kalau boleh saya nak lah ikut kehendak dia,” kongsi Ammar.
Menurut Qadejah pula, mereka telah pun membahagikan tanggungjawab dalam bidang perniagaan masing-masing.
“Kami ada pembahagian. Contoh dalam rumah ini kita kena bahagikan dua, satu Ammar punya bahagian dan satu lagi saya.
“Ammar jadi resort, saya jaga produk. Macam itulah, kita kongsi,” ujar Qadejah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.