
Selepas kejayaan kumpulan K-Pop popular, BTS menerusi lagu Dynamite yang menduduki tangga teratas dalam carta lagu Amerika Syarikat, Billboard Hot 100, timbul pula satu spekulasi tentang penangguhan latihan ketenteraan oleh salah seorang anggota mereka.

Big Hit Entertainment memberi spekulasi bahawa pendaftaran latihan ketenteraan Jin BTS mungkin akan ditangguhkan sehingga akhir tahun hadapan.
Menurut agensi, Jin yang sepatutnya menyertai latihan tentera sebelum hujung tahun ini ber’kemungkinan besar’ dapat menangguhkan pendaftarannya sehingga akhir tahun 2021.

Khabarnya, Akta Perkhidmatan Tentera sedang disemak semula untuk memberi pertimbangan terhadap selebriti yang banyak menyumbang daripada segi budaya dan ekonomi bagi senarai individu-individu yang layak menangguhkan latihan ketenteraan.
Walaupun belum disahkan secara rasmi, namun label tersebut menyatakan bahawa situasi ini berkemungkinan besar akan berlaku.
Jadi, sama-sama kita nantikan sama ada Jin sah menangguhkan latihan tenteranya atau tidak.
Sumber: allkpop.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lelaki Ini Kongsi Tip Macam Mana Nak Simpan RM 12 Ribu Dalam Masa 3 Bulan

Ramai yang berpendapat bahawa hanya mereka yang bergaji besar saja boleh menyimpan wang kerana menganggap individu ini mempunyai wang lebihan untuk diasingkan sebagai simpanan.
Namun begitu, ini semua bukanlah alasan bagi korang yang bergaji sederhana untuk menyimpan duit. Pernah dengar pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’?
Kalau dah memang korang betul-betul bersungguh dan berusaha, pasti ada jalan untuk menyimpan sedikit walaupun tak banyak mana.
Seperti yang dilakukan oleh Syafiq Mustafa ini, threadnya di twitter pernah menjadi viral kerana dia berjaya menyimpan wang sebanyak RM12 ribu hanya dalam masa tiga bulan.
Wah, macam mana lelaki ni buat?
Jom kita baca tip yang telah dikongsi.
1. Set your goal

2. Jangan kedekut

3. Jangan asyik nak korek tabung

4. Jangan terlalu sayang duit, percaya pada rezeki

5. Guna tabung kecil

Walau bagaimanapun, ada suara-suara yang bercakap “duduk rumah parents boleh la. Kau tak ada tanggungan lagi masa ni.”
Lelaki ini mengaku bahawa semua benda tu betul tetapi kalau difikirkan semula, agak-agak kalau kita boleh ke simpan RM12 ribu dalam masa tiga bulan even duduk rumah keluarga? Hmm.. Hiks!

Jadi sebab itu kami katakan ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Kalau kita benar-benar berusaha dan bersungguh, pasti tidak ada apa yang mustahil.
Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[EKSKLUSIF] Bukan Hanya Penyanyi Lagu Viral Di TikTok, Kenali Siapakah BENEE
![[EKSKLUSIF] Bukan Hanya Penyanyi Lagu Viral Di TikTok, Kenali Siapakah BENEE 19 [EKSKLUSIF] Bukan Hanya Penyanyi Lagu Viral Di TikTok, Kenali Siapakah BENEE](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/11/309502.jpeg)
Trend sesebuah lagu menjadi popular disebabkan aplikasi TikTok semakin menjadi-jadi.
TikTok menjadi platform baru untuk ramai penyanyi muda dikenali di serata dunia.
Salah seorang daripada mereka ialah penyanyi berbakat dari New Zealand, BENEE (disebut sebagai Benny). Gadis ini bertukar tular pada tahun 2020 dek kerana lagu Supalonely nyanyiannya bersama Gus Dapperton.
Siapa sangka, segala-galanya bermula apabila dia memuat naik video cover di Soundcloud. “Saya cuba untuk mengetengahkan bakat saya secara online dengan bermain gitar dan ia menemukan saya dengan penerbit saya sekarang.
“Apabila saya melihat kembali, I realized how much I have grown as an artist. Saya juga kini adalah seorang penulis lagu yang lebih baik. Itu semua berlaku menerusi trial & error dan eksperimen terhadap muzik yang bersesuaian dengan saya.
“It is crazy to see how much I have changed in the last few years,” kata remaja berusia 20 tahun ini.
![[EKSKLUSIF] Bukan Hanya Penyanyi Lagu Viral Di TikTok, Kenali Siapakah BENEE 20 [EKSKLUSIF] Bukan Hanya Penyanyi Lagu Viral Di TikTok, Kenali Siapakah BENEE](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/11/309501.jpeg)
Dengan pelancaran album pertamanya berjudul ‘Hey U X’ pada 13 November lalu, REMAJA berpeluang menemu ramah BENEE secara eksklusif dalam sesi virtual yang dibawakan oleh Universal Music Malaysia.
Banyak yang kami perkatakan termasuklah siapa ahli Blackpink yang di-follow olehnya di Instagram!
Siapakah role model kamu dalam bidang muzik?
BENEE: Ouuhh. Mungkin seseorang seperti Grace Jones, Bjork, Radiohead, James Blake.
Mereka merupakan artis yang telah sedikit sebanyak mempengaruhi karya saya. Apapun, karya yang saya keluarkan masih original dan menggambarkan siapakah diri saya sebagai seorang artis.
![[EKSKLUSIF] Bukan Hanya Penyanyi Lagu Viral Di TikTok, Kenali Siapakah BENEE 21 [EKSKLUSIF] Bukan Hanya Penyanyi Lagu Viral Di TikTok, Kenali Siapakah BENEE](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/11/309505.jpeg)
Adakah kamu menggemari mana-mana artis Asia?
BENEE: Well, baru-baru ini saya telah mendengar lagu-lagu Blackpink.
Apabila semakin ramai pendengar di New Zealand semakin obses dengan Blackpink, saya mula tertanya-tanya ‘siapakah mereka ini’. Saya google dan mendapati, wow mereka adalah popstar. They are just insane.
Saya turut follow salah seorang daripada ahlinya di Instagram. (REMAJA mendapati ahli yang dimaksudkan ialah Lisa!). Saya juga mula mendengar lagu-lagu daripada Dean dan Joji.
Kamu sering menukar warna rambut terutamanya dalam muzik video. Jadi apakah warna rambut kamu yang seterusnya?
BENEE: (Ketawa) Rambut saya menjadi teruk keranableach terlalu kerap. Mungkin selepas ini saya akan memakai rambut palsu saja. Sekurang-kurangnya rambut saya tidak akan rosak.
Hhm, setakat ini saya belum lagi mencuba warna rambut jingga atau red head. Maybe that will be next.
![[EKSKLUSIF] Bukan Hanya Penyanyi Lagu Viral Di TikTok, Kenali Siapakah BENEE 22 [EKSKLUSIF] Bukan Hanya Penyanyi Lagu Viral Di TikTok, Kenali Siapakah BENEE](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/11/309506.jpeg)
Baru-baru ini, kamu telah menjayakan sebuah konsert secara virtual dari New Zealand selepas dunia dilanda pandemik. Apakah perancangan kamu untuk tahun 2021?
BENEE: Di New Zealand sekarang, kami masih dibenarkan untuk bermain secara live dengan penonton. Jadi untuk tahun 2021, saya ingin melakukan persembahan di beberapa festival muzik di sekitar New Zealand dan saya ingin sekali menjayakan satu lagi konsert jelajah di New Zealand.
Pada masa yang sama, saya gembira untuk berkongsi momen di konsert dengan penonton seluruh dunia secara virtual kerana kita tidak tahu sehingga bila pandemik ini akan berterusan.
Lagu kamu bertukar viral disebabkan trend TikTok. Adakah kamu selesa apabila dilabel ‘penyanyi TikTok’?
BENEE: Yeah, saya rasa saya perlu berterima kasih kepada TikTok. Jika itu adalah cara pendengar di Malaysia mengenali saya, that is fair enough.
Saya sendiri mempunyai akaun TikTok, TAPI saya tidak pernah melakukan cover dengan lagu sendiri (ketawa) Oh my god, I cannot dance to save myself!
Tahniah kerana baru saja melancarkan album baru berjudul ‘Hey U X’
BENEE: Thank you!
Saya masih terkejut apabila nama-nama besar seperti Grimes dan Lily Allen ingin berkolaborasi bersama saya untuk album ini.
Disebabkan lockdown ini, kami hanya boleh bekerjasama dengan menghantar demo, fail dan sebagainya secara online saja.
![[EKSKLUSIF] Bukan Hanya Penyanyi Lagu Viral Di TikTok, Kenali Siapakah BENEE 23 [EKSKLUSIF] Bukan Hanya Penyanyi Lagu Viral Di TikTok, Kenali Siapakah BENEE](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/11/309507.jpeg)
Kamu juga terkenal dengan idea di luar kotak untuk beberapa video muzik terutamanya yang terbaru, Snail. Ramai menyukainya kerana visual video muzik kamu membawa mereka ke ‘alam’ lain untuk seketika waktu.
Bagaimanakah idea berani seperti ini muncul?
BENEE: Seperti Snail, saya merasakan lagu itu sendiri is kind of all over the place dan saya ingin membawa mesej lagu itu ke dalam video muzik ini. Seperti cerita fantasi.
Semasa saya berbincang dengan team, saya jelaskan saya ingin menjadi elf, menunggang basikal, mempunyai cendawan gergasi dan petir.
Senang cerita, idea-idea ini muncul dari apa yang tersirat dalam kepala saya. I am definitely about trying out new things, experimenting.. That is what has been working out so far.
Akhir sekali, apakah nasihat kamu kepada remaja di Malaysia yang berbakat dan ingin berkecimpung dalam bidang muzik tetapi gentar untuk menjadikannya sebagai satu karier?
BENEE: Bagi saya, selagi kamu berani untuk melancarkan lagu-lagu karya kamu untuk khalayak mendengar, itu adalah langkah pertama yang paling penting.
Di YouTube dan Soundcloud umpamanya, ramai yang sedang memerhatikan bakat baru yang boleh dijadikan sebagai artis rakaman, seperti yang terjadi kepada saya. As long as people can find you, you will then realize your potential. Just release it once you are happy with it.
Selagi kamu gembira dengan karya kamu, pedulikan saja pendapat orang lain.
*
Terima kasih kepada Universal Music Malaysia di atas peluang temuramah ini.
Korang boleh mendengar album Hey U X oleh BENEE di semua platform penstriman seperti Spotify & Apple Music.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dituduh ‘Usap’ Tangan Karina Aespa Ketika Bergambar, Pelakon Kim Dohoon Mohon Maaf & Jelaskan Situasi Sebenar

Terbaru, pelakon Korea Selatan, Kim Dohoon tampil memohon maaf kepada peminat Aespa serta memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa dirinya menyentuh tangan Karina secara tidak wajar ketika sidang media program variasi Netflix ‘Agents of Mystery 2’. Isu tersebut timbul selepas rakaman sesi foto bersama para pelakon tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.
Difahamkan, ketika sesi bergambar berlangsung, kesemua barisan pelakon diminta melakukan ‘pose’ berkonsepkan kerjasama berpasukan dengan saling berpegangan tangan dan membentuk formasi menyerupai bintang serta momen itu pada awalnya dilihat sebagai interaksi profesional biasa antara rakan set produksi.
Namun begitu, selepas video berkenaan dikongsi semula secara meluas di media sosial, terdapat segelintir peminat Karina Aespa yang berpendapat Dohoon kelihatan seperti mengusap atau mempermainkan tangan penyanyi terkenal itu sehingga klip pendek yang dimainkan secara berulang (loop) turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan andaian.


Pada masa yang sama, kontroversi tersebut menjadi semakin hangat apabila seorang peminat dilaporkan menghantar mesej kepada Kim Dohoon menerusi aplikasi komunikasi artis iaitu Bubble, dengan pesanan berbunyi, “Jangan sentuh tangan Karina.” Tindakan itu sekaligus menunjukkan tahap sensitiviti segelintir peminat terhadap interaksi melibatkan idola mereka.
Tidak mengambil masa lama, aktor berkenaan segera memberikan klarifikasi. Menurutnya, beliau tidak menyentuh tangan Karina seperti yang didakwa, sebaliknya hanya menggaru jarinya sendiri kerana berasa gatal ketika sesi foto berlangsung. Penjelasan tersebut dibuat bagi meredakan salah faham yang semakin berpanjangan.
Selepas kenyataan itu dikongsikan, ramai pengguna media sosial menonton semula video asal dalam versi penuh dan mendapati gerakan yang dipersoalkan itu berkemungkinan besar hanyalah pergerakan jari secara pantas, bukannya tindakan seperti yang ditularkan.


Sementara itu, di media sosial ramai warga internet memberikan reaksi berbeza-beza terhadap isu tersebut. Ada yang menganggap ia bukan isu besar, ada yang merasakan respons aktor itu sedikit janggal, dan tidak kurang juga yang menyifatkan kontroversi ini sebagai sesuatu yang terlalu dibesar-besarkan.
Malah, segelintir netizen berpendapat klip video yang dimainkan secara loop serta versi slow motion membuatkan situasi itu kelihatan pelik walaupun hakikatnya mungkin sekadar salah faham.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

