Rapper grup Big Bang, T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun akhirnya tamat menjalani servis mandatorinya dan kini kembali sebagai netizen.
Dia kemudiannya memuat naik satu kenyatan menerusi laman Instagramnya, sempat meminta maaf kepada semua peminat atau dikenali sebagai VIP.
“Walaupun saya tidak berbangga dengan diri saya, ingin sekali saya memohon maaf sedalam-dalamnya kepada semua peminat yang membazirkan masa dan tenaga untuk berkongsi momen ini bersama saya.
“Saya akan muhasabah diri dan juga membalas segala kesakitan dan kekecewaan yang disebabkan oleh saya. Sekali lagi, terima kasih.
A post shared by T.O.P (@choi_seung_hyun_tttop) on
Ads
Kenyataan T.O.P itu disambut baik oleh para peminatnya yang kebanyakkannya sama-sama mendoakan buku baru yang dibuka oleh penyanyi tersebut.
Ads
Sebelum ini, T.O.P menjalankan khidmat negaranya sebagai seorang polis pada Febuari 2017 namun dia ditamatkan perkhidmatan setelah skandal dadahnya tersebar.
Bagaimanapun, pada Januari 2018, dia memulakan servis mandatori sebagai pekerja awam di sebuah muzium dan tamatkan perkhidmatannya pada Julai 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada zaman ini, terdapat pelbagai produk makanan berasal dari luar negara yang dijual di Malaysia. Dengan kemasukan banyak produk makanan dari Jepun dan Korea, maka muncullah kedai-kedai yang menjual barangan keluaran negara mereka sahaja.
Persoalannya, sebagai seorang pembeli yang beragama Islam; kadangkala kita gusar dengan kandungan yang ada pada produk makanan tersebut kerana tidak memahami oleh kandungan yang dipapar pada pek bungkusan snek kerana ia menggunakan bahasa asing yang tidak kita fahami.
Bukan saja soal halal saja yang jadi isu, malah sekiranya jika ada bahan yang membuatkan kita alah pun kita tidak akan mengerti.
Sekiranya berlaku sebarang masalah, adakah tukang import yang membawa masuk ke Malaysia yang akan bertanggungjawab?
Kongsi Public Health Malaysia, lambakan snek yang diimport dari Jepun, Korea dan China yang dijual di pasaran Malaysia tetapi tidak mempunyai label dalam bahasa Melayu atau inggeris sebenarnya adalah satu kesalahan di bawah akta Makanan 1985.
Jika ada peniaga yang menjual produk sebegini, pengguna boleh melaporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan berhampiran. Di sini, peniaga boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Hmm, rasanya ramai yang baru tahu tentang akta ini kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pandemik Covid-19 terus menjadi punca kematian tertinggi di dunia dengan angka kini melebihi 3.125 juta kes.
Situasi di India sangat membimbangkan sekarang, negara penduduk paling padat dan ramai di dunia kini berdepan dengan serangan COVID-19 gelombang kedua.
Mencatatkan kes harian yang semakin besar membawa kepada jumlah terkumpul sebanyak 17.63 juta, paling membimbangkan dan kritikal ialah apabila bekalan oksigen di hospital dilaporkan semakin kehabisan.
Bukan setakat itu, usaha kerajaan dalam menangani pandamik ini juga dinampak lemah apabila bekalan perubatan lain seperti katil juga semakin tiada menyebabkan ada pesakit terpaksa menerima rawatan di rumah dan mengambil ubatan daripada pasaran gelap yang mana harga satu silinder oksigen boleh mencecah lebih 50,000 Rupee (RM2,747.25) sedangkan harga pasarannya cuma sekitar 6,000 Rupee (RM329.67).
Paling sadis, urusan pembakaran mayat pesakit pula, ada keluarga yang terpaksa menunggu giliran sehingga berjam-jam lamanya.
Golombang kedua pandemik ini juga berlaku kerana kurang kesedaran masyarakat dan mentaliti pemimpin yang ada mengeluarkan kenyataan seperti dibawah.
‘tiada apa yang boleh dihentikan atas nama COVID-19 kerana kepercayaan kepada Tuhan dapat mengatasi rasa takut terhadap virus’.
Hasilnya jutaan rakyat India turun menyambut kerana percaya festival berkenaan bersih dan selamat untuk dihadiri dan India mengalami gelombang yang lebih parah.
Untuk info, data Johns Hopkins University juga meletakkan India negara kedua di dunia paling teruk terjejas akibat pandemik Covid-19 selepas Amerika Syarikat.
Allahu, moga baik-baik saja semua yang ada di India.
Itulah yang digambarkan oleh pihak pengurusan Zoo Negara apabila kedatangan pengunjung ke pusat tarikan itu meningkat 2 kali ganda kerana kucing jantan berwarna Jingga yang dikenali sebagai ‘Oyen’ tersebut.
Kucing tersebut yang tular sebelum ini kerana bersahabat baik dengan tikus gergasi capybara di situ ternyata mempunyai peminatnya sendiri apabila Zoo Negara melaporkan hampir 3,000 pelawat hadir setiap hujung minggu untuk melihatnya.
Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, kemunculan Oyen di zoo tersebut mendapat sambutan hangat sehingga lebih 50 peratus pengunjung datang ke pusat tarikan tersebut hanya untuk melihat Oyen. Wow…..superstar sangat!
“Oyen adalah star of Zoo Negara buat masa ini. Oyen datang pada tahun 2020 waktu PKP dan dia mula bermesra dengan Capybara, lama-kelamaan Oyen rapat hingga makan sekali dengan Capybara (dalam satu kawasan).
“Pada awalnya, Oyen agak liar, jadi saya minta kakitangan Zoo Negara bantu jinakkannya bagi memudahkan pihak zoo pantau keadaan kesihatannya.
“Setiap pagi, biasanya kakitangan akan semak najis untuk lihat normal atau sebaliknya. Begitu juga dengan wataknya (murung), kalau tak okay kita akan laporkan kepada veterinar untuk beri rawatan,” katanya kepada pihak media selepas majlis pemasangan papan tanda ‘Oyen’ di kandang capybara tersebut.
Menurut beliau juga, pihaknya turut berusaha untuk mencari pasangan buat Oyen agar kucing tersebut mempunyai anak.
“Buat masa ini saya juga berhasrat mencarikan pasangan Oyen, warna jingga juga supaya ada kesinambungan Oyen. Kita masih mencari-cari lagi pasangannya,” ujarnya.
Menjenguk ke reaksi warganet di media sosial berkaitan isu ini juga, rata-rata mengekspreskan rasa lucu dan gembira tentang pengkhabaran tersebut.
“Buat penat Zoo Negara bayar mahal-mahal sewa panda bagai, akhirnya kucing jalanan juga menjadi tarikan,” seloroh seorang warganet.
“Minggu lepas pun sesak nak masuk Zoo Negara sebab ramai sangat rakyat Malaysia nak tengok Oyen,” jelas pengguna lain.
“Mungkin Zoo Negara boleh buat inisiatif tempat perlindungan untuk kawan-kawan Oyen lain di luar sana,” komen pengguna lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Zoo Negara, Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang penganjuran konsert solo berskala mega tidak lama lagi, Ratu Rock Negara, Ella menegaskan dirinya tidak berasa tertekan walaupun konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang...