
Bibir merah semula jadi memang jadi idaman semua. Salah satu cara mudah dan selamat untuk dapatkan bibir merah adalah guna beetroot atau bit merah.
ARTIKEL BERKAITAN : 6 Fungsi ‘Tersembunyi’ Lip Balm, Salah Satunya Boleh Dijadikan Makeup Remover
Bibir Merah Semulajadi Dengan Lip Balm Beetroot, Ini Cara DIY!
Beetroot ni kaya dengan vitamin dan antioksidan yang bukan saja bagi warna merah semula jadi tapi juga menyihatkan bibir. Jom tengok langkah-langkah nak guna beetroot untuk merah kan bibir!

Bibir Kering, Gunakan Lip Balm Beetroot
Kalau ada mengalami bibir mengelupas, kering dan gelal, boleh cuba tip ini. Hanya guna lip balm dari beetroot.
Lagipun, semua orang tahu manfaat beetroot ini sangat bagus untuk kulit, berikan merah bibir semulajadi dan cerahkan kulit.
Bahan:
1. Hiris beetroot dan tumbuk atau parut.

2. Tapis airnya.
3. Kemudian, campurkan 2 sudu vasaline..
4. Kacau rata

5. Bila dah sebati, letakkan dalam bekas yang senang nak dibaw ke mana-mana.

6. Guna 3 kali sehari, nanti boleh lihat hasil nya, bibir tak kering dan semakin cerah.

Inilah rahsia bibir merah semulajadi, tak perlu nak guna produk lain pun.
Sumber: teamon (tiktok)
@teamon.jb Bulan puasa bibir kering merekah lepas tu hitam👄🫢.Boleh guna petua ni.This is for you.#bibirkering #petuakulitcantik #teamonskin ♬ original sound – TeamonJB
Manfaat Beetroot untuk Bibir
Beetroot dikenali mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan, termasuk untuk kesihatan kulit dan bibir.

- Kaya dengan Antioksidan: Beetroot mengandungi antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dan menjaga kesihatan kulit bibir.
- Sumber Vitamin dan Mineral: Vitamin C dan zat besi dalam beetroot membantu meningkatkan peredaran darah, memberikan warna merah semula jadi pada bibir.
- Melembapkan Bibir: Beetroot mempunyai kandungan air yang tinggi, sehingga membantu menjaga kelembapan bibir.
BACA LAGI : 6 Port Membaca Sambil “OOTD”, Wajib Kunjungi Gedung Ilmu Dengan Dekorasi Unik Ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mekap Sarah Suhairi Dipuji! Jurusoleknya Kongsi Trik ‘Perfect Complexion’ Untuk Gadis Sawo Matang

Menginjak ke fasa perkahwinan tentunya diimpikan oleh mana-mana gadis dan segalanya yang berlaku pada hari bahagia mereka itu ingin dilaksanakan dengan penuh kesempurnaan.
Itu termasuklah stail solekan yang dirias oleh jurusolek ke atas wajah ratu sehari agar seri pengantin terus terpancar dan berkekalan sepanjang majlis dilangsungkan.
Mengambil ilham daripada penyanyi dan juara Big Stage musim pertama, Sarah Suhairi yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan, Aswad Anuar pada 26 Julai lalu, REMAJA percaya ramai girls berkulit sawo matang yang terpesona dengan skin complexion dan solekan Sarah ketika majlis akad nikahnya.

Kekal dewy sepanjang hari, cukup rencahnya untuk kelihatan glamor tetapi masih tidak membayangi seri semula jadi Sarah sendiri; jurusolek pilihan Sarah iaitu Tysha (Instagram- @bettyshaaaa) kongsikan bersama REMAJA tip dan trik yang digunakannya untuk mendapatkan hasil sebegitu buat Sarah.
“Sarah adalah seorang insan yang ringkas. Dia tidak ada request untuk apa-apa look tertentu dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya.
“Oleh itu, saya hasilkan ‘soft shimmer bronzy look’ untuknya dengan rona gincu merah jambu dan perang kedam,” kata Tysha.

Bagi memperolehi litupan sempurna mekap pada wajah, Tysha menasihatkan agar korang memegang mantra ‘the lesser, the better’. Kongsinya, solekan Sarah ini sebenarnya tidak setebal disangka dan ia selesa untuk digayakan sepanjang hari.
Memandangkan konsep majlis akad nikah bertemakan outdoor, Tysha bermain dengan highlighter untuk menaikkan lagi efek dewy pada kulit Sarah. Ia ada trik penting jika korang ingin menggunakan finishing jenis semi-matte.
Berikut adalah 7 produk yang digunakan oleh Tysha ke atas wajah Sarah Suhairi untuk korang cuba kecapi efek solekan ‘soft shimmer bronzy look’ yang sama.


1. Haus Lab Foundation by Lady Gaga
2. Laura Mercier Translucent Powder
3. Huda Beauty Blush Filter bersama Nars Powder Blush
4. Pat McGrath Eyeshadow Palette
5. Make Over Lipstick bersama Tarte Lip Plump
“Rona ‘seasonal’ Sarah boleh dikategorikan sebagai rona-rona autumn yang hangat dan lembut (seperti coral) yang amat bersesuaian untuk kulit wajahnya.
“Oleh itu, saya mengikut rona seasonal Sarah itu tetapi saya ubah sedikit pada bahagian bibir di mana saya memilip gincu berwarna merah jambu agar personalitinya yang sweet itu lebih menyerlah,” kongsi Tysha lagi.

FOTO: Instagram @bettyshaaa
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Melebih, Tidak Kurang. Solekan Natural Julia Farhana Boleh Ditiru Dengan 5 Produk Ini – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Insya-Allah Saya Akan Kekal Istiqamah,” – Finalis Miss Universe Philippines 2021, Jasmine Umali Peluk Agama Islam

Memilih untuk menukar keyakinan agama bukanlah satu perkara yang boleh dibuat mainan. Berpindah kepercayaan daripada satu agama ke satu agama lain memerlukan kekuatan dan juga tawakal yang tinggi.
Terbaharu khabar dari dunia ratu cantik antarabangsa, finalis Miss Universe Philippines 2021, Jasmine Umali telah mengesahkan kepada umum bahawa dia kini merupakan seorang Muslimah dan telah rasmi memeluk agama Islam.

Dalam satu hantaran di laman Instagramnya dia memuat naik potongan ayat Al-Quran siap dengan kapsyen tertulis perkataan tawakul yang mana dalam bahasa melayu bermaksud tawakal. Seiring itu dia juga meletakkan di profil Instagramnya dengan pengenalan diri sebagai revert siap dengan emotikon wanita berhijab.
Untuk pengetahuan pembaca, revert bermaksud kembali kepada agama asal iaitu Islam. Dalam Islam sendiri umatnya percaya bahasa seluruh manusia pada asalnya beragama Islam namun masing-masing memiliki takdir dibesarkan dalam agama yang dianuti kedua orang tua. Oleh sebab itu apabila mereka memeluk Islam, saudara baru ini digelar revert iaitu kembali kepada fitrahnya.

Mengesahkan lagi desas desus pengislamannya, Jasmine melalui hantaran di Insta-Story berkata, “Wahai saudara Muslimku, terima kasih atas ucapan serta sambutan mesra anda, dan ada yang memasukkan saya ke dalam doa masing-masing. Alhamdulillah saya merupakan saudara baru dan InsyaAllah saya akan kekal istiqamah.”

Menyambung lagi isi hatinya dalam satu hantaran lain, wanita cantik berusia 25 tahun ini berkata, “Teruja untuk berkongsi penghijrahan saya kepada Islam dengan anda semua, Subhanallah.”

Tahun lalu, Jasmine merupakan salah seorang finalis Miss Universe Philippines 2021 dan berjaya menjadi peserta top 16 dari 28 orang yang mengambil bahagian.
Penyertaannya di dalam dunia ratu cantik bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Kedua-dua orang tuanya pernah menyertai dunia pageant dan mencipta nama masing-masing. Ayahnya, Vincent Pinto merupakan juara Manhunt International Philippines 1997 manakala ibunya, Mary Jane Umali merupakan menang tempat ketiga Mutya Ng Pilipinas 1989.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kavita Sidhu Pernah Menjuarainya 34 Tahun Lalu, Kini Giliran Rashmita Rasindran Bergelar Miss Charm

Ratu cantik Malaysia, Rashmita Rasindran tampil membanggakan negara apabila dinobat sebagai juara pertandingan Miss Charm 2024 yang melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu.
Bertempat di Nguyen Du Stadium dekat Ho Chi Minh City; Rashmita, 24 mengenepikan saingan terdekatnya dari Australia, Alana Deutsher-Moore yang terpaksa berpuas hati sebagai naib juara manakala wakil Vietnam, Nguyen Thi Quynh Nga pula bergelar pemenang tempat ketiga.


Sebaik sahaja terpilih sebagai 20 peserta terbaik, Rashmita tampak selesa beraksi dalam pusingan pakaian mandi dan gaun malam sebelum terpilih untuk menjadi sebahagian daripada 6 peserta terbaik.
Di pusingan soal jawab, Rashmita berjaya menyakinkan para juri profesional yang turut dianggotai oleh naib juara Miss Universe 2023, Antonnia Porxild dari Thailand dengan jawapannya.
Ia sekaligus melayakkan Rashmita untuk diangkat sebagai Miss Charm 2024 dalam kalangan 36 orang peserta yang bertanding.

Ulangi Kegemilangan Kavita Sidhu
Untuk rekod, kejayaan wakil Malaysia memenangi gelaran Miss Charm ini mengambil masa 34 tahun untuk direalisasikan.
Sebelum Rashmita, terdahulu pelakon dan model terkenal negara, Kavita Sidhu pernah mencipta sejarah sebagai Miss Charm International 1990 sebelum gelaran tersebut dijenamakan semula menjadi Miss Charm.


Bertempat di Leningrad (kini dikenali sebagai St Petersburg, Rusia), Kavita Sidhu bukan hanya memenangi gelaran Miss Charm International tetapi juga menjadi wakil Malaysia pertama yang menjuarai sesebuah pertandingan ratu cantik antarabangsa.
Beliau yang ketika itu berusia 19 tahun berjaya mengalahkan 32 peserta lain untuk merebut gelaran Miss Charm International. Dengan kebolehan komunikasi yang baik, kecantikan dan ketinggian yang dimiliki, pantas Kavita menjadi plihan sebagai juara dan mencipta namanya sendiri dalam dunia seni di Malaysia.

Menariknya selepas kemenangan Kavita, pertandingan Miss Charm International tidak lagi dianjurkan sehinggalah ia dijelmakan semula pada Februari 2023 dan dimenangi oleh wakil Brazil, Luma Russo.
Sehingga ke hari ini, Kavita kekal relevan dan jelita seperti dahulu kala malah diangkat sebagai ikon fesyen serta pejuang kemanusiaan. Adakah Rashmita Rasindran akan mengikuti jejak langkah cemerlang Kavita Sidhu? Sama-sama kita saksikan perjalanan beliau sepanjang bergelar Miss Charm 2024 tahun hadapan.
FOTO: Instagram Rashmita Rasindran dan Kavita Sidhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

