Bukan mudah untuk menjadi seorang insan bernama Shah Indrawan Bin Ismail atau lebih popular dengan nama pentas, Tomok.
Selain bergelar seorang suami kepada Siti Rahayu binti Abas dan ayah kepada dua orang putera iaitu Arrianshah Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5 tahun; Tomok juga aktif bergelar penyanyi dan kini sedang bertanding dalam pertandingan All Stars Gegar Vaganza yang menghampiri peringkat akhir.
Sibuk, bukan! Namun, kesibukan dalam kehidupan peribadi dan profesionalnya sama sekali tidak dijadikan alasan untuk Tomok tidak mengutamakan aspek pelajaran.
Tanggal 23 November 2023 pastinya akan kekal menjadi detik manis buat Tomok apabila akhirnya, jejaka berusia 39 tahun itu sekali lagi bergelar graduan universiti.
Kali ini, Tomok berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan kepujian daripada Universiti Utara Malaysia (UUM).
Ads
Ini berkat usaha Tomok sendiri bersama rakan-rakan selebriti lain yang mengikuti kursus pengajian tersebut secara pengajian jarak jauh (PJJ selama sembilan semester bermula 2015 hingga 2020.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai pencapaian Tomok dan rakan lain termasuklah Fattah Amin, Pekin, Amir Masdi, Aril Pilus dan Haziq AF yang menerima Anugerah Dekan UUM bagi semester terakhir mereka di sebuah majlis yang diadakan di ibu negara pada Oktober 2022.
Haa, kalau korang perasan Tomok bukan sekadar menyarungkan jubah konvokesyen tetapi juga selempang hijau dengan tenunan benang emas. Tapi apa simbolik di sebalik pencapaian tersebut?
Sebenarnya, syarat mendapatkan selempang hijau di UUM ini menyerupai syarat mendapatkan selempang Anugerah Naib Canselor (ANC) berwarna merah jambu popular di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Sekiranya pelajar UiTM perlu Anugerah Dekan pada setiap semester bagi pengajian sepenuh masa, di UUM pula, syaratnya tidaklah seketat di UiTM.
Pelajar UUM tidak diwajibkan untuk memperoleh Anugerah Dekan pada setiap semester untuk memperoleh selempang.
Ads
Sebaliknya, mereka sekurang-kurangnya perlu memperoleh keputusan CGPA terakhir bertaraf kelas pertama. Itu sudah cukup untuk melayakkan pengiktirafan tersebut. REMAJA difahamkan CGPA bertaraf kelas pertama di UUM adalah pada gred 3.67 dan ke atas.
Ini bermakna, pelajar UUM masih perlu pulun habis pada majoriti semester agar keputusan CGPA terakhir mereka mencukupi.
Fuh, hebatlah Tomok dapat catatan CGPA 3.67 ke atas!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan akhir Mac lepas, nama Gardenia sering disebut-sebut netizen kerana jualan roti tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat Malaysia.
Ramai yang berkongsi video di media sosial menunjukkan bahawa rak roti Gardenia telah kosong dalam beberapa minit sahaja, malah ada juga insiden rebut-merebut untuk gara-gara sebuku roti.
Memang dahsyat penangan Gardenia ni kan?
Disebabkan itu, seorang pemuda telah mengambil inspirasi untuk menghasilkan lukisan tangan dengan tema Gardenia pada sebuah kasut Nike.
Video penghasilan lukisan tangan ini turut dikongsi dalam laman YouTube uglyTv. Seni kreatif yang dimiliki oleh akeemxx ini bukan hanya kepada bidang lukis tangan, namun lelaki ini juga berbakat dalam seni graffiti.
Memang kreatif dan berbakat, korang juga boleh membuat tempahan daripada akeemxx, jika berminat dengan hasil tangan beliau.
Sempena bahagian terakhir saga Skywalker untuk filem Star Wars, dalam diam The Walt Disney Company (Malaysia) telah mencipta projek lagu istimewa yang melibatkan 2 orang penyanyi ini.
Penyanyi rap, SonaOne dan Alif telahpun melancarkan sebuah single yang mengambil inspirasi daripada filem tersebut.
Single berjudul Rise itu mengimbas kembali jalan cerita saga Skywalker. Lirik dan lagunya pula memang dicipta oleh kedua-dua artis tersebut.
“Sejuta tahun pun, kami tak akan terfikir yang genre Hip Hop dan Star Wars akan disatukan sebegini.
“Kami merasa terharu untuk menjadi sebahagian daripada projek ini dan berharap peminat filem Star Wars dapat menikmatinya. RISE!” KATA SonaOne dan Alif.
Cer dengarkan Rise di SPOTIFY dan beritahu kami komen korang mengenainya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya macam baru semalam kita menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah Kerajaan Persekutuan diperintah oleh gabungan parti yang lain. Dan pembentukan kerajaan baru ini pastinya sentiasa dinantikan oleh rakyat terutama golongan belia yang menaruh harapan sangat tinggi buat kerajaan ini.
Selepas kabinet teras dibentuk pada 18 Mei yang lalu, pada hari ini kerajaan Pakatan Harapan telah dilengkapkan dengan majlis Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang selebihnya di Istana Negara pada jam 11 pagi tadi.
Dulu Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah menerima senarai nama kabinet daripada Perdana Menteri Tun Mahathir pada 20 Jun yang lalu dan Baginda telah memperkenankan cadangan tersebut pada 22 Jun.
Antara muka-muka baru yang paling mendapat perhatian daripada golongan belia dan remaja ialah semestinya perlantikan Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan dan Hannah Yeoh (Timbalan Menteri Wnita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat).
Portfolio paling mendapat perhatian remaja pastinya Kementerian Belia dan Sukan. Tahniah YB Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman atas perlantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan
Majlis angkat sumpah pada hari ini yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara turut disaksikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Kami di REMAJA mengucapkan tahniah kepada semua pemimpian yang telah dipilih untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat. All the best YB semua!
Senarai Penuh Menteri & Timbalan Menteri
Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Abdullah
Menteri Wilayah: Khalid Samad
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan: Mohammad Din Ketapi
Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar: Yeo Bee Yin
Menteri Belia dan Sukan: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Darrell Leiking
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Industri Utama: Teresa Kok
Menteri Pembangunan Usahawan: Redzuan Yusof
Menteri Kerja Raya: Baru Bian
Menteri Air, Tanah dan SUmber Asli: Dr. A. Xavier Jayakumar
Menteri di JPM (Agama): Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
Menteri di JPM (Undang-undang): Datuk Liew Vui Keong
Foto ilustrasi: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!