Hey ARMY! Jungkook BTS secara rasmi telah memulakan perkhidmatan ketenteraan wajibnya pada hari ini, Selasa, 12 Disember 2023, bersama-sama dengan ahli kumpulannya, Jimin.
Sehari sebelum perkhidmatan tenteranya, ahli kumpulan BTS itu telah mengejutkan peminatnya apabila muncul sebagai virtual guest di TikTok Live Stage Charlie Puth.
Turut disaksikan peminat adalah duet nyanyian daripada mereka dengan membawakan lagu ‘Left and Right’.
Buat makluman, ini adalah penampilan terakhir Jungkook sebelum memulakan perkhidmatan tenteranya hari ini.
Maka tidak hairanlah apabila hari ini, penyanyi terkenal Hollywood, Charlie Puth memuatnaik ucapan selamat tinggalnya kepada Jungkook yang secara tidak langsung mencerminkan persahabatan akrab mereka berdua.
Ads
Secara khusus, bintang pop Amerika itu menulis, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jungkook kerana menjadi bintang tamu di perkongsian LIVE TikTok saya semalam.
“Ini adalah momen yang sangat meninggalkan kesan bagi saya – dari mula kita berjumpa untuk melakukan cover song bagi WDTA, hingga pertama kali tampil bersama pada tahun 2018, dan kini dia membuat penampilan terakhirnya bersama saya!
“Saya merasa sangat beruntung dan tidak sabar untuk tampil bersamanya lagi di masa akan datang. Terima kasih kepada BTS dan ARMY untuk segala sokongan dan kasih sayang yang diberikan. Saya akan segera bertemu anda JK,” jelasnya.
Ads
I want to thank Jung Kook for joining us on stage virtually last night. It is a very full circle moment- from discovering his WDTA cover, to performing together in 2018 for the first time, and he wanted his final performance was with me! I feel very lucky and I can’t wait to…
Sekadar info WDTA merujuk kepada lagu Charlie Puth berjudul We Don’t Talk Anymore, manakala ARMY merujuk kepada peminat-peminat BTS.
Bagi mereka yang kurang maklum, Jungkook merupakan peminat tegar Charlie Puth sejak awal kerjayanya, dan menerusi cover lagu ‘We Don’t Talk Anymore’ oleh beliau, namanya mula mendapat perhatian dari peminat di Amerika.
Ads
Pada tahun 2018, Jungkook dan Charlie Puth berkesempatan membawakan lagu ‘We Don’t Talk Anymore’ bersama di MBC Plus X Genie Music Awards 2018, dan bermula dari situlah terjalinnya persahabatan yang kukuh antara dua penyanyi tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Koreaboo, Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
It’s a girl! Selepas melalui detik duka kehilangan anak sulung tahun lalu, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dan isterinya, Fatin Athira Mustapa, akhirnya berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Momen penuh bermakna itu terdedah apabila Noh memuat naik semula hantaran rakan-rakan di Instagram Story, yang memaparkan suasana majlis gender reveal pasangan ini.
Dalam video berkenaan, suasana bertukar meriah apabila asap dan kertas berwarna merah jambu dilepaskan ke ruang acara. Noh jelas begitu teruja – siap melompat kegembiraan! Sementara itu, Fatin yang tampil anggun bergaun putih tersenyum manis di sisi suami tercinta, meraikan berita istimewa ini bersama.
Kalau imbas kembali, pada September tahun lalu, Noh pernah berkongsi kisah pilu di Instagram apabila kehilangan anak sulung mereka yang diberi nama Julian. Dalam catatan penuh emosi, Noh menceritakan bagaimana mereka berjuang memastikan kandungan sihat, namun takdir Allah lebih dahulu menjemput anak kecil itu.
Noh mendirikan rumah tangga dengan Fatin pada September 2023. Sebelum itu, beliau pernah berkahwin dengan penyanyi Mizz Nina pada 2011 sebelum berpisah pada Ogos 2022. Hasil perkahwinan terdahulu, mereka memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa, yang kini menjadi penyeri keluarga.
Kehadiran bakal puteri kecil ini semestinya memberi sinar baru buat Noh dan Fatin. Dari sebuah kehilangan, kini mereka bangkit dengan harapan baru. Baby girl yang bakal lahir nanti bukan saja pengikat kasih sayang, tetapi juga anugerah terindah buat mereka sekeluarga.
Remaja mendoakan agar proses kehamilan Fatin berjalan lancar dan pasangan ini dipermudahkan urusan menyambut cahaya mata perempuan yang bakal hadir. Tak sabar nak tengok wajah baby girl comel pasangan ini nanti! 💖
Episod pertama drama Korea terbaru di KBS 2TV, Homemade Love Story telah pun menemui penonton pada malam Sabtu yang lepas.
Menurut Nielsen Korea, drama tersebut mencatatkan purata rating sebanyak 19.9 peratus dan 23.3 peratus untuk dua bahagiannya, sekali gus menjadikan Homemade Love Story menjadi drama yang merekodkan paling banyak ditonton pada malam tersebut.
Lakonan Lee Jang Woo dan Jin Ki Joo ini mengisahkan tentang dua orang arkitek dan interior designer yang sering berselisih pendapat kerana mempunyai perbezaan perspektif.
Lee Jang Woo sebagai Woo Jae Hee
Episod drama ini juga berjaya memperoleh jumlah penonton yang lebih tinggi daripada kutipan yang pernah diperoleh oleh drama hit sebelumnya, Once again pada slot waktu yang sama.
Once Again
Sementara itu, drama SBS Alice dan Channel A, Lie After Lie memperoleh peningkatan penonton yang ketara daripada episode sebelumnya. Alice mencatatkan purata rating sebanyak 7.4 peratus dan 9.6 peratus untuk dua bahagiannya, manakala Lie After Lie memperoleh skor purata 4.2 peratus di seluruh negara.
Drama TVN pula mencatatkan purata rating sebanyak 6.8 peratus di seluruh negara pada malam tersebut.
Jangan lupa untuk saksikan Homemade Love Story setiap Sabtu dan Ahad untuk menyaksikan episod seterusnya.
Pemilihan makanan sihat mempengaruhi gaya hidup seseorang individu itu, sama ada ingin mengamalkan kehidupan sihat atau pun sebaliknya. Untuk memastikan badan kita kekal fit dan cergas. Maka, untuk itu korang kenalah mengamalkan diet yang seimbang.
Nak sediakan resipi eat clean ni sebenarnya tak susah pun. Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mohammad Ridzwan Zamani ada berkongsi beberapa resipi perapan yang korang boleh sediakan dengan mudah.
Jelasnya, bahan perapan ini boleh dibuat sekali gus untuk seminggu dan ia sangat sesuai bagi orang bujang yang bekerja untuk menyediakannya.
Pada awalnya, kos yang diperlukan agak mahal kerana perlu membeli bahan rempah untuk perapan. Namun, Ridzwan juga menjelaskan bahawa rempah-rempah tersebut boleh tahan sehingga satu ke dua bulan. Untuk mingguan pula, korang hanya perlu membeli protein seperti ayam, daging atau ikan. Jadi, bajetnya sudah tidak terlalu mahal.
Jom kita lihat antara resipi ringkas yang boleh disediakan dan paling penting ia lebih sihat dan tetap sedap. Hiks!