Women cannot play 007 because it wouldn’t satisfy men’s wish-fulfillment fantasy!
Pelakon, Lashana Lynch dilaporkan akan menjadi ejen 007 yang baru di mana dia ditugaskan untuk menjejak James Bond dan membawanya keluar daripada persaraannya.
Bagaimanapun, kelihatan ramai yang tidak bersetuju dengan pelakon tersebut malah ada yang mengatakan bahawa wanita tidak boleh menjadi ejen 007. Untuk pengetahuan, ejen yang mempunyai pangkat 00 mempunyai lesen untuk membunuh sewaktu bertugas di lapangan.
Turut sama tidak bersetuju adalah pengulas politik, penulis dan juga peguam, Ben Shapiro yang menyifatkan pengambilan Lashana sebagai ejen 007 adalah mengarut.
“Ada satu filem ini menunjukkan seorang wanita yang beratnya 130 pound dan basah boleh menewaskan lelaki yang beratnya 200 pound yang juga seorang yang fit. Ini sangat mengarut!
“Antara satu benda mengenai siri Bond ini adalah Daniel Craig yang kononnya bahawa dia boleh belasah semua orang, jadi sekurang-kurangnya ada part dalam movie itu munasabah.
“Kemudian ada lagi satu aspek dimana Bond adalah berkisar tentang senjata api dan wanita. Bila kita bercakap mengenai goadaan wanita, ada banyak perbezaan antara wanita dan lelaki.
“Saya tidak akan sentuh bahagian LGBT kerana saya tidak tahu sama ada karakter itu akan berkisarkan tentang LGBT ataupun tidak. Marilah kita menganggap dia tidak untuk sementara ini.
“Marilah kita hanya menganggap bahawa dia hanya seorang wanita kulit hitam, James Bond versi wanita dimana dia akan meniduri lelaki kacak. Itu tidak langsung akan memenuhi kehendak lelaki yang menonton filem Bond kerana kebanyakkan peminat filem ini adalah lelaki. Jadi,melainkan kamu memindahkan watak, ini semua tidak masuk akal!
“Selain itu, di bahagian penceritaan pula juga tidak masuk akal kerana cabaran untuk James Bond juga akan menjadi seksis. Antara perkara menarik mengenai siri Bond adalah bagaimana kisah James Bond itu sendiri yang menghadapi halangan dan cabaran di setiap filem.
“Setiap filem, akan ada wanita yang membuatkan Bond jatuh cinta dan juga di mana di hujung kisah, Bond akan dapat wanita tersebut. Ini menjadikan dia sebagai idol kepada semua lelaki di luar sana, yang ingin menggoda wanita cantik namun tidak berupaya untuk berbuat demikian.
“Jadi, katakanlah seorang wanita cantik yang melakonkan watak James Bond seperti Lashana Lynch dan dia akan menggoda lelaki kacak, adakah ia akan menjadi sukar? Kerana lelaki dan wanita adalah berbeza,” katanya dalam sebuah program radio The Daily Wire.
Anda mungkin berminat dengan
Ternyata, komennya itu mendapat respon negatif daripada netizen. Ramai yang mengatakan bahawa dia hanyalah bersikap rasis.
Selain Bond 25 yang bakal ditayangkan tahun hadapan, Lashana juga turut terlibat dalam filem Captain Marvel melakonkan watak Maria Rambeau.
∞
Dr. Amalina Bakri sering mendapat perhatian di media sosial kerana kejayaannya sebagai ahli perubatan di luar negara menarik perhatian dan rasa bangga oleh masyarakat di Malaysia.
Terbaharu, pakar bedah ini telah menerima penghargaan dalam kategori profesion di UK Women of the Future Award 2021 dan memuat naik gambar bersama suaminya di majlis penganugerahan itu.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Dr. Amalina berbesar hati menerima anugerah itu dan berasa rendah diri kerana dikelilingi wanita-wanita muda dari Britain yang hadir dalam pelbagai bidang.
“Saya amat berbesar hati menerima anugerah ‘Highly Commended’ dalam kategori Profesion di 🇬🇧 UK Women of the Future Award 2021. Saya berasa sangat rendah hati kerana dikelilingi oleh ramai wanita muda di Britain, peneraju dalam bidang perubatan, undang-undang, teknologi, sains, kejuruteraan, sukan, dan banyak lagi. Tahniah kepada finalis dan pemenang lain, anda semua adalah wira-wira!” jelas beliau.
Rata-rata pengikut di laman instagramnya turut berasa bangga dan mengucapkan tahniah atas pengiktirafan yang diterima ini.




Kami di Remaja juga ingin mengucapkan tahniah buat Dr. Amalina Bakri dan semoga kejayaannya ini dapat memberi semangat buat anak muda di Malaysia untuk lebih terus berjaya dan kecapi impian mereka.
Sumber: (1)
∞
Sejak ‘membuat hal’ sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dek konsep video muzik lagu raya di luar kotak, usahawan kosmetik dan produk kecantikan, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat lebih gemar menghalakan fokus kepada bidang perniagaan.
Selain kemunculan sekali-sekala menerusi sesi Instagram Story, tidak banyak kontroversi yang dicetuskan beliau selama beberapa bulan kebelakangan ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Teguran Sahur Menteri Hal Ehwal Agama Buat Aliff Syukri, Minta Padam Video ‘Kelepok Raya’ – REMAJA
Begitupun, beliau nampaknya sekali lagi menjadi tumpuan warganet pada hari ini.
Ia setelah beliau memuat naik satu hantaran video iklan baru yang digambarkan dengan perbuatan berbaur lucah.
Iklan yang difahamkan ingin mempromosikan produk tudung terbaru milik isterinya, Datin Nur Shahida Mohd Rashid itu menampilkan pasangan itu di atas katil.
Namun, bukan lokasi ia dirakam yang menjadi persoalan warganet. Apa yang kurang disenangi orang ramai adalah apabila gerak-geri Aliff dalam video tersebut menyerupai perbuatan onani yang tidak sesuai untuk tontonan umum terutamanya kanak-kanak di bawah umur.
Ibarat sudah dapat menjangkakan dirinya bakal terjerumus dalam satu lagi kontroversi negatif, Aliff menerusi ruangan kapsyen sedari awal menulis, “Tolong jangan fikir yang bukan-bukan tengok sampai habis.”
Aliff rupa-rupanya sedang bermain alat muzik ukelele di bawah cadar katil; namun gambaran yang bermain di minda penonton langsung tiada kaitan dengan motif sebenar iklan tersebut dirakam iaitu untuk mempromosikan produk tudung.
Tidak terkecuali mengecam Aliff di ruangan komen ialah ibu Aliff sendiri, bonda Rozita Ibrahim yang memarahi usahawan tersebut.
“Bongok sangat iklan kau.. apalah kau ni Kri (Aliff) oii,” catatnya.
Haih, macam-macam ya Datuk! ‘Terlebih kreatif’ betul dalam strategi pemasarannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Hari ini bumi Mesir basah dengan air mata terutama dari golongan fakir miskin yang menangisi pemergian doktor yang banyak memberi bakti khidmat secara percuma buat golongan ini.
Doktor yang cukup dikenali sebagai “doktor fakir miskin” di kalangan rakyat Mesir disahkan meninggal dunia hari ini akibat sakit tua.
Sepanjang hayatnya lebih 50 tahun bergelumang dalam profesion mulia ini, Dr Muhammad Misyali cukup dikenali ramai. Mungkin ramai tidak percaya tetapi dia mencurahkan ilmu dan tenaganya secara percuma untuk membantu golongan susah. Malah siap memberikan mereka duit lagi bagi mereka yang tidak berkemampuan. Paling tinggi kos rawatannya hanya 10 junaih Mesir bagi pesakit yang berkemampuan.


Dr Muhammad Misyali dari Mesir dikenali sebagai doktor fakir miskin. Beliau ialah lepasan Fakulti Perubatan tahun 1967 yang mendapat pangkat pertama dengan markah 99.3%..
Sejak 50 tahun, Dr Muhammad Misyali memberi rawatan percuma kepada pesakit yang fakir miskin di klinik beliau yang terletak di Tanta. Malah, beliau turut memberi wang kepada mereka untuk membeli ubat-ubatan. Bagi pesakit yang berkemampuan, beliau hanya mengambil bayaran sebanyak £10.00 (10 junaih Mesir) daripada mereka..
Setiap hari, kelihatan puluhan pesakit berkumpul di klinik beliau yang agak sederhana. Dr Muhammad bekerja merawat ramai pesakit selama 10 jam sehari bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 petang..
Beliau tidak mempunyai kenderaan apatah lagi telefon bimbit. Setiap hari beliau berjalan kaki dari rumah ke klinik walaupun ketika ini usia beliau sudah pun mencecah 80 tahun..
Pernah seorang hartawan dari Negara Teluk menyumbang sebanyak USD20,000.00 kepada Dr Muhammad setelah mendengar kisah beliau. Malah hartawan itu menghadiahkan sebuah kereta dek simpati dengan keadaan beliau.

Namun, setahun kemudian, ketika hartawan itu melawat Mesir, beliau mendapat tahu yang Dr Muhammad menyumbangkan kesemua wang tersebut kepada pesakit-pesakit yang fakir miskin. Beliau juga menjual kereta yang dihadiahkan itu untuk membeli peralatan perubatan yang digunakan untuk merawat pesakit secara percuma..
Dr Muhammad Misyali berkata, “Selepas saya graduasi, saya mendapat tahu yang ayah saya mengorbankan semua duit kos rawatan beliau supaya saya dapat jadi doktor. Sejak itu, saya berjanji dengan Allah yang saya takkan ambil satu sen pun daripada pesakit yang fakir miskin.”
∞