
Berani eh cakap perempuan blur..!
Hehe, tak semua perempuan macam tu okay. Dan tak semua lelaki tu ‘cepat tangkap’ apa yang cuba untuk disampaikan oleh seseorang.
Bila sebut tentang hint ni, kita selalu terdengar bagaimana seseorang itu lambat pick up atau dalam bahasa senangnya, Lam-Pi. Bukan sengaja mereka tersangkut dalam keadaan itu, tetapi kadangkala ada orang yang memerlukan masa untuk menangkap maksud seseorang.

Terutamanya jika korang bertemu dengan seseorang yang baru. Sekali dia bagi gerakan tangan untuk lakukan sesuatu, takkan lah dia nak harapkan kita faham yang dia cuba sampaikan – betul tak?
Bagaimanapun, dalam situasi bersama finalis Dewi Remaja 2018/2019, mereka semua telah menginap bersama sejak 2 bulan lalu lagi. Hhm, takkanlah still blur dengan kawan masing-masing.
Kami dan Astro Circle cabar mereka dalam satu permainan Charade. Kita tengok siapa yang cepat tangkap clue yang diberikan!
Congrats TEAM 2!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Neelofa Kini Ada Aplikasi Sendiri, Beri Bayangan Ciri-Ciri “TheNoor” Di Laman Sosial

Jika sebelum ini, ramai yang fobia dan memadam aplikasi yang tular mengenai kononnya pihak ketenteraan Amerika Syarikat telah membeli data pengguna sebuah aplikasi mobile Islamik, iaitu Muslim Pro.

Rentetan daripada itu, Noor Neelofa seorang pengacara, usahawan terkenal dan juga Dewi Remaja tahun 2009/10 sebelum ini telah memberikan petanda yang mana beliau bakal hadir dengan sebuah aplikasi tersendiri, dinamakan TheNoor. Kini, lanjutan daripadanya, Neelofa turut memperlihatkan ciri-ciri yang bakal dibawakan melalui aplikasi tersebut.
Daripada demo ringkas yang dikongsikan di laman instagram miliknya, ia menunjukkan yang mana aplikasi TheNoor akan menyertakan pemain al-Quran untuk anda mendengar bacaan al-Quran dan turut mengakses kepada terjemahan. Menariknya, pengguna turut boleh menghubungkan ia kepada sistem inforia pada kenderaan, dan mendengar ketika memandu.
Disamping itu, pengguna turut boleh mengakses kepada bahagian waktu solat untuk melihat waktu solat semasa, disamping mengakses melihat arah kiblat dan melihat senarai tempat solat berhampiran.

Aplikasi TheNoor ini dijangka ditawarkan secara percuma, dan bebas daripada iklan – sekaligus ingin menjadi aplikasi gaya hidup muslim.
Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya masih tidak diketahui lagi. Dengan perkongsian pelbagai informasi berkenaan dengannya, kita boleh menjangkakan aplikasi ini dilancarkan tidak lama lagi.
Adakah aplikasi “TheNoor” ini mempunyai fungsi seakan sama dengan Muslim Pro? Kita nantikan jela nanti okay.
SUMBER : Instagram NEELOFA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiga Kali Hadir Uji Bakat Dewi Remaja, Naina Zalee Tidak Mahu Patah Semangat

Sesi uji bakat pencarian Dewi Remaja 2022 kini berada di Pulau Pinang, dan sejak pagi tadi kami menerima ramai peserta yang bersemangat demi mengejar impian mereka untuk bergelar finalis Dewi Remaja tahun ini.
Untuk pengetahuan korang, kami tidak menghadkan penyertaan kepada peserta yang pernah menghadiri sesi uji bakat, malah kami berbesar hati untuk menerima finalis top 20 yang pernah disenarai pendek sebelum ini.
Naina Zalee merupakan Top 20 Dewi Remaja 2018/19 yang sekali lagi hadir pada sesi uji bakat di Pulau Pinang kali ini dengan semangat baharu dan tampil lebih yakin. Sebelum ini, Naina juga pernah menghadiri uji bakat Dewi Remaja 2019 dan agaknya apa yang membuatkan gadis berusia 24 tahun ini tidak berputus asa untuk menyertai buat kali ketiga?
“Saya memilih untuk datang ke casting dewi remaja pada kali ini adalah kerana saya ingin terus mencuba selagi tiada had yang menghalang progress sebagai anak seni. Persediaan saya untuk penyertaan saya sangat tinggi kerana saya memilih untuk menyertai program ini untuk kesekian kalinya di mana ianya memerlukan banyak praktikal dan juga mental yang kuat,”
“Kelainan yang saya pilih untuk menyertai ujibakat dewi remaja kali ini bukan sahaja dalam bidang peragaan yang ingin ditonjolkan, malah dalam bidang pengacaraan dan juga lakonan. Selain itu, ujibakat yang bertempat di Pulau Pinang memberi saya kelebihan untuk menyertai ujibakat pada musim kali ini di mana tempat yang diadakan adalah berdekatan dengan kediaman saya,” jelasnya.
Namun begitu, nasib tidak menyebelahi Naina apabila dia hanya berjaya ke peringkat ketiga namun tidak berjaya untuk disenarai pendek menjadi finalis tahun ini.
“Juri berpendapat bahawa saya perlu perbaiki cara/gaya pengacaraan saya dengan lebih baik lagi kerana banyak kekurangan dari segi persediaan yang kurang memberangsangkan pihak juri. Perancangan saya selepas ini adalah untuk teruskan lagi langkah percubaan seterusnya di dalam bidang ini. Saya ingin memperluaskan bakat saya dalam bidang-bidang baru seperti lakonan dan pengacaraan,”
“Oleh itu, saya juga berpendapat bahawa menimba ilmu dalam bidang tersebut adalah persiapan terbaik sebelum memulakan karier tersebut. Saya percaya atas usaha yang berterusan, rezeki akan datang sama ada lambat atau cepat,”
“Terima kasih kepada juri-juri ujibakat dewi remaja pada kali ini atas perkongsian ilmu dan peluang yang diberikan kepada saya pada kali jni. Tak lupa juga kepada petugas ujibakat dewi remaja yang tak lekang dengan senyuman dan sokongan sepanjang ujibakat berlangsung. Mereka juga banyak memberi kata sokongan dan bantuan kepada saya dan peserta yang lain sepanjang ujibakat berlangsung pada hari ini,” tambah Naina lagi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perempuan Mudah Lupa?! Jom Kita Test Memori Dewi Remaja

Korang tahu tak, kebolehan memori lelaki dan perempuan sebenarnya berbeza…?
Haa, mesti ramai yang tak tahu kan.
Mengikut kajian berasaskan brain scan technology yang dilakukan oleh pakar, mereka dapati lelaki dan perempuan bukan saja berbeza dari segi fizikal, malah emosi dan kebolehan berfikir juga ada perbezaan walaupun sedikit.
Okay, sabar sabar!
Kami tahu korang akan pertahankan jantina masing-masing.

Menurut mereka, jika lelaki dan perempuan diberikan IQ Test yang sama, kedua-dua jantina boleh mencapai keputusan yang sama. Biasalah kalau ada pelajar lelaki dan perempuan paling pandai di dalam kelas.
TETAPI, lelaki dikatakan lebih berkebolehan untuk mengingati instruction seperti arah jalan raya. Manakala perempuan pula berkebolehan untuk mengingati peristiwa penting. Patutlah perempuan mudah ingat hari lahir dan ulang tahun.
Pendek kata, lelaki mudah mengingati jika ia melibatkan pergerakan fizikal dan praktikal manakala perempuan mempunyai memori hebat jika sesuatu itu melibatkan pembacaan dan percakapan. Sebab tu perempuan ingat apa je segala nasihat yang ibu korang sampaikan. Hehe…
Kami cuba lakukan cabaran ketiga bersama Dewi Remaja yang melibatkan MEMORI. Jom tengok sama ada skil mereka hebat tak.
P.S: Boleh tak kita uji juga memori Safwan Nazri ni, barulah fair!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

