Setiap kali demam, kita akan cari Panadol (biarpun ia adalah satu jenama seperti Colgate tetapi kita sudah terbiasa menyebut paracetamol sebagai panadol). Sekali makan, sekurang-kurangnya dua biji sekali makan, konon bagi menghilangkan kebah panas badan.
Kemudian wujud mitos pil paracetamol ini tak akan hadam dalam perut untuk satu tempoh agak lama iaitu 5 tahun. Ada lain kata-kata lain bahawa paracetamol sememangnya tak baik untuk kesihatan tubuh.
Setiap ubat ada kebaikannya jika dimakan dengan betul seperti disarankan oleh doktor. Namun boleh menjadi mudarat kalau digunakan dengan berlebihan. Ini samalah dengan ubat batuk. Elok jika ikut dos tetapi kalau berlebihan boleh jadi lalok dan digunakan oleh kebanyakan penagih dadah bagi menghilangkan ketagihan mereka.
Jika paracetamol dimakan berlebihan, ia boleh jadi mudarat- pix internet
Sebelum mempercayai semua fakta dan auta tentang paracetamol, baca penerangan yang tulis oleh pegawai farmasi, Mohd Dziehan Mustapa mengenai paracetamol ini seperti di syer dalam entri facebooknya.
Satu pertanyaan berbunyi, ADA ORANG TANYA, BETUL KE MAKAN PARACETAMOL (UBAT DEMAM) NI AKAN ROSAK HATI?
Jawapannya : YA, jika makan lebih daripada yang disarankan.
Dos yang disarankan (demam biasa)?
Jawapan: Dewasa: 1g (500mg tab x 2biji) setiap 6 jam
[Max dos:4g sehari]
Ads
Kanak-kanak: Rujuk lampiran sebab kanak-kanak dos ikut berat badan begitu juga max dos dalam sehari.
Dos yang bagaimana boleh merosakkan hati?
Jawapan: Dos minimun yang boleh menyebabkan kesan toksik paracetamol adalah:
Dewasa: 7.5-10g dalam 1 dos (1 pengambilan)
Kanak-kanak (1-6tahun): 200mg/kg dalam 1 dos (1 pengambilan)
Perut membusung adalah tanda seorang itu mengidap penyakit hati
Habis tu kenapa ada orang kata makan paracetamol 8 biji sehari boleh rosak hati?
Ads
Jawapan: Mungkin orang itu bukan Ahli Farmasi atau Doktor Perubatan . Atau mungkin juga orang itu salah faham. Kita (dewasa) makan paracetamol ikut dos yang disarankan adalah 1g iaitu 500mg tablet x 2biji sebagai 1 dos (1 pengambilan).
Dos (dewasa) min yang boleh menyebabkan kesan toksik adalah 7.5-10g iaitu 500mg x 15 biji hingga 20 biji sebagai 1 dos (1 pengambilan). Mana ada orang yang makan 15-20 biji paracetamol sebagai 1 dos atau 1 pengambilan? Kecuali individu itu ada niat lain jika makan banyak begitu.
Habis tu En. Dziehan kalau makan paracetamol 2 biji setiap 6 jam tidak menyebabkan kesan toksik pada hati kita?
Jawapan: TIDAK. Sebab ikut dos yang disarankan. Badan kita bukan macam TONG atau BALDI. Ubat yang kita makan tidak berkumpul dalam badan kita. Setiap ubat akan melalui proses metabolisma dan dikumuhkan keluar daripada tubuh kita. Untuk paracetamol ia di-matabolisma oleh enzim hati kita dan dikumuhkan keluar daripada badan kita melalui urin (air kencing).
Hati-hati dengan dos yang dimakan kerana jika berlebihan boleh merosakkan organ dalaman
Berapa lama proses ini berlaku?
Ads
Badan kita ambil masa 1-3jam (elimination half life) untuk mengurangkan kepekatan paracetamol dalam darah kepada 1/2 daripada kepekatan asal yang diserap oleh tubuh.
Hmmmm nampak tak…inilah ilmu yang kita panggil sebagai ‘pharmacokinetics’. Ahli farmasi belajar subjek ini. Sebab itu kami lebih memahami perkara-perkara berkaitan Ubat-ubatan ?
Maka setakat makan 2 biji (1g) paracetamol tidak menyebabkan kerosakan hati. Dalam 1-3 jam kepekatan 1g paracetamol yang diserap oleh tubuh akan menjadi separuh kerana proses metabolisma. Kesan toksik berlaku apabila ubat berada dalam kepekatan tinggi dalam tubuh dalam satu jangka masa yang tertentu dan kekuatan ubat tersebut.
Maka sekarang CLEAR tak berkaitan FITNAH PARACETAMOL yang digembar gemburkan kononnya beri kesan toksik kepada hati pada dos biasa. Ingat, SALAH INFORMASI itu…saya dah terangkan paling ringkas yang boleh berdasarkan informasi yang sahih.
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Organisasi Miss South Africa baru baru ini telah mengejutkan dunia ratu cantik apabila mengumumkan pemenang Miss South Africa 2021, Lalela Mswane yang juga pemenang tempat ketiga Miss Universe 2021, bakal mewakili negara tersebut ke pertandingan Miss Supranational 2022 yang bakal berlangsung di Poland pada Julai akan datang.
Dalam pengumuman yang dilakukan di laman Twitter organisasi berkenaan, tertulis, “Kami sangat teruja untuk mengumumkan yang Miss South Africa 2021, Lalela Mswane akan mewakili negara ke edisi ke-13 Miss Supranational 2022 di Poland. Sama-sama kita menyokongnya seiring dengan kembalinya dia ke pentas antarabangsa.”
Keputusan untuk menghantar Lalela ini sebenarnya mengejutkan segelintir pageant lovers kerana sebelum ini kebiasaannya wakil ke Miss Supranational dipilih dari pemenang tempat kedua atau ketiga Miss South Africa.
Misalnya pada tahun 2020, pemenang tempat pertama dihantar ke Miss World, pemenang tempat kedua dihantar ke Miss Supranational dan pemenang tempat ketiga dihantar ke Miss Universe. Tiga pemenang utama mendapat peluang mewakili negeri masing-masing.
Namun tahun ini nampaknya organisasi Miss South Africa mengambil strategi berbeza. Dan organisasi menjelaskan, “Pandemik Covid-19 telah memaksa banyak acara untuk ditangguhkan, dan ini telah menyebabkan kekeliruan di sekitar pertandingan yang berbeza dan bila ia akan diadakan.
“Bukanlah perkara yang janggal wakil yang sama menyertai lebih daripada satu pertandingan antarabangsa sepanjang mereka bergelar Miss South Africa sekiranya tarikh dan garis masa pertandingan antarabangsa tidak bercanggah antara satu sama lain.”
Jika dilihat daripada sejarah negara ini dalam pertandingan Miss Supranational, Afrika Selatan masih belum pernah menggondol tempat sebagai juara tetapi wakil mereka bagi edisi 2021, Thato Mosehle berjaya merada dalam kedudukan tempat ketiga. Thato merupakan pemenang tempat kedua Miss South Africa 2020.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pertandingan Miss International merupakan antara pertandingan ratu cantik tertua di dunia. Diasaskan pada tahun 1960, pertandingan yang berpangkalan di Jepun ini akhirnya memperkenalkan mahkota terbaharu setelah lama menggunakan menggunakan rekaan mahkota yang sama.
Dicipta dengan kerjasama Long Beach Pearl, mahkota itu dhasilkan daripada 333 mutiara putih tulen untuk melambangkan tuah dan kelangsungan hidup, serta 1,960 permata putih untuk menandakan tahun pertama pertandingan itu diadakan.
Menjadikannya lebih grandeur, mahkota ini juga diserlahkan oleh tiga mutiara terpilih yang berukuran sehingga 15 milimeter. Menariknya, jika diperhatikan, mahkota ini mengambil inspirasi bunga Sakura sebagai elemen utama rekaan.
“Bunga Sakura melambangkan satu perkara ikonik Jepun yang digemari ramai yang mekar semasa musim bunga. Bunga Sakura adalah representasi daya tahan dan kecantikan,” terang organisasi Miss International mengenai mahkota baharu itu.
Manakala dalam hantaran Instagram jenama yang menghasilkan mahkota itu, Long Beach Pearl, mereka turut menyatakan bahawa inspirasi bunga Sakura diketengahkan sebagai asas penghasilan mahkota tersebut.
Jelas mereka, “Mahkota ini diilhamkan daripada keindahan bunga sakura yang mekar di bawah sinar matahari musim bunga. Ia merupakan bunga kebangsaan Jepun yang melambangkan kekuatan, semangat, budaya dan rakyat Jepun. Bukan itu sahaja, bunga sakura juga merupakan simbol tenaga yang kuat, kerendahan hati, keinginan untuk keamanan dan kepositifan.”
Dalam majlis yang diadakan di Hotel Rex Saigon, Miss International 2019, Sireethorn Leearamwat menbuat kemunculan istimewa apabila dia dipakaikan mahkota tersebut. Setelah dua tahun ditangguhkan, pertandingan Miss International 2022 dijangka berlangsung pada 13 Disember tahun ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai beranggapan, menangis adalah respon kepada berlakukanya peristiwa sedih dalam kehidupan manusia. Ada orang menangis apabila kehilangan orang dikasihinya, ada pula yang sedih kerana putus kasih dan sebagainya. Tapi menangis adalah respon biasa seseorang manusia apabila berhadapan dengan situasi beremosi seperti sedih, gembira, marah dan ketakutan.
Jika ramai beranggapan dengan ketawa itu individu dapat melepaskan hormon endorfin dan dikatakan seperti tiada masalah. Beza jadinya dengan orang yang dilihat berada dalam kesedihan kerana selalunya orang bersedih ini adalah orang yang bermasalah dalam hidupnya.
Tapi sebelum korang melabelkan orang menangis itu terlibat dengan masalah, fikir-fikirkan 6 fakta menarik manfaat menangis.
Wanita selalu dikaitkan dengan emosi, sebab itulah dikatakan mudah menangis. Rupanya menangis memang baik untuk kesihatan
Jom kita tengok, ada menangis mempunyai manfaat dari segi kesihatan?
Selepas menangis : Bola mata yang kering akan kembali lembab. Mata juga akan berasa lebih lega dan bergerak dengan lebih lancar.
Sebenarnya, air mata juga mengandungi bahan anti kuman yang melindungi dari jangkitan mata. Air mata mengandungi lysozome yang dapat berfungsi sebagai “antibiotik semulajadi”
Selepas menangis : Air mata akan mengalir ke rongga hidung. Ruang pernafasan akan menjadi lebih lancar, degupan jantung akan kembali normal. Anda akan merasa lebih lega dan tenang.
Selepas menangis : Kesedihan dan kedukaan yang di alami dapat diredakan. Tangisan akan merangsang daya “parasympathetic” yang membantu seseorang individu untuk bertenang.
Selepas menangis : Anda akan berasa mudah tidur. Ada yang terlena dengan air mata yang masih bergenang. Jika anda perhatikan, selepas menangis, bayi biasanya akan tertidur.
Selepas menangis : Hormon oxytocin dan endorphins akan di rembeskan. Hormon ini membantu untuk melegakan kesakitan fizikal dan emosi. Hormon ini juga berfungsi untuk mewujudkan kegembiraan dan keseronokan.
Selepas menangis : Toksin dan bahan kimia yang menyebabkan stress akan di keluarkan menerusi air mata. Pengkaji percaya, menangis dapat mengurangkan toksin di dalam tubuh.
Bila putus cinta wanita selalu bersedih dan beranggapa kenapa diri mereka, bukan orang lain. Betul tak?
Walaubagaimanapun,
Menangis merupakan antara tanda tanda kemurungan. Dapatkan rawatan sekiranya anda;
Menangis tanpa sebab yang jelas
Menangis terlalu kerap
Menangis mengakibatkan kehidupan harian anda terjejas
Menangis yang tidak terkawal
Kesimpulan:
Menangis adalah tindakbalas normal manusia apabila berhadapan dengan situasi yang beremosi. Apabila anda berada dalam keadaan sedih, sakit dan marah.. menangis boleh memberi sedikit kelegaan.
Namun sekiranya ia berlaku terlalu kerap, air mata tidak lagi dapat membantu anda. Dapatkan rujukan doktor untuk rawatan lanjut.
Jadi korang janganlah takut-takut untuk menangis ya. Kehidupan manusia memang begitu. Ada kala teruji namun dari sudut kesihatan ianya amat baik.
SUMBER :- PUBLIC HEALTH MALAYSIA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!