Boleh dikatakan semua orang pasti pernah melakukan aktiviti bercukur tidak kira lelaki mahu pun perempuan. Tapi kalau bab ni, rasanya golongan perempuan lebih banyak ‘songeh’ sebab ada saja yang bermain di fikiran mereka tentang isu bercukur ni.
“Hm, takut la nak cukur bulu. Nanti tumbuh lagi lebat”.
“Erkk, kalau bercukur nanti kulit kering kan?”.
Banyak lagi mitos-mitos yang sering kita dengar. Persoalannya, benar atau tidak semua tanggapan yang dibuat berkaitan dengan isu bercukur ni?
Apa kata kita dapatkan info sebenar daripada Dr Amirul Nazri Dato’ Wan Nawawi (M.D) tentang mitos dan fakta berkaitan isu ini.
Gambar hiasan
Mitos: Bercukur boleh dilakukan pada bila-bila masa saja, bukan hanya pada waktu mandi
Ads
Fakta:Sebaiknya selepas mandi kerana liang roma lebih bersih dan terbuka. Kulit juga lebih lembut dan bulu roma lebih bersih lantas mengurangkan risiko infeksi kulit.
Mitos: Shaving cream atau shaving foam tak penting, cukup sekadar guna sabun
Fakta:Lebih baik guna shaving cream kerana ia di formulasi untuk melembutkan dan mengurangkan iritasi pada kulit.
Gambar hiasan
Mitos: Arah bercukur tak penting, yang penting dicukur dengan kemas dan bersih
Ads
Fakta:Sebaiknya bercukur mengikut arah bulu tumbuh, ia dapat mengurangkan risiko infeksi pada liang roma dan mengurangkan iritasi pada kulit.
Mitos: Bercukur mampu membuatkan bulu tumbuh lebih lebat dan kawasan cukur menjadi gelap
Fakta: Kekerapan bercukur tidak mempengaruhi kadar pertumbuhan bulu dan kawasan cukur lebih gelap. Cuma bulu baru mungkin tumbuh lebih kasar dari sebelumnya.
Mitos: Bercukur boleh menjadikan iritasi pada kulit
Fakta: Benar jika tidak menggunakan pelembut kulit atau dilakukan dengan teknik yang salah.
Mitos: Pisau cukur boleh digunakan selagi tidak berkarat
Fakta: Sebaiknya pisau cukur pakai buang digunakan sekali sahaja bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman.
Apa-apa pun, antara bercukur dan waxing, Dr Amirul lebih menganjurkan waxing kerana lebih hygenic dan kurang berisiko untuk luka pada kulit. Kalau nak bercukur pula, korang perlu sentiasa memastikan pisau cukur yang digunakan bersih dan tajam. Nak diingatkan juga, pisau cukur tu tidak boleh dikongsi ya.
Dr Amirul Nazri Dato’ Wan Nawawi, Prinz Medical Clinic & Prinz Giampapa MediSuite and Anti-Aging Center
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem animasi tempatan sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila Ejen Ali The Movie telah terpilih di dalam barisan pencalonan akhir 16 filem yang bakal bertanding untuk kategori Anugerah Filem Animasi Terbaik pada edisi ke-24 Cartoons on the Bay – Pulcinella Awards.
Dijadualkan akan berlangsung pada 3 hingga 5 Disember 2020 di Perscara, Itali, filem ini berjaya menempatkan dirinya sebaris dengan lebih 350 karya animasi hebat dari 20 buah negara serata dunia.
Festival Cartoons on The Bay yang mula diperkenalkan pada tahun 1996 bertujuan untuk mendedahkan himpunan karya animasi Itali, mula mendapat perhatian dan menjadi antara acara terpenting di dalam kalendar industri kanak-kanak antarabangsa.
Panel juri antarabangsa yang terpilih untuk menilai kategori filem pada tahun ini adalah Stefania Ulivi (Wartawan, Corriere della Sera), Arianna Finos (Wartawan, La Repubblica) dan Flavio Natalia (Pengarah dan Wartawan, CIAK).
Ejen Ali The Movie juga turut mendapat pengiktirafan di peringkat Asia Tenggara apabila diberi penghormatan untuk mewakili Malaysia ke ASEAN Film Week 2020 yang akan berlangsing di tiga bandar besar Vietnam iaitu Hanoi, Da Nang dan Ho Chi Minh.
10 negara ASEAN telah diundang untuk mencalonkan filem terbaik mereka melalui pemilihan persatuan filem negara masing-masing selaras dengan tema “ASEAN Cohesion and Proactive Adaptation”. Selaku wakil rasmi negara Malaysia, Ejen Ali The Movie akan dipertontonkan dalam siri tayangan awam secara percuma.
Kejayaan siri animasi TV Ejen Ali yang mula bersiaran pada tahun 2016, telah berjaya meraih keuntungan lebih dari RM30.8 juta di carta pecah panggung Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, sekaligus menjadi filem pilihan #1 Malaysia pada tahun lalu.
Tahniah diucapkan buat seluruh team produksi Ejen Ali The Movie. Semoga banyak lagi filem-filem tempatan yang akan membawa nama Malaysia ke peringkat dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah namanya rezeki. Jika sebelum ini Lindsay dikatakan telah berkahwin dengan jutawan dari negara Arab iaitu Bader Shammas dan telah memeluk agama Islam.
Terkini, menerusi salah satu foto di akaun Instagramnya, Lohan mengumumkan dia kini sedang hamil anak pertama. Dalam foto yang dimuat naik, Lohan menunjukkan gaun dengan model bodysuit berwarna putih.
Di tengah-tengah baju itu, terdapat tulisan, ‘Coming soon…’. Sementara itu, dalam keterangan foto tersebut, Lindsay Lohan mengakui sangat bersemangat menyambut kehadiran anak pertamanya.
“We are blessed and excited!,” tulis Lohan dalam keterangan foto itu
Rata-rata rakan-rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah dan menyambut gembira berita kehamilan Lohan ini.
Seperti yang diketahui, Lindsay Lohan dan Bader Shammas telah mendirikan rumah tangga sejak 2 Julai 2022. Sebelum mereka nekad untuk berkahwin, mereka sudah bercinta dan mengenali selama tiga tahun.
Bagaimanapun, sebelum bersama Shammas, Lindsay Lohan pernah bertunang dengan ahli perniagaan Rusia, Egor Tarabasov pada 2016. Bagaimanapun, kedua-duanya berpisah pada 2017, kerana Lohan mengakui dia sering diseksa Tarabasov.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasti ramai dah cuba hidangan shell out yang pernah trending satu ketika dulu. Makanan viral tentu harganya boleh tahan mahal.
Biasanya, paling kurang pun harga hidangan ini boleh mencecah sampai RM70 untuk dua atau tiga orang makan. Sesekali nak cuba bolehlah. Tapi kalau agak-agak mengidam nak makan lagi, tak ke korang rasa harganya boleh tahan mahal?
Nah, tak payah fikir nak makan di luar saja, apa kata kalau korang buat je sendiri shell out ni dekat rumah. Seperti yang telah dikongsi oleh Ainasuha Akhree di laman Facebooknya, resipi shell out versi bujang ini modalnya tak lebih daripada RM30 pun.
Bahan-bahan:
Udang 15 ekor (saiz sederhana)
Ketam bunga 2 ekor
Kerang dua genggam (lebih kurang)
Sotong 3 ekor (besar)
Brokoli
Cara memasak:
1. Celur udang sekejap dan rebus kerang bersama daun kunyit supaya naik baunya.
2. Ketam dan udang juga dicelur sekejap. Kalau tak nak bau hanyir, celur ketam dengan limau.
3. Sediakan tiga ulas bawang putih, tiga biji bawang merah, halia sejuring dan dua genggam cili kering yang direbus dan dibuang biji, kemudian kisar kan kesemua bahan ini.
4. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Tambahkan perasa dan gula, serai, daun sup (wajib untuk bagi naik bau). Kemudian, tambahkan dua sudu kecil serbuk kari ikan. Tidak perlu tambah air kerana sotong dan udang sudah mengeluarkan air.
5. Tumis sampai pecah minyak. Tambahkan sedikit sos cili dan sos tiram.
6. Bila naik bau, barulah isi ketam dan sotong yang direbus tadi dimasukkan. Tunggu lebih kurang tiga minit, kemudian masukkan udang dan akhir sekali, kerang.
7. Gaulkan sampai rata dan masukkan brokoli serta lobak merah yang siap direbus.
8. Dah siap! Dengan modal kurang daripada RM30, boleh makan shell out dekat rumah.
Berbaloi-baloi kan? Jom cuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!