Kita sering dimomokkan dengan cerita-cerita pelik berkaitan mayat dalam filem-filem seram yang ditayangkan di pawagam. Dalam beberapa adengan, dapat dilihat mayat membuka mata, ada juga digambarkan mayat bangun akibat dilangkah kucing hitam yang banyak dipercayai oleh orang-orang Melayu bahawa jenazah ini memiliki ilmu hitam.
Namun persoalannya, adakah benar badi mayat itu wujud sebagaimana dakwaaan orang tua-tua dahulu atau ia sekadar mitos masyarakat?
REMAJA menemuramah Ustaz Mohamad Riduan bin Mat Isa, 41 tahun yang sudah lebih 10 tahun terlibat dalam pengurusan jenazah di Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur.
Ustaz Mohamad Riduan akui belum pernah alami gangguan badi mayat namun dirinya lebih senang menyebut pendamping atau saka yang dituntut oleh tuan semasa hayatnya
Sebagai pengurus jenazah, Ustaz Mohamad Riduan menjelaskan kerjayanya memberikan dirinya peluang oleh Allah SWT untuk melihat 1001 satu kejadian dalam urusan fardu kifayah yang bukan semua pihak merasainya.
Biarpun sering berhadapan dengan pelbagai keadaan jenazah sama ada sempurna atau tidak sempurna seperti mangsa kemalangan ngeri dan lain-lain namun seperti katanya urusan fardu kifayah ini diteruskan dengan satu niat iaitu kerana Allah taala.
“Bila terlibat dalam pengurusan jenazah, kita akan jumpa pelbagai keadaan jenazah. Ada kes bunuh diri, ada kes kemalangan ngeri, ada mangsa bunuh dan lain-lain lagi. Biasa bagi kes bunuh diri, lidah jenazah akan terjelir keluar sedikit namun kita menolaknya bagi jenazah tampak sempurna.
Ads
“Bagi kes kemalangan ngeri pula, kalau tubuhnya hancur, kita akan tapis isi-isinya yang kita sudah curah air dan kemudian dibungkus dalam satu bungkusan kain lain dan kita letakkan di sisi jenazah sebelum dikapankan isi hancur itu bersama,” katanya sambil menambah bagi kes bunuh diri yang pernah diuruskannya, biasanya keadaan mayat sudah agak keras di mana dirinya akan membaca beberapa surah tertentu bagi melembutkan tubuh terutama proses mengiam jenazah.
“Biasanya saya akan panggil namanya diikuti bacaan surah tertentu. Walau pun kita perlu berlemah lembut dengan jenazah tapi ada kala kita kena tarik sedikit lengannya untuk memudahkan proses qiam. Kalau tangan agak terbuka, sebenarnya susah semasa proses mengapan dan urusan menanam kerana kita perlu iringkan jenazah betul-betul mukanya mengadap kiblat. Kalau tangannya agak terdepang, susah untuk proses mengiring itu,” katanya berkongsi pengalaman sebagai pengurus jenazah.
Cerita-cerita mengenai badi nayat sering digembar gemburkan oleh masyarakat dalam filem-filem seram. Namun benarkan wujud badi mayat
Betul ke ada badi mayat?
Ads
Ramai yang percaya, ada badi mayat namun Ustaz Mohamad Riduan, dia lebih senang menggelarnya sebagai pendamping.
“Maksud di sini, orang yang meninggal ini ada pendamping semasa hidupnya. Dia mungkin belajar ilmu yang salah. Ada juga sebut saka. Tapi sepanjang 10 tahun pengalaman menguruskan jenazah, belum pernah saya berhadapan keadaan menakutkan ini lagi.
“Tapi ada kawan saya yang menguruskan satu jenazah wanita yang sudah berusia di mana ketika proses memandikannya, tiga kali jenazah membuka matanya. Buka dalam sesaat dan kemudian tertutup kembali. Tiga kali situasi ini berulang seolah-olah untuk menakutkan pengurus jenazah namun selepas dirinya membaca beberapa surah tertentu, situasi jadi agak tenang. Apa kesudahannya keadaan jenazah wanita itu saya tak tahu kerana dia maklum begitu saja dan saya tak tanya lebih lanjut.
Ads
“Tapi setahu saya, saka atau pendamping ini biasanya akan menggangu perawat-perawat sahaja kerana saka berasa terancam ketika proses berubat berbanding keadaan tuannya sudah menjadi jenazah,”katanya yang suka menggalakkan anak muda melibatkan diri dalam pengurusan jenazah kerana ia fardu kifayah yang dituntut.
Dalam pada itu Ustaz Riduan turut berkongsi kisah rakannya seorang pemandu van jenazah yang pernah diganggu lembaga wanita menyeramkan iaitu sebelah dari mukanya cukup hodoh dan sebelah dalam keadaan baik ketika menghantar satu jenazah wanita ke kampung halamannya.
“Peristiwa itu agak menakutkannya dan dia berkongsi cerita itu kepada saya. Namun secara sendirian saya tak pernah alami lagi hal-hal dianggap menakutkan ketika pengurusan jenazah,”katanya ketika ditemui.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hebat betul penangan J-Hope dari Bangtan Boys. Dan inilah sokongan yang luar biasa diberikan oleh peminat BTS yang dikenali dengan nama ARMY.
Semalam, J-Hope telah melancarkan album mixtape yang sudah sekian lama dinantikan oleh peminat K-pop global bertajuk ‘Hope World’. Apa yang menarik selepas pelancaran tersebut, J-Hope telah mencipta rekod terbaru bagi artis solo Korea dengan mnduduki tempat pertama paling banyak di seluruh dunia.
Menurut laporan, pada hari ini mixtape J-Hope tersebut telah mendominasi carta iTunes di seluruh dunia sebaik sahaja ia dikeluarkan. ‘Hope World’ menduduki tangga pertama di iTunes Top Albums Chart di lebih 63 buah negara seperti Amerika Syarikat, England, Kanada, Brazil, Australia dan banyak lagi.
Single daripada mixtape tersebut berjudul ‘Daydream’ juga menjadi menjuarai beberapa carta iTunes Top Song Chart di seluruh dunia.
Mengulas tentang mixtape terbarunya ini, J-Hope berkata ia merupakan impiannya yang sudah sekian lama diimpikan. Menghasilkan sebuah mixtape yang unik dengan muzik pelbagai ‘warna’, dia mahu menceritakan kisah perjalanan muziknya menerusi album istimewa ini.
Tahniah Remaja ucapkan buat J-Hope! Korang ARMY semua memang hebat dan power!
Tular dia media sosial setelah seorang pelanggan Maybank2U mendapati terdapat sebuah laman web Maybank palsu yang telah diguna pakai untuk tujuan scam dan penipuan pelanggan.
Malangnya, dia merupakan salah sorang pelanggan yang terpaksa menerima implikasi tertipu dengan taktik scammer tersebut setelah dia memasuki laman web itu melalui browser.– OMG – ia memang mirip laman Maybank2U sebenar.
Sekali imbas, memang tak nampak apa-apa perbezaan.
Tinjauan REMAJA terhadap muat naik perbandingan foto pelanggan tersebut mendapat kedua-dua laman web itu cukup sama kecuali beberapa perkara kecil seperti jenis font yang digunakan, saiz font dan beberapa penambahan lain yang tiada pada laman web asal.
Setelah mengetahui tentang insiden ini, pihak Maybank menerusi akaun Facebook mereka terus melakukan pengumuman agar pelanggan mereka tidak mudah klik pada sebarang iklan yang muncul sama ada melalui laman web rawak, mesej telefon dan di media sosial walaupun ia kelihatan seperti iklan legit.
“Scammers semakin bijak pada zaman ini dan mereka cuba mengambil kesempatan dengan mencipta promosi dan kempen palsu di media sosial. Mereka cuba menarik perhatian kamu untuk memberikan info sensitif seperti nama pengguna (username) dan kata laluan (password).
“Sekiranya kamu adalah salah seorang yang memberi respon kepada scammers, hubungi kami dengan segera di talian 03-5891-4744.”
Contoh Taktik Scammers
Maybank turut menyenaraikan 4 jenis taktik scammers yang perlu diperhatikan oleh pelanggan mereka sebelum mempercayai bulat-bulat.
Sistem pendidikan di negara kita antara yang terbaik di dunia kerana beberapa universiti tempatan berjaya mendapatkan tempat dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Terbaharu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah melonjak kedudukan ke-176 terbaik dunia pada penarafan UI-Greenmetric Worlg University Ranking 2021 berbanding ke-203 pada tahun lalu.
Menurut Naib Canselor UPSI, Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff melahirkan rasa bangga dengan pencapaian peringkat dunia untuk kali kelima bagi tahun 2021. Lonjakan ranking itu berikutan daripada keberkesanan pelan strategik UPSI 2021-2025 yang memberi penekanan khusus dalam kelestrarian kampus.
Ranking ini adalah penanda aras kepada komitmen universiti di seluruh dunia dalam meningkatkan kelestarian kampus dan UPSI yang terletak di sisi Banjaran Titiwangsa yang indah permai memberi kelebihan dan selain pelbagai keistimewaan dari aspek pengurusan alam sekitar.
Penarafan berkenaan meliputi enam indikator utama iaitu persekitaran dan infrastruktur, tenaga dan perubahan cuaca, pengurusan sisa buangan, penggunaan air, pengangkutan dan pendidikan.
Untuk makluman, UPSI memiliki dua kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang berkeluasan 85 ekar terletak berhampiran pekan Tanjung Malim, manakala Kampus Sultan Azlan Shah yang berkeluasan 850 ekar pula terletak di Bandar Proton.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada UPSI atas pengiktirafan di peringkat dunia ini. Semoga dapat menghasilkan lebih ramai graduan berkualiti bagi meningkatkan ekonomi negara dan membawa nama negara ke persada dunia.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seleps hampir setahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, Scha Alyahya berkongsi cabaran sebenar bagi membangunkan jenama fesyen, ayaaya dari bawah menggunakan dana peribadinya.