ka sebelum ini nama Ayana Moon menjadi viral kerana gadis Korea ini memeluk Islam, tahun lepas adiknya, Aydin pula telah memeluk Islam. Kedua pasangan adik-beradik ini mendapat perhatian kerana selebriti instagram ini berpeluang menyambut Ramadan bersama adiknya.
Aydin Seongwook Moon memeluk Islam pada Mei 2019 di Masjid Central Seoul yang merupakan pusat komuniti Muslim di Korea Selatan. Tahun ini merupakan pengalaman pertama Aydin menyambut Ramadan dan kebetulan, kakaknya turut sama berada di Korea bagi menjalani ibadah puasa.
Ayana juga dikhabarkan sudah berhijrah ke Indonesia dan dia turut berharap agar selepas tamat persekolahan nanti, adiknya berpindah ke negara yang majoritinya Islam seperti di Malaysia atau pun Indonesia untuk banyak belajar tentang Islam dengan lebih mendalam kerana jika di Korea, ianya agak sukar (intepseleb.com).
Terkenal dengan gaya hidup mewah dan glamour, keluarga Kardashian satu ketika dahulu pernah menjadi bualan hangat dan dikenali seluruh dunia kerana mereka mempunyai siri program realiti televisyen yang diterbitkan untuk melihat kehidupan peribadinya.
Keeping Up With The Kardashians ditayangkan selama 21 musim bermula pada 2017 berjaya mencipta populariti sekelip mata adik-beradik Kardashian khususnya, termasuklah Kim Kardashian, Kourtney Kardashian, Khloe Kardashian, Kylie Jenner dan dan Kendall Jender.
Kekayaan dan gaya hidup glamor yang ada pada keluarga ini menarik perhatian ramai, namun tidak semua kisah peribadi dipaparkan dalam siri itu. Sudah menjadi lumrah kehidupan, tidak ada individu yang sempurna dan keluarga popular ini juga sebenarnya mempunyai ‘rahsia’ yang mungkin tidak diketahui ramai.
Jom kita lihat apakah rahsia yang selama ini peminat mereka tidak tahu.
1. Pembedahan plastik
Foto: Instagram Kris Jenner
Pada tahun 80-an, Kris Jenner telah menjalani pembedahan plastik pada payudaranya dan ia telah dilakukan sebelum dia masuk ke dunia hiburan Hollywood. Pembedahan plastik itu telah dilakukan oleh Dr. Harry Glassman yang menjelaskan bahawa semua orang inginkan sesuatu yang besar, termasuklah hal payudara.
Selepas bernikah dengan Bruce Jenner atau sekarang lebih dikenali sebagai Caitlyn Jenner, Kris menyatakan bahawa bekas suaminya, Robert Kardashian tidak pernah memberikan nafkah hidup. Namun, menurut salah satu sumber, Robert Kardashian memberikan nafkah sebanyak $5000 USD kepada bekas isterinya dan suami baru Kris Jenner pada setiap bulan.
Dr. Paul Crane merupakan doktor kegemaran keluarga popular ini kerana semua bayi mereka dilahirkan dengan bantuannya. Malah, Beyonce juga pernah menggunakan khidmat doktor pakar ini sewaktu melahirkan kembarnya, Runi dan Sir.
Walaupun sudah menjadi seorang nenek, namun Kris Jenner tidak mahu cucu-cucunya memanggil dengan panggilan ‘grandma’, sebaliknya mereka semua memanggil Kris sebagai Lovey.
Selama ini mungkin ramai yang menganggap keluarga Kardashian ini tidak mementingkan Pendidikan. Namun, salah seorang adik-beradik ini iaitu Kourtney adalah merupakan pelajar lulusan University of Arizona dalam bidang seni teater. Adiknya pula, Rob Kardashian merupakan graduan University of Southern California jurusan perniagaan.
Jika selebriti lain membenci dan menjadikan paparazzi sebagai musuh, namun tidak bagi keluarga Kardashian. Buktinya, Kim Kardashian pernah memberikan kasut Yeezy dari Kanye West secara percuma kepada para paparazzi.
Walaupun bukan semua individu menyukai keluarga ini, malah ada yang mengganggap mereka hanyalah memaparkan kehidupan yang ‘fake’, tapi tidak dinafikan sebagai seorang selebriti, gaya dan kehidupan mereka sering mendapat perhatian ramai.
Biar apa pun yang dilakukan mereka, keluarga Kardashian tetap mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
Tan Sri Michelle Yeoh sudah tidak asing dalam industri hiburan dunia.
Berpuluh tahun menempa anak kelahiran Ipoh, Perak menempa nama dalam industri lakonan berskala mega di Asia dan Hollywood, setiap projek yang melibatkan beliau secara tidak langsung pasti mengharumkan nama Malaysia yang dibawa bersamanya.
Terbaru, beliau telah menghiburkan peminat setianya menerusi Everthing Everywhere All at Once.
Filem komedi turut menampilkan barisan pelakon seperti Stephanie Hsu, Ke Huy Quan, Jenny Slate, Harry Shum, James Hong serta Jamie Lee Curtis ini telah menerima maklum balas positif penonton serta pengkritik setelah mendapat skor sebanyak 95% daripada Rotten Tomatoes.
Michelle yang baru saja menyambut hari kelahirannya yang ke-60 pada 6 Ogos lalu khabarnya bakal menerima ijazah kehormat daripada Institut Filem Amerika (AFI) atas sumbangan besarnya kepada industri perfileman Hollywood.
Memetik laporan media, Michelle disifatkan sebagai seorang anak seni yang telah memberikan kesan yang sangat luar biasa dalam lakonannya kepada seluruh dunia hingga melayakkan beliau untuk menerima pengiktirafan tersebut.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AFI, Bob Gazzale berkata, “Michelle Yeoh menjadi inspirasi seluruh dunia menerusi bakar luar biasanya. Dedikasi yang ditunjukkan terhadap bidang seni amat membanggakan AFI.”
Majlis penganugerahan ini dijadualkan berlangsung pada 13 Ogos ini di TCL Chinese Theatre di Hollywood.
Michelle Yeoh dalam filem James Bond : Tomorow Never Die
Difahamkan, sepanjang hayat kerjaya Michelle dalam dunia lakonan, beliau telah terlibat dalam lebih daripada 70 produksi filem termasuklah Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, Tomorrow Never Dies, Crazy Rich Asian, Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings dan banyak lagi.
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh di atas pengiktirafan ini. Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang sifat pekerti beliau. Dalam kesibukan sebagai seorang figura awam antarabangsa serta pelakon terkenal, Michelle turut tidak terkecuali dalam aktiviti kemanusiaan termasuklah bagi masyarakat di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sabtu lalu, pelakon lelaki terkenal Malaysia Remy Ishak telah pun menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Ezza Yusof dalam sebuah acara tertutup di Masjid Negara.
Remy Ishak antara ‘Hero Malaya’ yang menjadi pujaan hati ramai peminat wanita ini akhirnya bernikah setelah melalui pelbagai pahit manis dalam perhubungannya bersama Ezza sebelum ini.
Khabarnya, ramai gadis yang ‘patah hati’ apabila jejaka kacak ini melangsungkan perkahwinan. Betul ke? Hiks!
Nampaknya Remy bukan sahaja menjadi perhatian gadis-gadis, malah dia juga turut diminati oleh semua golongan umur.
Semalam, Shuib Sepahtu memuat naik sebuah video yang memaparkan ibunya membuat panggilan video bersama pelakon lelaki itu. Khabarnya, ibu Shuib juga sangat meminati
Remy Ishak dan menerusi video yang berdurasi dua minit lebih itu juga, jelas sekali ibu Shuib sangat teruja apabila dapat bercakap dengan pelakon pujaannya itu.
Lebih menghiburkan lagi apabila ibu Shuib sempat bergurau dengan mengatakan “Selepas ini boleh tengok Remy lagi tak?” Hiks!
Ramai yang meninggalkan komen terhibur melihat reaksi ibu Shuib apabila dapat membuat panggilan video bersama Remy Ishak.
Ibu Shuib juga sempat memberikan nasihat dan doa buat pasangan pengantin baru itu dan diakhir perbualan mereka, Remy turut mengucapkan takziah kepada Shuib dan ibunya atas pemergian Allahyarham Siti Sarah.
Apa-apa pun, sekali lagi Remaja ingin mengucapkan tahniah buat Remy Ishak dan isteri dan semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah.