Tidak semua kanak-kanak yang perlu bekerja sejak di bangku sekolah dan memahami erti pergorbanan demi mencari sesuap nasi.
Justeru apabila pelakon remaja yang kian meningkat naik, Qistina Raisah mendedahkan bahawa dia terpaksa melupakan alam persekolahan seperti kanak-kanak lain demi mengejar cita-cita sebagai seorang pelakon cilik, ramai netizen tampil mencemuh secara pra-matang tanpa benar-benar mengetahui kisah sebenar.
Kata pemilik nama penuh Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri ini, dia pernah cuba untuk ke sekolah sama seperti rakan sebayanya sewaktu di darjah satu; namun ia hanya bertahan selama 10 hari sahaja memandangkan perlu kerap ‘ponteng sekolah’ untuk memenuhi kehendak jadual penggambaran.
Qistina Raisah
“Saya belajar dari rumah sejak usia tujuh tahun. Jadi saya tidak merasai keseronokan bersama rakan sekolah.
“Saya memilih kaedah pembelajaran di rumah ini pun kerana pernah dibuang sekolah sebab kerap ponteng.
“Saya pernah bercadang masuk (semula ke) sekolah pada usia 12 tahun untuk mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi terpaksa melupakannya disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
Ads
“Pada masa yang sama, saya pernah dapat job berlakon di Itali.. tetapi cikgu ingat saya pergi bercuti. Jadi saya kena buang sekolah terus,” ujar gadis berusia 25 tahun ini sebelum menyambung, “Sejak itu, saya belajar di rumah sahaja. Saya pun belajar bahasa Mandarin dan bermain gitar.”
Belajar Secara Fleksibel
Tidak menafikan soal pelajaran itu penting, namun Qistina percaya keseimbangan antara pelajaran dan pekerjaan yang telah dilakukan olehnya sejak usia tujuh tahun lebih berkesan untuknya.
“Saya percaya Allah sudah atur perjalanan hidup. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Jadi saya bersyukur. Sebab ada orang belajar tinggi pun sukar nak berjaya. Jadi saya redha apabila saya boleh bina kerjaya dalam bidang seni ini,” ulasnya.
Ads
Begitupun, sama seperti kebanyakan selebriti cilik lain, jiwa Qistina juga pernah terdetik rasa teringin untuk berkawan seperti pelajar lain di sekolah. Cuma apabila usia sudah menginjak remaja, Qistina melalui fasa di mana dia sudah boleh menghargai perhubungannya dengan ibu sendiri yang sudah dianggap sebagai rakan karibnya berbanding terkilan kerana kurang mempunyai rakan-rakan sebaya.
Terdahulu, REMAJA menemui Qistina sewaktu sidang media filem bergenre seram, Rahsia yang bakal menemui pawagam pada 10 Ogos 2023.
Ads
Selain Qistina, filem yang diinspirasikan daripada Filem Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-7 dengan judul yang sama ini juga menampilkan pelakon hebat seperti Eman Manan, Nabila Huda, Rashidi Ishak, Marsha Milan, Fikry Ibrahim dan ramai lagi.
Ihsan Foto: Astro Shaw
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, pelakon terkenal Korea Selatan, Song Hye Kyo berkongsi kisah mengenai penglibatannya dalam filem terbaru berjudul ‘The Priests: Dark Nuns’ dimana beliau berperan memainkan watak sebagai biarawati bernama Yunia.
Dalam sebuah sidang media untuk filem tersebut yang diadakan di Megabox COEX di Seoul, Hye Kyo menyatakan hasratnya untuk membawakan watak dalam filem atau drama pelbagai genre selain kisah romantis.
“Ini dah seperti takdir dan saya pernah menyebut hal ini dalam banyak temubual selepas terlibat dengan ‘The Glory’. Saya tidak mahu kembali ke drama yang penuh kisah cinta”
“Itulah sebabnya sekarang saya lebih memilih senario dan skrip berdasarkan genre,” katanya.
“Selepas ditawarkan, saya cuba baca skrip untuk ‘Dark Nuns’. Walaupun nampak sangat sukar dan mencabar tapi saya mahu lihat sama ada saya boleh menunjukkan sisi baru tentang diri saya apabila melakukan projek ini, itulah sebab mengapa projek ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon wanita yang kini berusia 44 tahun turut berkongsi bagaimana dirinya buat pertama kali merokok bagi menjayakan filem ‘The Priests: Dark Nuns’ yang akan mula ditayangkan pada 24 Januari ini.
“Ini pertama kali saya berlakon scene merokok. Sebelum ini, saya hanya mahu lakukan satu hal tidak baik sahaja pada tubuh badan saya, iaitu minum alkohol”
“Pada awal saya terima skrip filem ini, saya agak risau sebab banyak sangat babak merokok dan secara kebetulan kemunculan awal Yunia adalah adegan merokok”
“Orang ramai pernah cakap bahawa perokok sebenar mesti akan tahu sama ada lakonan pelakon itu menggunakan rokok palsu atau tidak. Oleh sebab itu, saya sudah berlatih merokok sejak enam bulan sebelum penggambaran dimulakan. Sejujurnya, tekak saya sakit disebabkan cuba merokok,” jelas Hye Kyo.
Sekadar info, filem ‘The Priests: Dark Nuns’ adalah filem yang mengisahkan tentang individu-individu yang mengikuti ritual terlarang untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dirasuki roh jahat. Filem ini merupakan sekuel dari filem ‘The Priests’ yang pernah ditayangkan pada tahun 2015.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan semua rakyat Malaysia fasih berbahasa Inggeris. Nak-Nak pula bagi mereka yang tak selalu bercakap dalam bahasa ‘omputeh’ ni.
Jadi bila memerlukan korang untuk menulis dalam bahasa Inggeris, mungkin ada yang tak berapa nak pasti sama ada ejaannya betul atau tidak. Jangan risau sebab terdapat website yang boleh digunakan untuk tujuan grammar check.
Berikut merupakan 10 website yang boleh dijadikan rujukan.
Penyayi pop r&b Indonesia, Afgansyah Reza telah pun melancarkan single terbarunya M.I.A bersama bintang K-pop terkenal, Jackson Wang. Penyanyi berusia 32 tahun itu baru sahaja memuat naik lagu terbarunya itu di laman YouTube, dan setakat ini, ia sudah mempunyai lebih daripada 100,000 tontonan.
Afgan juga membuat perkongsian menerusi laman Instagram dengan menyatakan bahawa rahsia kolaborasi ini telah disimpan lama kerana ia sudah disiapkan pada tahun lalu.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.