“Bersyukur Sangat”, Muka Breakout Teruk Sebab “ChickenPox’ Dan Jerawat, Boyfriend Tetap Setia Dan Beri Semangat

Share

Ramai wanita takut wajah breakout, So, apa yang perlu korang buat?

Viral di twitter baru-baru ini apabila gambar seorang lelaki yang cukup setia bersama kekasih hatinya yang penuh jerawat batu kronik di muka hingga akhirnya muka kekasihnya bersih dan glowing.

Memang tak sangka kan, muka yang penuh jerawat batu pun boleh jadi licin, bersih dan flawless macam tu.

Tapi menariknya, kali ni penulis nak share tip bagaimana si girlfriend yang bernama Amira Syafira ini lakukan untuk dapatkan kulit flawless semula.

Sebenarnya kisah ini mula viral apabila dimuat naik oleh pemilik laman Instagram menggunakan akaun @zuukery.

@zuukery telah memuat naik foto bersama teman wanitanya bernama Amira Syafira pada awal Disember 2019.

Di dalam foto itu, wajah Amira kelihatan mengalami jerawat yang teruk. Tanpa menggunakan sebarang mekap, wajah Amira nampak berlainan dengan gambar sekarang!

Sebenarnya, Amira ambil masa selama enam hingga sembilan bulan sehingga jerawat batu yang teruk di mukanya itu hilang sepenuhnya.

Ini tip yang dikongsikan oleh Amira

Menurut pelajar jurusan perbankan Uitm Pahang ini, beliau buat basic skincare dulu sebelum tambah produk lain yang belum tentu sesuai dengan kulit. Paling penting, cari cleanser yang sesuai, make sure kulit cukup lembab dan pakai sunscreen setiap hari.

Antara produk yang digunakan oleh gadis ini sehingga kulit wajah betul-betul kembali sihat.

Menurut Amira lagi, pastikan korang  guna produk yang sesuai. Kalau kulit berminyak, cari produk yang sesuai untuk kulit berminyak. Kalau jenis kulit kering, cari produk yang sesuai untuk kulit kering. So basically, pastikan korang guna produk yang sesuai dengan kulit masing-masing.

Akhir sekali, kalau kulit korang makin teruk, terus saja dapatkan nasihat daripada doktor atau dermatologist. Mereka akan check kulit korang dan berikan ubat atau cream sapu yang sesuai untuk digunakan.

Walau bagaimanapun, semua kulit react dengan cara yang berbeza. Ia bergantung pada kulit korang juga. So basically, ini adalah panduan yang korang boleh try dulu sekiranya kulit wajah tiba-tiba breakout.

Kalau masih tak okay lagi, dapatkan terus nasihat daripada pakar untuk mengelakkan masalah jadi lebih teruk.

Tambahan Amira lagi, beliau juga mengamalkan diet susu untuk elak jerawat tumbuh dengan jayanya.

 

Wah beruntung Amira dapat boyfriend macam ni kan…

IKLAN