
Siapa yang tidak kenal dengan wanita anggun berhijab ini, sejak dari popularitinya yang memuncak sebagai pempengaruh media sosial sehinggalah menjadi seorang pelakon dan hos yang popular, setiap gerak dan gerinya menjadi perhatian.
Baik dari cara dia mengenakan solekan hinggalah stail yang digayakan, boleh dikatakan dia sentiasa menjadi rujukan para hijabi yang mahu tampil sepertinya.

Khabar terbaru, Mira Filzah telah meminjamkan pesonanya dalam satu kolaboratif ikon fesyen bersama jenama terkenal lokal, Lilit. Ini merupakan kolaboratif bersama ikon fesyen pertama tahun ini bagi jenama popular tersebut.


Koleksi yang diinspirasikan daripada personaliti pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah ini menampilkan rangkaian rekaan pakaian santai yang disuntik dengan corak cetakan yang unik serta tampilan warna-warna lembut yang pastinya sesuai dengan semua jenis tubuh.

Lilit sebagai jenama lokal yang terkenal dengan rekaan sopan dan selesa memastikan setiap satu rekaan dalam koleksi kolaboratif bersama Mira Filzah ini menapak pada bumi yang nyata dengan penyampaian mesej secara kreatif menerusi stail yang boleh di sesuaikan kala keterbatasan pergerakan disebabkan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan.
Jadi siapa kata PKP membataskan gaya, ceriakan hari anda dengan stail yang menarik seperti selebriti kesayangan ramai ini.
Sumber gambar: Lilit
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalu ‘Berangan’ Jadi Model KLFW? Mungkin Tahun Ini Masa KAMU Menyerlah

Tak salah untuk berangan. Daripada angan-angan itulah tercipta keinginan dan semangat untuk berusaha.
Jika korang mempunyai kriteria bak seorang model dan sentiasa tercari-cari peluang untuk menonjolkan diri ke hadapan di pentas peragaan berskala besar, mungkin 2022 adalah tahun bertuah korang.
Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau KLFW 2022 kini sedang mencari wajah-wajah baharu lagi fresh untuk memperagakan koleksi pereka fesyen terkenal tanah air.
Kolaboratif di antara KLFW dan jenama elektronik popular, SAMSUNG Malaysia ini dinamakan sebagai ‘The Perfect 10 Model Search 2022’ dan ia sedang mencari model-model lelaki dan wanita yang mampu menawan pentas peragaan tahun ini.

Pencarian ini terbuka kepada mana-mana warganegara atau bukan warganegara Malaysia yang berusia dari 18 sehingga 30 tahun.
Menurut syarat-syarat penyertaan yang disenaraikan oleh mereka, pencarian model ini terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengambil kira pengalaman lalu sama ada pernah menyertai sebarang pertunjukan fesyen ataupun tidak.
Yang penting, korang perlu menghantarkan foto masing-masing dan pastikan segala maklumat dalam borang penyertaan secara tepat. Sebagai contoh, maklumat seperti ketinggian, ukuran pinggang, pinggul, dada, kasut, warna mata dan warna rambut.
Bagi penghantaran foto pula, kesemua pemohon perlu memilih enam foto yang menunjukkan ukuran badan penuh, dari pinggang ke atas, wajah, dua foto profil (dari sisi kiri dan kanan wajah) dan juga satu foto wajah tersenyum.
Foto-foto ini haruslah diambil di kawasan luar bangunan dengan sinaran semulajadi (tapi usahlah pula di bawah terik matahari ya!) dalam keadaan wajah tidak mempunyai solekan. Bagi yang mempunyai rambut ikal memanjang pula, lepas rambut korang dalam keadaan kemas.
Tapi chop! Jangan pakai baju sebarangan ya. Ini adalah kod pemakaian untuk foto pemohon:
Lelaki : Top polos berwarna ringkas atau ‘singlet’ dan seluar denim mengikut bentuk kaki.
Wanita : Top polos berwarna ringkas dan seluar jenis legging atau denim bersama kasut tumit tinggi.
Bagi model-model yang kini sedang diwakili oleh mana-mana agensi peragaan pula, mereka juga turut berpeluang untuk terlibat dalam KLFW 2022. Syaratnya, mereka haruslah memperolehi kebenaran daripada pihak agensi sebelum memohon selain perlu menyenaraikan butiran peribadi mereka untuk dihubungi.

Setelah menghantarkan pemohonan ini, korang akan dipanggil (kira-kira dalam masa tiga hari bekerja) untuk menghadiri sesi uji bakat atau casting secara fizikal bagi memberi peluang untuk pihak KLFW menilai cara berjalan dan personaliti korang.
Setiap pemohon yang menerima panggilan ini harus menghadiri sesi casting di hotel W Kuala Lumpur, Jalan Ampang pada 30 Julai ini. Di sana, akan ada beberapa individual penting di belakang meja penjurian termasuklah pengasas KLFW sendiri iaitu Andrew Tan.
Akhirnya, hanya 10 orang pemenang sahaja yang akan dipilih untuk berjalan di pentas peragaan KLFW 2022 sebagai sebahagian daripada pertunjukan awalnya. 10 pemenang ini juga berpeluang memenangi hadiah menarik tau termasuklah penginapan satu malam di hotel W Kuala Lumpur.
*
Ingat! Penyertaan dibuka sehingga 27 Julai ini sahaja. Teruskan menghantar borang masing-masing ya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yoga & Menari, Rahsia Cantik Natural Tanpa Solekan Karisma Kapoor Di Usia 49 Tahun!

Pernah menjadi trendsetter dalam fesyen dan kecantikan ketika era 90-an, Karisma Kapoor memang ratu Bollywood no 1 ketika itu.
Tambahan lagi filem-filem yang sangat berjaya seperti “Raja Hindustani,” “Dil To Pagal Hai,” “Biwi No. 1,” dan banyak lagi. Filem-filem ini menjadi hit box office berturut-turut dan membuatkan Karisma Kapoor menjadi seorang ratu Bollywood yang dihormati.
ARTIKEL BERKAITAN : Kartik Aaryan Bakal Ganti Shah Rukh Khan? Ini Fakta ‘Raja Bollywood’ Ini
Namun, rasanya sudah lama Karisma tidak muncul di layar perak namun namanya sentiasa segar di hati para peminat khususnya filem Hindi. Pun begitu, Karisma dilihat sangat aktif di media sosial.

Kini kakak kepada aktres terkenal Kareena Kapoor ini lebih banyak tampil sebagai ikon designer untuk pelbagai brand fashion. Karisma juga aktif sebagai model iklan fesyen serta produk kecantikan.
Terpesona melihat kejelitaan Karisma yang tak dimamah usia. Siapa sangka usianya kini sudah menjangkau 49 tahun! Ketika melihat wajahnya yang polos tanpa secalit solekan, tidak seperti umur 40an pun.
Satu lagi tarikan yang ada pada Karisma ialah warna bola matanya yang biru kehijauan. Unik dan sangat seksi!

Yoga menjadi salah satu rahsia awet muda Karisma.

Sebab itulah Karisma berjaya mengekalkan bentuk tubuhnya sejak dulu sehingga kini malah dikatakan semakin menarik dari tahun ke tahun.

Menurut Karisma, yoga membantu dirinya untuk kekal fokus seterusnya dapat mengembalikan energi menjadi lebih baik. Karisma juga sentiasa menjaga pola pemakanan yang seimbang.
Berikut beberapa info menarik tentang Karisma Kapoor: –
1. Usia tidak menghalang Karisma untuk mengekalkan bentuk badan ideal.

2. Ibu tunggal yang memiliki dua orang anak.

3. Aktif melakukan aktiviti kemasyarakatan.

4. Menjadikan ibunya, Babita sebagai sumber kekuatan dan inspirasi. Ibunya kini berusia 76 tahun.


5. Antara aktres yang menerima bayaran termahal dan memenangi banyak anugerah dalam industri perfileman India.
Kredit Foto: Instagram Karisma Kapoor
BACA LAGI : Selain Priyanka Chopra, Lihat 5 Lagi Selebriti Bollywood Pernah Gunakan Khidmat Ibu Tumpang
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan Perempuan Je, Lelaki Pun Boleh Buat Rawatan Waxing. Ini Yang Perlu Korang Tahu

Kalau ditanya pada perempuan apa itu waxing, rata-rata daripada mereka pasti tahu, tapi tidak semua berani untuk melakukannya kerana menganggap waxing ini adalah sesuatu yang sakit.
Sebenarnya, waxing ini bukan hanya boleh dilakukan oleh perempuan saja, lelaki pun boleh buat. Tidak ada yang membezakan antara perempuan dan lelaki kerana setiap bahagian perempuan yang boleh di waxing, lelaki juga sama.
Tak caya? Tengok video ni
Kenapa pilih waxing?
Salah satu kelebihan waxing berbanding mencukur adalah ia menanggalkan rerambut daripada akar dan jangka masa untuk tumbuh semula adalah lebih lambat, iaitu lebih kurang tiga minggu atau bergantung kepada kadar pertumbuhan rambut setiap individu.
Jenis-jenis wax
1. Soft wax
Wax jenis ini sesuai untuk bahagian badan yang lebih luas, contohnya seperti lengan, kaki dan dada (lelaki).
2. Hard wax
Sesuai untuk bahagian badan yang struktur kulitnya lebih lembut, contohnya muka, bawah lengan dan bahagian peribadi.

3 syarat sebelum waxing
1. Rambut mesti lebih kurang 4 mm hingga 6 mm panjang
2. Jangan cukur rambut sebelum wax
3. Penggunaan pelembap akan mengurangkan kekeringan kulit dan menjadikan kulit lebih bersedia untuk di waxing.

Brazilian waxing
Selain daripada tubuh badan, korang juga boleh cuba rasai sendiri pengalaman Brazilian waxing dimana ia menanggalkan rerambut di bahagian kemaluan. Ramai yang takut nak mencuba kerana bimbang tentang kebersihan dan kesan selepas melakukan waxing.
Korang tak perlu risau kerana jika rawatan ini dilakukan di tempat yang betul dan bersih, kebarangkalian untuk berlaku jangkitan adalah sangat rendah.
Berita baik buat 100 pembaca bertuah REMAJA kerana kami ingin berikan voucher RM 50 untuk korang rasai sendiri pengalaman waxing di mana-mana cawangan STRIP Malaysia.
Rasai pengalaman waxing Bersama Strip Malaysia
STRIP ditubuhkan pada 2002 dan menjadi pelopor dalam bidang waxing concept store. Sejak itu, STRIP telah berkembang pesat dengan cawangan-cawangan di London, New York, Shanghai, Beijing, Hong Kong, Bangkok, Manila dan Jakarta; selain Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Untuk mendapatkan pengalaman waxing terbaik, kamu boleh pilih mana-mana cawangan daripada lapan kedai STRIP Malaysia, antaranya adalah cawangan terbaru di Bangsar Village. STRIP merupakan pakar rawatan penyingkiran rambut yang menyediakan perkhidmatan waxing untuk lelaki dan perempuan.
Persekitran yang cosy dan bersih membuatkan pelanggan akan rasa sangat selesa ketika menjalani rawatan disini. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan rasanya tak salah sesekali jika korang nak memanjakan diri.
Hanya perlu jawab dua soalan mudah ini dan isikan slogan di bawah:
1. Dimanakah cawangan terbaru STRIP Malaysia?
2. Nyatakan jenis-jenis wax yang digunakan di STRIP Malaysia.
Saya ingin merasai pengalaman waxing di STRIP Malaysia kerana…………………………….. (tidak melebihi 15 patah perkataan).
Syarat & peraturan
Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Kakitangan STRIP Malaysia, NuIdeaktiv Sdn Bhd dan keluarga terdekat tidak layak untuk menyertai peraduan ini. Penyertaan lewat, tidak lengkap dan tidak jelas tidak akan dilayan. Semua pemenang akan dimaklumkan melalui email. Emailkan jawapan di noorain_norman@ideaktiv.com atau DM kami di instagram @majalahremaja serta butiran diri (Nama Penuh/Kad Pengenalan/Alamat/ No Telefon/Akaun Facebook atau Instagram).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

