Bagi yang ada bajet lebih sikit dan berkira-kira untuk menukar atau membeli kereta baru. Inilah masanya!
Proton sebentar tadi baru melancarkan harga Proton X50 secara rasmi menerusi laman Facebook rasmi Proton Holdings Bhd . Selepas ramai yang berteka-teki dengan kereta yang berteknologi tinggi dan boleh parking dengan sendiri khabarnya.
Wow!
Maklumat spesifikasi Proton X50 yang dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) ini sudah didedahkan kepada media pada September. Rasmi dilancarkan sebentar tadi akhirnya harga setiap varian X5o diumumkan seperti berikut:
1. HARGA BERMULA RM79.2k
Seperti mana kita tahu, Proton X50 didatangkan dalam empat pilihan varian, dan harga pula seperti berikut:
1.5T Standard – RM79,200
1.5T Executive – RM84,800
1.5T Premium – RM93,200
1.5L TGDi Flagship – RM103,300
* Harga adalah atas jalan tanpa insurans, sah hingga 31 Disember 2020 dan untuk Semenanjung Malaysia.
Ads
Setiap pembelian mendapat waranti 5 tahun tanpa had perbatuan, pakej data Internet 1GB sebulan selama 5 tahun, lima kali caj buruh percuma (terhad 30,000 tempahan pertama hingga 31 Disember) dan kadar faedah serendah 2.2 peratus.
2. ENJIN BAHARU
Proton X50 didatangkan dalam dua pilihan enjin iaitu:
3-silinder 1.5T (148hp @ 5,500rpm, 226Nm @ 1,500-4,000rpm) – Standard, Executive dan Premium
3-silinder 1.5 TGDi (175hp @ 5,500rpm, 255Nm @ 1,500-4,000rpm) – Flagship
Semua varian X50 dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dengan mod manual dalam konfigurasi pacuan roda depan (FWD) sahaja, tiada versi pacuan semua roda (AWD) seperti X70.
Sebagai makluman, trenkuasa 1.5T ialah enjin baharu jenis turbo dengan suntikan multipoin (MPI), dibangunkan Geely khas untuk X50 pasaran Malaysia. Enjin ini belum pernah digunakan model Binyue (atau Coolray) di pasaran China atau negara lain.
Ads
3. PERBEZAAN MENGIKUT VARIAN
i) 1.5T STANDARD
Ciri asas dimiliki X50 ialah:
Enjin petrol 3-silinder 1.5L Turbo
Kuasa 150ps (148hp) dan tork 226Nm
Transmisi DCT 7-kelajuan
4 beg udara SRS
Lampu depan LED penuh
Rim aloi 17 inci
Kerusi fabrik
Ventilator penyaman udara belakang
Unit infotainment dengan skrin 8 inci
Kamera undur
ii) 1.5T EXECUTIVE
Naik taraf daripada varian Standard dengan tambahan:
Ads
6 beg udara SRS
Stereng kulit
Lampu depan automatik
Lampu kabus depan
Kerusi kulit
iii) 1.5T PREMIUM
Naik taraf daripada varian Executive dengan tambahan:
Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
Rim aloi 18 inci
Kerusi pemandu elektrik
Unit infotainment dengan skrin sentuh 10.25 inci
Kamera 360º
iv) 1.5 TGDi FLAGSHIP
Naik taraf daripada varian Premium dengan tambahan:
Enjin 3-silinder turbo suntikan terus 1.5L TGDi
Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.0
Warna badan dwi-tona (bumbung dan pilar hitam)
Bumbung panoramik
Menurut Proton, model itu didatangkan dengan beberapa pilihan warna iaitu snow white, armour silver, jet grey, ocean blue, passion red dan citric orange dan paling menarik ada ciri bantuan parkir automatik, kali pertama diperkenalkan untuk barisan model Proton. Cuma perlu tekan butang pada konsol gear.
Sesuai sangat la buat korang yang suka parking senget tu…hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pemuda mendedahkan dirinya hanya mendapat pulangan (refund) sebanyak 80% sahaja daripada harga lebih RM 1000 apabila membeli sepasang baju raya di salah sebuah jenama fesyen tempatan.
Perkara tersebut didedahkan pemuda itu menerusi hantaran di entri Twitter miliknya (@ezad_Amir).
Dalam perkongsian tersebut, pemilik Twitter yang dikenali sebagai Ezad berkongsi tangkap layar perbualan bersama ‘seller‘ jenama tersebut melalui aplikasi Whatsapp.
Menurut pengguna itu, punca dirinya untuk meminta ‘refund‘ wangnya kembali oleh kerana pihak berkenaan kelewatan tiga minggu untuk menghantar baju yang dipesannya.
Pengguna itu pada awalnya meminta agar wangnya dikembalikan semula sepenuhnya, namun seller tersebut hanya menyatakan wang hanya akan dipulangkan 80% daripada jumlah keseluruhan yang telah dibayarnya, kerana mengikut ketetapan polisi jenama itu.
@remaja.my Kalau korang dah ‘petak’ nak pilih baju apa untuk pergi open house nanti, bolehlah cuba koleksi PUMA Raya – Memori Aidilfitri ni 💙 Lelaki perempuan ada, bukan sahaja didatangkan dalam satu warna. Boleh lah matching-matching untuk couple! 😍 Dapatkannya di stor PUMA seluruh negara ataupun kunjungi laman web https://rebrand.ly/SS23HariRayaMY-Remaja #PUMAMY#PUMARAYA#majalahremaja#remaja#remajamalaysia♬ original sound – Remaja
Lantaran itu, atas ketidakpuasan hati dengan respon yang diberi seller berkenaan, pengguna tersebut mengambil inisiatif untuk membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan selanjutnya bagi mendapatkan pulangan penuh wang yang telah dibayar olehnya.
“Beli baju raya, lewat tiga minggu. Seller nak refund 80%. Aku report dekat KPDNHEP.
“Terus dapat pulangan penuh 100%. Jadilah pengguna bijak,” ciapnya.
Menerusi ciapan berkenaan, dia turut berkongsi panduan untuk melaporkan kepada pihak berwajib itu jika pengguna yang lain sedang melalui perkara yang sama seperti dirinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terbaru, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B mendedahkan bahawa dia trauma dengan kaum lelaki susulan membesar tanpa bapa kandung sejak kecil.
Menurut Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin (19), dia juga tiada perasaan rindu terhadap bapa dan apabila bercakap mengenai soal bapa, dirinya terasa kosong.
“Saya dah tak bersama ayah sejak kecil lagi, daripada 2 ke 3 tahun macam tu. Jumpa dia pun macam meminta”
“Saya rasa biasa saja, tiada perasaan rindu apa semua. Trauma dengan dia, trauma dengan lelaki”
Kredit: Instagram @myaudioplus
Cik B berkongsi hal tersebut menerusi Podcast Bukak Mulut yang dimuat naik di Instagram @myaudioplus.
Dalam pada itu, Cik B turut memberitahu bapanya pernah menghubunginya beberapa kali menerusi media sosial. Namun, dia memilih untuk mengabaikan mesej tersebut.
“Dia ada DM saya di Instagram tapi tiada perbualan antara kami. Waktu dah besar baru dia cari. Orang akan cakap dia tetap ayah. Ya, betul dia tetap ayah kita”
Kredit: Instagram @myaudioplus
Sementara itu, Cik B meluahkan rasa syukur kerana ibunya, Datuk Seri Vida banyak memainkan peranan sebagai bapa terhadap dia dan adik lelakinya.
Bukan setakat itu, malah Cik B menganggap Datuk Seri Vida sebagai ibu, bapa, kakak dan juga rakan baiknya.
Kredit: Instagram @myaudioplus
“Mama dia pegang tanggungjawab sebagai ayah dan keluarga. Jadi mama ini adalah saya punya ayah, mak, kakak dan bestie,” tambahnya.
Sekadar info, Datuk Seri Vida pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Walau bagaimanapun, semuanya berakhir dengan penceraian.
Selain Cik B, Datuk Seri Vida mempunyai tiga orang anak lelaki termasuk Eric Zaquan (Kacak) tetapi anak pertama dan keduanya meninggal dunia dalam suatu kejadian kebakaran pada tahun 2013.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Teringat kembali bila time dulu-dulu, selain daripada excited nak berbaju raya baru dan makan ketupat rendang, ramai yang pasti tertunggu-tunggu drama hebat yang akan ditayangkan di kaca TV.
Dari golongan muda sampailah ke anak cucu terlalu asyik duduk depan TV sambil mengesat hidung yang meleleh dek kerana beria sangat menangis.
Ya, kalau korang nak tahu drama raya dulu bukan biasa-biasa wey. Semuanya memang legend. Kalau tak meleleh air mata, memang tak sah!
Jom kita throwback sikit antara drama legend raya yang pernah menjadi bualan satu ketika dahulu.
1. Daun Ketupat Kering
Drama ini mengisahkan seorang ibu dengan 5 orang anaknya, seorang menantu dan seorang anak angkat. Semasa si ibu menunggu kepulangan anak-anaknya, satu tragedi menyedihkan telah berlaku di mana keempat-empat orang anaknya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
2. Pondok Buruk
Antara drama raya terbaik yang ditayangkan di Astro dalah Pondok Buruk. Lakonan Fauziah Nawi, arwah Ismail Din, Rosyam Nor, Jalaluddin Hassan dan Vanidah Imran ini memang membuatkan penonton rasa sayu dan terkesan dengan watak mereka.
Pondok Buruk juga bakal meninggalkan kesan yang cukup pahit dan pedih buat mereka yang menyisihkan diri daripada keluarga, terutamanya ibu bapa.
3. Rendang Untuk Mertua
Marina dibenci mertuanya kerana kurang cantik berbanding menantu yang lain. Walau bagaimanapun, dia sangat taat kepada mertua dan sewaktu Aidilfitri, Marina bertungkus-lumus mengemas dan memasak.
Rendang yang disediakan olehnya sangat disukai oleh ibu mertuanya tetapi mereka sering berpura-pura tidak menyukainya. Ketika mertuanya sakit, Marina dituduh ingin membolot harta keluarganya itu.
4. Takbir Suci
Lakonan Raja Azura sebagai Kak Nora dalam drama ni memang amat zalim cara dia melayan anak yatim. Siapa yang tonton drama ni confirm geram habislah dengan si Nora ni. Drama ni ada sambungan iaitu Takbir Suci 2 dan Takbir Suci 3.
Korang boleh dapat tengok macam mana akhirnya Nora ni dapat pembalasan.
5. Sinar Penghujung Takbir
Mengisahkan tentang Senah, seorang ibu yang cacat penglihatan berharap agar dapat ditemukan dengan anak lelakinya sendiri. Semuanya gara-gara suami Senah yang mengambil anaknya sejak dia lahir dan berjanji untuk memulangkan semula pada hari raya pertama.
Lain pula dengan drama raya ni, Aidilfitri di Bulan Sya’ban lebih menghiburkan dengan aksi komedi yang mencuit hati. Drama ini mengisahkan seorang pemuda disahkan menghidap kanser dan tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup.
Permintaan terakhirnya adalah untuk menyambut raya dan semua kehendaknya dituruti oleh rakan-rakannya. Namun begitu, rupa-rupanya doktor sudah pun membuat kesilapan dan sebenarnya dia tidak mempunyai kanser.
Macam-macam aksi lucu lakonan Joey, Rashidi Ishak dan Shajiry yang pastinya buat korang gelak gila. Tak caya, tengok laa..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi sesetengah orang, pekerjaan sebagai pengutip sampah mungkin dipandang rendah. Namun bagi seorang pemuda berusia 23 tahun ini, kerjaya tersebut bukanlah sesuatu yang perlu...