Foto : Zukiman Mohamad from Pexels

 

Berita baik untuk penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor apabila Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan bahawa Lembah Klang akan beralih dari Fasa Dua ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa bermula esok, 1 Oktober 2021.

Selain Lembah Klang, negeri Melaka juga bakal beralih ke Fasa Tiga.

Fasa 3 Di Lembah Klang Bermula Esok, Tiga Kelonggaran Ini Perlu Korang Tahu
Foto : BERNAMA (2021)

Dengan ini, terdapat lapan negeri yang akan berada dalam Fasa Tiga iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka, Perlis, Pahang, Terengganu dan Sarawak.

Seiring dengan peralihan ini, tiga kelonggaran dan SOP baharu telah diumumkan dengan beberapa syarat yang korang perlu tahu.

 

IKLAN
  1. Perasmian dan bengkel dibenarkan

Majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuklah perasmian dan penganjuran bengkel akan dibenarkan di negeri Fasa Dua dan Fasa Tiga; dengan syarat para tetamu telah menerima vaksinasi lengkap dan kapasiti peserta hanya setakat 50% ruang premis. Kapasiti 100% hanya khas untuk penduduk di negeri Fasa 4.

Bagi individu yang belum divaksin dengan cukup, mereka perlu menjalani “pre-event test” menggunakan kit ujian kendiri (air liur) sebelum hadir dengan disaksikan oleh penganjur atau mendapatkan pengesahan daripada pengamal perubatan.

 

IKLAN

2. Sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri dibuka

Pembukaan sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri termasuk kolej vokasional, TVET dan sebagainya di semua fasa perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan pembukaan Institut Pengajian Tinggi (IPT) berkuat kuasa 15 Oktober 2021.

 

3. Penonton/penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi dibenarkan

Kehadiran penonton dan penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa Dua, Fasa Tiga, dan Fasa Empat akan dibenarkan.

IKLAN

Kehadiran ini meliputi sebelum, semasa dan selepas acara sukan serta rekreasi dengan syarat penonton/penyokong telah menerima vaksinasi lengkap, memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan atau minum sepanjang berada di dalam stadium.

Bagaimanapun, kanak-kanak bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan masuk.

*

Alhamdulillah, satu-persatu kelonggaran SOP telah diumumkan seiring dengan perancangan kerajaan untuk beralih ke negara berstatus endemik. Jangan dilupa SOP yang ditetapkan okay.

ARTIKEL BERKAITAN : Apa Yang Dimaksudkan Dengan Fasa Endemik, Berbeza Daripada Pandemik? – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI