Berita baik untuk penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor apabila Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan bahawa Lembah Klang akan beralih dari Fasa Dua ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa bermula esok, 1 Oktober 2021.
Selain Lembah Klang, negeri Melaka juga bakal beralih ke Fasa Tiga.
Foto : BERNAMA (2021)
Dengan ini, terdapat lapan negeri yang akan berada dalam Fasa Tiga iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka, Perlis, Pahang, Terengganu dan Sarawak.
Seiring dengan peralihan ini, tiga kelonggaran dan SOP baharu telah diumumkan dengan beberapa syarat yang korang perlu tahu.
Ads
Perasmian dan bengkel dibenarkan
Majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuklah perasmian dan penganjuran bengkel akan dibenarkan di negeri Fasa Dua dan Fasa Tiga; dengan syarat para tetamu telah menerima vaksinasi lengkap dan kapasiti peserta hanya setakat 50% ruang premis. Kapasiti 100% hanya khas untuk penduduk di negeri Fasa 4.
Bagi individu yang belum divaksin dengan cukup, mereka perlu menjalani “pre-event test” menggunakan kit ujian kendiri (air liur) sebelum hadir dengan disaksikan oleh penganjur atau mendapatkan pengesahan daripada pengamal perubatan.
Ads
2. Sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri dibuka
Pembukaan sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri termasuk kolej vokasional, TVET dan sebagainya di semua fasa perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan pembukaan Institut Pengajian Tinggi (IPT) berkuat kuasa 15 Oktober 2021.
3. Penonton/penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi dibenarkan
Kehadiran penonton dan penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa Dua, Fasa Tiga, dan Fasa Empat akan dibenarkan.
Ads
Kehadiran ini meliputi sebelum, semasa dan selepas acara sukan serta rekreasi dengan syarat penonton/penyokong telah menerima vaksinasi lengkap, memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan atau minum sepanjang berada di dalam stadium.
Bagaimanapun, kanak-kanak bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan masuk.
*
Alhamdulillah, satu-persatu kelonggaran SOP telah diumumkan seiring dengan perancangan kerajaan untuk beralih ke negara berstatus endemik. Jangan dilupa SOP yang ditetapkan okay.
Siapa yang tidak suka melihat kediaman mereka cantik tersusun rapi dengan kemasan perabot dan hiasan dalaman yang menarik. Tidak perlu tunggu nak duduk rumah mewah dahulu baru nak cantikkan rumah, seorang pengguna di laman Facebook membuktikan bahawa dia mampu mengubahsuai rumah sewanya untuk kelihatan lebih menarik.
Walaupun tinggal di rumah flat dan hanya menyewa, ia tidak menjadi alasan bagi Siti Mariam Kamsan untuk mengubah suai interior rumahnya itu. Kos keseluruhan untuk make over ruang tamu ini adalah hanya dalam RM1,300 termasuklah kabinet televisyen, chest drawer, sofa bed, tikar getah yang dibeli sedikit demi sedikit pada PKP tahun lalu.
Kebanyakan perabot dibeli dari Shopee dan Lazada. Korang boleh lihat sendiri keadaan ruang tamu sebelum dan selepas makeover.
Sebelum
Selepas
Sofa dibeli dari Lazada. Lampu dari Shopee
Sofa bed – RM199
Bench stool – RM84
Frame – RM70
Bantal cloud – RM25
Lampu Nordic – RM74
Frame – RM70
Meja makan, kerusi – Tuan rumah punya
Tikar getah – RM115
Stool untuk pokok pisang – RM35
Kabinet TV – RM 165
Frame – RM 50
Ruang dapur Rak Ikea Hylis- RM 59
Ha, cantik kan? Kalau tak mahu rasa terbeban dengan kos yang besar, korang boleh beli sedikit demi sedikit terlebih dahulu. Sempatlah nak kumpul duit. Hiks!
Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi untuk korang yang nak makeover kediaman. Selamat mencuba!
Misi untuk memhon pasport selepas 1 Jun 2023 akan bertambah mudah setelah Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan perkhidmatan permohonan pasport secara dalam talian atau online sepenuhnya di tiga pejabat imigresen.
Ia termasuklah Pejabat Imigresen Kajang, Kelana Jaya dan Wangsa Maju yang memperkenalkan perkhidmatan dalam talian sepenuhnya melalui My Online Passport.
Situasi sesak yang biasa dapat dilihat di Pejabat Imigresen Malaysia di Kelana Jaya.
Percaya atau tidak, sejak April hingga Disember 2022, sebanyak 2.3 juta pasport telah dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Manakala sejak Januari hingga 12 Mei 2023 pula, lebih daripada 1.6 juta pasport telah dikeluarkan.
Justeru, Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perkhidmatan ini diharap dapat menangani isu kesesakan di pejabat pengeluar pasport JIM yang sering disuarakan rakyat.
Tambahnya lagi, 3 cawangan ini telah dipilih kerana kesemuanya dikenal pasti sebagai cawangan yang selama ini perlu berurusan dengan permohonan yang tinggi. Oleh itu, mulai 1 Jun kelak, orang ramai di sana boleh memohon pasport dengan cara online.
Begitupun, ia tidak bermaksud perkhidmatan secara walk in sudah ditiadakan.
Ketiga-tiga Pejabat Imigresen tersebut masih menerima enam kategori pelanggan yang ingin membuat permohonan atau pembaharuan pasport secara walk-in. Ia termasuklah para pelajar yang berumur 21 tahun ke bawah yang dapat tawaran belajar luar negeri, orang kelainan upaya (OKU) dan ahli keluarga yang mengiringi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Harapnya, lebih banyak lagi cawangan Pejabat Imigresen lain yang akan memperkenalkan sistem online ini terutama di negeri-negeri di luar Lembah Klang agar urusan rakyat akan bertambah pantas lagi mudah.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan lipas merupakan antara serangga yang paling ditakuti kerana ‘kebolehannya’ untuk terbang dan bergerak laju. Sebenarnya mungkin bukan takut, tetapi lebih kepada geli terhadap serangga ini.
Betul tak?
Terdapat kira-kira 4,500 spesies lipas dan 30 daripadanya dikaitkan dengan tempat tinggal manusia. Lipas boleh menyorok dan meloloskan diri melalui tempat yang sempit kerana ia boleh meleperkan tubuhnya sehingga 3 milimeter sahaja.
Ramai orang takut kepada lipas terbang, tapi mungkin ramai yang akan lebih takut kepada lipas melompat. Ada spesis lipas di Afrika Selatan yang boleh melompat seperti belalang.
Mana tak seram kan?
Disebabkan itu, ramai yang sanggup melakukan pelbagai ikhtiar untuk membunuh lipas, bukan sahaja di dalam rumah, malah paling ditakuti jika serangga itu ‘hidup’ di dalam kereta.
Nah, bagi korang yang mencari cara untuk ‘membunuh’ lipas di dalam kereta, korang boleh cuba cara seperti yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter. Dikenali sebagai Siti Share, sebelum ini dia telah menggunakan petua majerin dan minyak namun tiada lipas yang keluar.
Namun, setelah menggunakan satu produk semburan ini rupa-rupanya banyak lipas yang ada dalam keretanya. Jelasnya, spray yang digunakan itu memang untuk nyamuk tetapi juga berkesan untuk membunuh lipas.
Cara menggunakannya adalah tutup semua cermin kereta, lapik tisu atau kain pada bawah seat kereta, kemudian spray dua hingga tiga kali dan biarkan semalaman.
Esoknya, korang boleh lihat hasilnya jika memang kereta korang dipenuhi lipas. Puas hati kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.