Scha Nuril sudah lama mengimpikan peluang untuk mengukuhkan bakat seni di pentas nyanyian.
Berbekalkan semangat dan keberanian, Nuril yang juga merupakan seorang penggubah bunga dari Gombak, Selangor melangkah penuh harapan dalam program realiti Raise The Star (RTSMY) agar boleh suatu hari nanti bergelar penyanyi sepenuh masa.
Kata Nuril, 27, keluarganya menjadi inspirasi utamanya untuk mendalami bidang nyanyian setelah minatnya itu dipupuk hasil dorongan ibu dan ayah sejak kecil.
“Waktu saya kecil mereka belikan CD nyanyian kanak-kanak dan mereka pasang setiap hari untuk saya berlatih. Bila saya berusia 10 tahun baru saya sedar, oh, saya boleh nyanyi di atas pentas!” katanya.
Sebelum menyertai RTSMY, Nuril sebenarnya pernah menyertai sebuah pertandingan nyanyian popular pada tahun 2024. Ditebak mengenai punca Nuril kembali mencuba nasib dalam sebuah lagi program pada tahun berikutnya, dia mengakui format pertandingan RTSMY-lah yang menarik minatnya untuk berada di sini.
“Antara cabaran yang saya rasakan dahulu… bukanlah nak cakap saya tak cantik. Cuma saya sedar saya perlu berusaha untuk groom diri sendiri. Dulu saya rasakan industri hanya pentingkan rupa semata-mata. Tapi dunia hiburan itu sendiri sudah makin berubah dan terbuka untuk menerima penyanyi pelbagai rupa.
Ads
“Keduanya, cabaran terbesar saya adalah untuk memiliki sebuah killer song. Memang terbukti, sebuah lagu yang bagus boleh mengangkat seseorang penyanyi. Dan itu juga salah satu sebab saya berada di pentas RTS MY.
Format pertandingan ini lain daripada yang lain apabila pemenang akan mendapat lagu baharu ciptaan salah seorang daripada lima komposer hebat tanah air. Saya percaya untuk tembus masuk ke industri, saya memerlukan sebuah lagu yang bagus,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nuril juga dengan hati terbuka akan menerima komen daripada para juri yang menilai persembahannya setiap minggu. Biarpun ada minggu di mana Nuril tidak berada dalam kalangan ‘The Five’ (lima peserta terbaik RTS MY), setiap minggu yang berlalu itu tetap memberikan satu pengajaran penting baginya untuk memperbaiki diri.
Ads
“Kalau komen kurang positif, saya ambil sebagai salah satu langkah untuk saya perbaiki diri. Sebenarnya apa mereka cakap itu betul. Mereka tidak berniat untuk menghentam tapi lebih untuk menjadikan diri saya lebih baik.”
Apabila diminta menggambarkan dirinya sebagai satu bunga, Scha memilih bunga matahari dan menyifatkan dirinya sebagai seorang yang ceria, seperti bunga tersebut yang memberikan ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya.
Scha Nuril Si Gadis Bunga
Di antara bidang gubahan bunga dan bidang nyanyian, Nuril mengakui ada perbezaan yang wujud dari segi kepakaran dan tekanan yang hadir daripada setiap bidang tersebut.
Ads
“Gubah bunga tak berapa nak stres sangat. Dalam pertandingan ini pula, saya boleh rasa tekanan itu pada setiap minggu kerana setiap pesaing mempunyai ‘barang’ masing-masing. Sesiapa sahaja boleh menonjol pada setiap minggu. Memang tak tenang saya dibuatnya!” seloroh Nuril.
“Saya akan fokus menjadi penyanyi kalau rezeki. Kerjaya sebagai florist ini telah saya mulakan sejak 2019. Satu hari nanti mana tahu apabila sudah stabil kerjaya nyanyian ini, saya boleh teruskan semula kerjaya sebagai florist dan melakukan kedua-duanya,” ujarnya penuh harapan.
Memasuki minggu separuh akhir pada Ahad ini, teruskan menonton Raise The Star Malaysia secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria atau strim hanya melalui Astro One dan Sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kemudiannya disahkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu lalu, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing walaupun musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih belum berakhir.
In fact, perjalanan pertama pulang akan bermula pada malam ini!
Penghantaran pulang oleh pihak kerajaan ini akan melibatkan 53,000 orang pelajar ataupun kira-kira 85 peratus daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya, 15 peratus pelajar IPT memilih untuk menetap di kampus sehingga tempoh PKP ditamatkan.
Hal ini mungkin disebabkan musim peperiksaan yang semakin hampir, kampung halaman yang tidak mempunyai jaringan internet ataupun kampung halaman mereka tidak terletak dalam zon hijau seperti yang disyaratkan oleh Kementerian.
*
Untuk pengetahuan, dalam tempoh 24 jam bermula malam ini, seramai 1,128 orang pelajar IPT akan dihantar pulang dengan menaiki 49 buah bas, dari 9 universiti dan menuju ke 17 destinasi berbeza.
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, seramai 863 orang akan dihantar dari zon tengah ke zon utara pada malam ini. Manakala 265 orang lagi akan dihantar dari zon utara ke zon tengah pada malam esok.
“Setiap bas akan disanitasi 3 jam sebelum bertolak. Bagasi pelajar juga akan disanitasi.
“Setibanya pelajar di poin drop-off sekitar 9 pagi esok, hanya SEORANG saja ahli keluarga yang mempunyai kenderaan sendiri dibenarkan mengambil pelajar tersebut.
“Bagi keluarga yang tiada kenderaan, wakil frontliners akan menghantar pelajar tersebut terus pulang ke rumah mereka,” kata beliau.
Mengenai peluang pelaja Sabah & Sarawak yang ingin pulang dari Semenanjung Malaysia, selain pelajar yang menuntut di Sabah dan Sarawak yang ingin pulang ke Semenanjung Malaysia, penerbangan pulang mereka akan bermula pada 1 Mei ini. Jadi tiada siapa yang terlepas peluang okay.
Be safe guys!
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru ini, negara amat berbangga dengan pencapaian seorang remaja berusia 20 tahun, Azhar Ali yang didakwa ditawarkan menerima biasiswa dari pihak National Aeronautics And Space Administration (NASA ) berikutan pecapaian cemerlangnya dalam program Artemis Student Challenge Program.
Dalam satu kenyataan tweet, diberitakan Azhar berada di kedudukan pertama dengan markah sebanyak 96.77 bagi Spacesuit Interface Efficiency Level sekaligus ditawarkan biasiswa oleh pihak pentadbiran angkasa lepas tersebut.
Namun nampaknya seperti “ada tidak kena”, akaun twitter atas nama Saturn sudah di privatekan.
Carian REMAJA juga dapati tweet ucapan tahniah dari Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah tidak dapat ditemui. Begitu juga twitter dari Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin mengenai hal yang sudah tiada lagi.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Remaja kongsikan satu perkongsian dari seorang individu Muhammad Syafik yang membuat carian mengenai Azhar Ali. Pemilik The Patriot ini banyak menulis mengenai ruang angkasa lepas dan sering berkongsi maklumat berguna untuk pembacaan kita semua.
“Tak ada pun nama ‘ Azhar Ali ‘ yang heboh terima biasiswa NASA selepas menyertai suatu cabaran daripada pihak NASA tu dekat mana – mana laman web NASA. Saya cari maklumat dia, satu pun tak ada .
Lagi satu, nak sertai #NASASUITS , setiap calon ahli pasukan mestilah pelajar sepenuh masa yang mendaftar di institusi pengajian tinggi di USA sana.
Akaun Twitter mamat ni pun dah tak public .
Haishhh.
Tidak tahu apa status sebenarnya tapi nampaknya, Jabatan Netizen Malaysia terpaksa bekerja pada hari Ahad ini, hikz.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya belum terlambat lagi untuk REMAJA ucapkan selamat pengantin baru kepada pengacara, Yaya Zahir dan jejaka pilihannya, Mohd Arizz yang selamat diijabkabulkan.
Mengenai konsep menarik yang mereka berdua tampilkan pada majlis resepsi mereka sebentar tadi, penulis reserve bahagian tersebut untuk kita semua perhatikan pada artikel seterusnya.
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.