Tidak lagi menjadi rahsia, pelakon Diana Danielle baru-baru ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap suaminya, Farid Kamil.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson (33) yang tiba bersama peguam, memfailkan permohonan itu sejurus tiba di mahkamah pada Isnin, jam 9.20 pagi tadi. Walau bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari (43) tidak hadir ke mahkamah.
Ditemani peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir, Diana kelihatan tenang dan terkawal dalam jubah hitam meskipun terdapat lebih daripada 30 anggota media yang menunggu ketibaannya.
Pada mulanya, Diana enggan mengulas mengenai situasi tersebut namun kemudiannya berkongsi harapannya untuk penyelesaian yang lancar.
“Saya berharap untuk hasil yang terbaik. Saya telah melakukan apa yang mampu, dan kini ia berada di tangan mahkamah,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Akberdin, permohonan tersebut dikemukakan oleh Diana disebabkan berlaku perbezaan yang tidak dapat diselesaikan.
Ads
Menerusi satu kenyataan pelakon filem ‘Imaginur’ itu dikeluarkan susulan dakwaan Farid yang membuat pengakuan mereka masih lagi berhubung dan tinggal sebumbung.
Bukan itu sahaja, pelakon dan pengarah berkenaan turut menyifatkan kemelut rumah tangga yang berlaku buat kali kedua bersama isterinya itu sekadar perselisihan faham kecil.
Hubungan Diana dan Farid telah mendapat perhatian umum sejak 28 Oktober lalu, apabila Diana mengumumkan niatnya untuk memohon perceraian.
Sekadar info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad berusia 11 tahun dan Nur Aurora, 9 tahun.
Terdahulu, Diana dan Farid pernah berhadapan dengan krisis rumah tangga yang berpanjangan sebelum disahkan bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023. Bagaimanapun, kedua-dua mereka rujuk semula sebulan kemudian.
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes positif COVID-19 di dunia pada masa kini telah pun mencapai kira-kira 38.8 juta dan lebih kurang 1.1 juta kematian dicatatkan. Ramai selebriti dan orang ternama turut dijangkiti virus ini dan ia jelas menunjukkan bahawa koronavirus tidak mengenal mangsa.
Sebelum ini kami pernah senaraikan antara barisan selebriti yang disahkan positif COVID-19, terbaru ramai pula atlet sukan yang turut dijangkiti.
Berikut merupakan antara atlet yang disahkan positif COVID-19.
1. David Beckham
Kredit foto: arabnews.com
Bintang bola sepak terkemuka, David Bechkham dan isteri, Victoria dilaporkan pernah dijangkiti COVID-19 selepas menghadiri sebuah parti di Los Angeles pada Mac Beckham bersama ahli keluarganya menaiki kapal terbang dari Los Angeles ke United Kingdom bagi menganjurkan parti besar-besaran sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya ke-21, Brooklyn lalu.
Jaguh pecut, Usain Bolt turut disahkan positif COVID-19 selepas seminggu menyambut majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-34. Majlis yang diadakan itu dikatakan dihadiri ramai tetamu dan mereka dilihat tidak memenuhi piawaian ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), termasuk tidak memakai pelitup muka.
3. Zlatan Ibrahimovic
Kredit foto: e0.365dm.com
Bintang bola sepak AC Milan, Ibrahimovic diuji positif selepas menjalani ujian swab untuk perlawanan menentang kelab Norway, FK Bodo/Glimt dalam aksi kelayakan pusingan ketiga Liga Europa. Dia mungkin akan terlepas beraksi perlawanan seteru setempat bulan ini selepas kelabnya, AC Milan mengumumkan bintang veteran Sweden itu sekali lagi positif Covid-19.
4. Cristiano Ronaldo
Kredit foto: static01.nyt.com
Persekutuan Bola Sepak Portugal mengesahkan bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo positif COVID-19. Walau bagaimanapun, penyerang Juventus ini dilaporkan sihat dan tidak menunjukkan sebarang gejala. Persekutuan Bola Sepak Portugal memberitahu, pemain itu diberi pelepasan daripada misi bersama skuad kebangsaan untuk berdepan dengan Sweden.
5. Valentino Rossi
Kredit foto: en.as.com
Terbaru, juara dunia MotoGP sembilan kali, Valetino Rossi pula disahkan positif COVID-19. Rossi menjalani ujian saringan selepas mengalami demam dan ujian kudia mengesahkan dia positif koronavirus. Ini juga bermakna Rossi bakal terlepas aksi MotoGP Aragon. Dia kini sedang menjalani kuarantin di kediamannya.
Get well soon heroes!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam satu hantaran di laman Instagram Fattah Amin telah mengumumkan yang Fazura telah pun selamat melahirkan.
Dalam hantaran tersebut penerima anugerah bintang paling popular tahun 2017 ini berkata, “Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.
Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.
Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.
Terdahulu, pasangan yang sama cantik sama padan ini telah mengikat tali pernikahan pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup.
***P/S- Tahniah pihak editorial remaja ucapkan kepada Hero Remaja 2011/12 Fattah Amin yang telah bergelar seorang bapa. Tak sabar menanti untuk melihat wajah cahaya mata Fattah & Fazura, mesti comel seperti kedua-dua ibu bapanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya, YG Entertainment dan MLD Entertainment agensi yang menjaga kumpulan Ikon dan Momoland telah mengeluarkan kenyataan bahawa Song Yun Hyeong Ikon dan Daisy Momoland sedang menjalinkan hubungan cinta! Tahniah dari remaja!
Menurut Soompi, agensi MLD Entertaimnet mengambil ini sebagai satu perkara serius setelah khabar angin ini tersebar luas di Korea. menurut sumber, pasangan ini pada awalnya, bertemu sebagai senior dan junior dalam industri hiburan, namun ia bertukar kepada hubungan cinta beberapa bulan lepas.
Tentu sekali, sebagai Idol, mereka tidak punya masa untuk dating. Tapi mereka akan cari peluang dan keluar dating seperti couple normal. Walaupun kedua-dua agensi telah mengeluarkan kenyataan, namun kenyataan YG tidak menyatakan bahawa mereka ini bercinta, malah hanya mengklasifikasikan hubungan mereka ini sebagai “teman rapat”.
“Mereka bertemu sebagai rakan namun hubungan itu tidak membawa kepada cinta,” kata kenyataan tersebut.
Hmmm korang rasa macam mana? Restu tak couple ni? Ke, akan jadi macam Jenkai? Hiks.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!