Atlet olahraga remaja Malaysia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi telah membuktikan bahawa dunia sukan dan akademik mampu diseimbangi mana-mana remaja jika punya kemahuan dan iltizam yang tinggi.
Ini setelah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Ipoh itu memperolehi keputusan 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bulan lalu.
Muhammad Azeem Mohd Fahmi bersama keputusan slip SPM, Mei lalu. Sumber Foto : UTUSAN
Bukan sahaja cemerlang dalam dunia akademik. Awal Julai lalu, Azeem juga cemerlang dalam dunia sukan setelah merekodkan catatan peribadi terbaik bagi acara 100m (10.28 saat) dan acara 200m (20.89 saat).
Secara tidak langsung, Azeem telah melayakkan diri menyertai Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia yang bakal berlangsung dari 1 hingga 16 Ogos ini.
Justeru, kejayaan Azeem dalam bidang akademik dan sukan ini telah menarik perhatian beberapa pihak dari dalam dan luar negara yang kini sedang menawarkan pelbagai peluang untuknya melanjutkan pengajian.
Ads
Kata Ketua Jurulatih skuad olahraga kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil, antara peluang yang hadir termasuklah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menawarkan program pengajian diploma dan biasiswa.
Pihaknya juga mendapat tahu minat Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk berbincang dengan lebih mendalam mengenai tawaran mereka kepada Azeem. Khabarnya, Azeem juga turut menerima tawaran daripada dua buah universiti yang berpangkalan di Minnesota, Amerika Syarikat!
Azeem semasa beraksi di Sukan SEA Vietnam, Mei lalu. Sumber Foto : UTUSAN
Sama ada Azeem memilih untuk melanjutkan pengajian di dalam atau di luar negara, Mohd Manshahar berpendapat keputusan tersebut terletak di tangan atlet berusia 18 tahun itu, ibu bapa serta jurulatihnya. Mereka dijadualkan bersemuka bagi membincangkan masa hadapan Azeem dan menentukan destinasi yang akan ditujunya.
Begitupun, Mohd Manshahar berpendapat tidak salah bagi Azeem menyambung pengajian di luar negara sekiranya ia bermakna Azeem akan mendapat tajaan yang baik dan tempat yang bagus.
Ads
“Itu hak dia itu memilih. Bagaimanapun, saya rasa yang penting adalah apa yang terbaik untuk dia berada dalam kelompok (pelari) terbaik dunia,” ulasnya kepada pemberita.
Nampaknya, masa hadapan sukan olahraga Malaysia sedang berada di laluan yang cerah apabila satu-persatu atlet negara mencipta kejayaan peribadi.
Ads
Ini termasuklah kejayaan Azeem ini dan seorang lagi atlet remaja bernama Jad Rizalman Washif yang telah mencipta rekod baharu MSSD Ranau, baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhir Mei, Baginda Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri berkenan berangkat ke majlis konvokesyen anakanda di Swiss Hotel Management School (SHMS), Switzerland.
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin menghadiri majlis graduasi Adam Salleh bin Mustapha Kamal pada 31 Mei lalu.
Kredit: Instagram @selangorroyalofficial
Selangor Royal Official menerusi Instagram memaklumkan Adam Salleh merupakan anakanda bongsu Tengku Permaisuri.
“Adam Salleh, 22 tahun, telah menamatkan pengajian selama tiga tahun dari Swiss Hotel Management School (SHMS) dengan Kepujian Kelas Pertama dan menerima Ijazah Sarjana Muda Seni dalam Hospitaliti Antarabangsa dan Pengurusan Acara”
Kredit: Instagram @selangorroyalofficial
Sekadar info, SHMS yang berpengkalan di Caux, Switzerland berada di kedudukan kedua dalam senarai penarafan ‘Best University in the World for Hospitality and Leisure Management’ oleh QS Ranking 2024.
Kampus SHMS terletak di dalam bangunan bersejarah, Caux Palace yang dibina pada tahun 1902, yang turut tersenarai sebagai warisan kebangsaan Switzerland.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hampir tiga telah berlalu sejak pemergian penyanyi kesayangan Malaysia, Siti Sarah Binti Raissuddin pada awal pagi Isnin lepas akibat wabak COVID-19. Bagi para peminatnya di Malaysia, masing-masing masih merasai kehilangan tersebut dek kerana situasi menyedihkan yang menyelubungi pemergian Allahyarhamah.
Sarah meninggalkan seorang suami dan empat orang cahaya mata yang masih kecil selepas baru saja melahirkan bayi secara pra-matang yang diberikan nama Ayash Arfan. Kisah-kisah kebaikan yang pernah dilakukan olehnya satu-persatu muncul apabila diceritakan semula oleh mereka yang pernah berhubung dengan Sarah; lalu membuatkan perpisahan ini lebih menyayat hati.
Segenap penggiat media di Malaysia tampil menceritakan mengenai pemergiaan Allahyarhamah. Siapa sangka, perkhabaran ini turut mendapat perhatian daripada penggiat media antarabangsa juga.
Beberapa portal media termasuklah BBC World, People dan USA Today melaporkan mengenainya sejak semalam sejurus selepas carian mengenainya di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram masih kekal menjadi topik paling diperbualkan hingga ke hari ini.
Menerusi muat naik di Twitter BBC World, warganet antarabangsa bertanyakan sama ada bayi tersebut selamat dilahirkan dan berada dalam keadaan yang sihat. Sambil itu, ramai mendoakan kesejahteraan suaminya, Shuib dan anak-anak mereka.
Portal selebriti dan dunia hiburan popular, People pula menceritakan mengenai tragedi tersebut dan pemilihan nama Ayash Affan yang disukai oleh Sarah sendiri, Nama tersebut diambil daripada seorang pejuang Islam di Semenanjung Gaza.
Sementara itu, USA Today turut melaporkan kisah ini menerusi artikel berjudul ‘Tears Running Down Her Cheeks’; Malaysian singer dies from COVID-19 days after giving birth (‘Air Mata Mengalir Pada Pipinya’; penyanyi Malaysia meninggal dunia akibat COVID-19 beberapa hari selepas melahirkan anak).
Fans are mourning the death of popular Malaysian singer, Siti Sarah Raisuddin, who died days after giving birth. https://t.co/z7YNiyOByj
Menghargai sentimen yang dihulurkan oleh penggiat media antarabangsa itu, setiap muat naik artikel di akaun media sosial mereka dihujani dengan ucapan terima kasih oleh warganet Malaysia di atas kesudian memaparkan kisah Allahyarhamah Siti Sarah.
Istana negara menerusi kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Keputusan ini dicapai susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara sebelah pagi tadi agar Baginda boleh mendapat pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Perlantikan ini selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Seterusnya pada jam 5 petang ini, difahamkan bakal berlangsung Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!